'Zara', 28 tahun mula berkhidmat di pusat urut kira-kira 2 tahun lalu.
"Saya bercinta selama 3 tahun, bekas teman lelaki saya berjanji
mengahwini saya.
Namun selepas saya menyerahkan tubuh, dia meninggalkan saya," katanya. Saya terus mendengar sambil visual temu bual dirakamkan oleh jurukamera, Rohaizat Roslan dibantu juruteknik, Siva-G. "Siapakah sebenarnya wanita bekerja sebagai pengurut?," soal saya.
Bilik lokasi rakaman digelapkan, hanya bentuk tubuh Zara sahaja kelihatan. Janji saya kepada anak kelahiran Kuala Lumpur itu, identiti dirinya tidak akan didedahkan.
Hanya kisah hidupnya, bakal saya kongsikan bersama penonton Majalah 3, 'Rela atau paksa', 20 Oktober, Sabtu, jam 9 malam.

"Gadis bujang, ibu tunggal dan isteri orang," jawabnya.
Saya tersentak buat seketika.
"Isteri orang? Mereka turut melakukan urutan batin (urutan kemaluan lelaki)?," tanya saya untuk mendapat kepastian.
"Ya, urutan badan, 45 minit, RM110, urutan batin, RM100 untuk 20 minit," jelasnya. Sebaik mendengar kenyataan itu, spontan terlintas di fikiran saya, suami manakah sanggup mengizinkan isteri mereka melakukan kerja sebegitu?
DIPETIK DARI : BLOG MAZIDUL

No comments:
Post a Comment