Wednesday, October 3, 2012

Siasah Kini takut kepada Khairy : Azalina antara 4 MP akan digugurkan PRU13 ????

 

MEMBACA TAJUK tulisan  dari siasahkini  blog pembangkang kita dapat jangkakan mereka sememangnya takut dengan Khairy Jamaluddin jika boleh Khairy perlu di gugurkan dari bertanding pada PRU13 ini. Mungkin mereka hanya bermimpi sahaja kerana Khiary bertambah kuat dan bertambah kukuh kedudukannya dalam BN sekarang. 

Kata mereka lima ahli parlimen Umno muda Umno akan digugurkan dari menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang. Mereka ialah Khairy Jamaluddin (Rembau), Azalina Othman Saad (Penggerang), Saifuddin Abdullah (Temerloh), Noraini Ahmad (Parit Sulung) dan Fuad Zarkasi (Batu Pahat). Mungkin tulisan ini hanyalah satu tulisan yang "half true" yang berdasarkan dari pendangan mata kasar mereka. Nama Khairy, Fuad Zarkasi dan Noraini sengaja diselitkan dengan nama nama yang orang UMNO sendiri sudah jangkakan akan digugurkan seperti Saifuddin dan Azalina.

Kelak mereka mahu kaitkan Fuad Zarkasi  dengan TS Muhiyuddin yang mana  mereka akan kaitkan hubungan PM dan TPM. Penulis setuju jika mereka memilih Azalina Othman Saidd an juga  Saifuddin Abdullah  di mana sememangnya  penulis sendiri selalu mendapat gambaran bahawa ini adalah penggal akhir bagi Azalina dan Azalina  mungkin  kempunan untung bertarung dan menguji pengaruh sebenar beliau di Pengerang. 

Menurut Siasah lagi ::: Menurut sumber yang rapat dengan presiden Umno (mana lah diorang dapat sumber rapat ini , tak payah nak menipu lah) mereka digugurkan kerana sikap politik mereka yang liberal atau pun gentleman yang tidak bertempat. Telatah mereka dalam mendedahkan idealisme juga tidak memberi keuntungan kepada Umno dan ada kalanya kontras dengan dasar diputuskan.

Kahiry Jamaluddin, Saifuddin dan Fuad yang dilihat cuba membawa pembaharuan politik orang muda sejajar kehendak Najib melakukan transformasi politik tetapi tidak memberi kelabaan kepada Umno. "Mereka juga degil dan hendak menunjukkan pandai," kata sumber berkenaan.

Manakala dua bekas ketua Umno, Azalina dan Noraini bakal digugurkan kerana mereka tidak memberi sumbangan kepada parti dan lebih bersikap mendiamkan diri selepas tidak dilantik menjadi menteri dan timbalan menteri.

Pengguran Azalina dan Noraini juga dikatakan ada sangkut paut dengan Rosmah Mansor. Tunggu ulasan selanjut. [kkb.sbh. 5:04 pm 15/09/12] sumber siasah baca sini

 
Apa juga alasan mereka , sama ada Rosmah atau lain lain,  itu  kemungkinan hanya tetik pembangkang sahaja.  Penulis tidak pasti sama ada Noraini akan dikekalkan atau Noraini akan ditinggalkan kerana Noraini  sekarang lebih banyak low profile dan tidak punya  banyak masalah dan Noraini tetap boleh menang jika masih dicalonkan .
Syed Hood Syed Edros yang merupakan pencadang kepada Noraini pada PRU12 yang lalu.
Namun jika  kepimpinan tertinggi membuat keputusan untuk meninggalkan Noraini adalah lebih baik kerusi itu di berikan kembali kepada penyandang sebelum ini, Syed Hood bin Syed Edros yang juga merupakan pencadang dan pemilik kerusi Parlimen Parit Sulung sebelum diserahkan kepada Noraini dengan rela demi kesejahteraan Parti apabila ada arahan yang mahukan Noraini bertanding di  kerusi yang disandang oleh Syed Hood sebelum ini. 

 Syed Hood telah berkorban dan juga secara "gentelman" menjadi pencadang agar Noraini mengambil tempatnya  supaya Noraini dapat di tempat di Putrajaya atas Kuota Ketua Puteri UMNO Malaysia. Syed Hood yang telah lama berkecimpung dalam politik yang juga memegang jawatan dalam kepimpinan UMNO tempatan mempunyai ramai Grass Root dilihat lebih layak untuk dikembalikan kerusi  Parlimen dan sememangnya kerusi itu patut dipulangkan kembali kepada beliau.
  
Lain Azalina yang sememangnya kita dengar banyak angin angin yang kurang menyedapkan dan akan menjadi bebanan kepada UMNO elok lah Azalina lupakan  kerusi Parlimen Pengerang , Juga  kini panas dikatakan bahawa  seorang anak muda tempatan lulusan Universiti Malaya yang  kini memegang jawatan yang penting juga di Pengerang akan mengantikan beliau. Jika Azalina tidak dicalonkan kali ini , pastinya Azalina pastinya akan tersingkir  dari Pengerang yang mana ianya telah lama  mahu dilakukan oleh UMNO Pengerang. YB Harun pasti akan kembali mengetuai Bahgian Pengerang. Letak siapa pun di Pengerang bertiketkan BN pasti akan menang.

10 comments:

  1. Setiap pemegang jawatan sedia ada dalam parti dan kerajaan kan ada KPI masing-masing, baik ketua bahagian, timbalan, naib,ketua pemuda, puteri, menteri, timbalan menteri dll. Pakailah KPI tu kalau nak pilih calon terbaik, tengok berapa banyak sumbangan kepada parti, hubungan dengan akar umbi dsbgnya. Jangan hanya dengar pendapat ketua bahagian atau konco-konconya saja kalau nak pilih calon terbaik wakili UMNO pada PRU nanti... jangan sampai menang sorak, kampung tergadai. Kerana tidak sehaluan dengan seseorang, diketepikan begitu saja walaupun indvidu itu memang berpotensi dan `boleh menang'...

    ReplyDelete
  2. Kalau mengikut kader-kader dia...Azalina masih ada harapan untuk sepenggal lagi. Tapi sayangnya adikong-adikong yg membantu beliau menewaskan Harun telah tidak sehaluan. Bak kata pepatah Bangla...dlm satu jamban ada 2 gayung. Sejak 2/3 tahun ni..RAMAI adikong-adikong ni tewas dlm pertandingan ke Perwakilan G7. Yang terbaru Abang LaN. Macamana dia boleh dpt undi tercorot sedangkan dia orang lama dan orang kuat Azalina pula. Seronoknya klau Tepak nak tau ialah bila Azalina tidak dicalonkan...maka ramailah polong-polong tak bertuan bergentayangan. Dulu benci dan mandikan Harun. Lepas nih tak kan nak cium tangan dia plak.

    ReplyDelete
  3. yg dah otai2 ni...patut kasi ruang kpd pemimpin baru...cikgu harun dah lama sangat...kasi laluan kan baik...dan yg baru, sekalipun muka baru, kena la terus blajar resam org lama..kalu main hantam je, mane leh..azlanjabar aj

    ReplyDelete
  4. Puad, saifuddin sememangnya lantang dan berani menyuarakan pandangan yg berbeza. Sekiranya mereka digugurkan BN akan kehilangan antara insan/pemimpin yg berkaliber. Mengenai noraini, calon yg sesuai menggantikan tempatnya ialah syed hood kerana beliau timbalan ketua umno bahagian dan calon lain dilihat agak uzur seperti exco yg kini adun seri medan.

    ReplyDelete
  5. Dalam pimpinan Umno Parit Sulong sekarang, rasa-rasanya eloklah diterajui orang muda pulak. Yang dah pegang jawatan berpenggal-penggal, jadi ketua bahagian, adun, sewajarnya memberi laluan. Itu yang dibuat Allahyarham Tan Sri Rizuan Salim dulu, serahkan kuasa secara terhormat. Jangan terlalu yakin orang Johor akan selama-lamanya setia kepada Umno, seperti juga yakinnya Samy Vellu kepada orang-orang di Sungai Siput, akhirnya tersungkur juga....

    ReplyDelete
  6. Syed Hood pun ok jugak kalau nak tanding semula di kerusi Parlimen Pt Sulong. Rasa-rasanya hubungan dia dgn akar umbi pun ok, kalau tak takkan dia boleh menang jawatan Timb Ketua Umno bahagian...

    ReplyDelete
  7. Tahniah atas pandangan tuan. Sekiranya umno menggugurkan penyandang tersebut, percayalah bahawa umno tidak ketandusan pimpin insyaAllah. Pt. Sulong, Batu Pahat kerusi yg menarik ...

    ReplyDelete
  8. Syed Hood dan Zulkurnain adalah calon yg sesuai untuk naik di Pt. Sulong. Sama ada mereka ini bertanding di parlimen atau dun itu tetap terbaik dan kemunculan orang muda secara total

    ReplyDelete
  9. syed hood garang sangat...jumpe org kampung tu, berhemah le sikit...ni main hantam je...amende lu arab...kalu arab, buat cara arab mysia..bukan arab jahiliah...lagi satu, ko jgn main langgor je ketua bahg..kang dia talak 3 ko nanti...tok mat tu dah la..buah hati pegarang jatung..

    ReplyDelete
  10. Siapa jadi calon yg utama kena pastikan BN menang!

    ReplyDelete

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts