Wednesday, October 3, 2012

PARTI GERAKAN INI HILANG AKAL KE MINTA 1 PARLIMEN 4 DUN DUN LAGI : UKUR LAH BADAN DULU !!

Gerakan hari ini melahirkan hasrat untuk mendapatkan tambahan satu lagi kerusi Parlimen dan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) untuk diwakili mereka pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Naib Presidennya Datuk Mah Siew Keong berkata ianya adalah bagi diperuntukkan kepada calon bebas yang menyertai parti itu sepanjang tempoh empat tahun sebelum ini.

"Kita berharap akan diberi tambahan kerusi pilihan raya kali ini," katanya ketika berucap pada Persidangan Perwakilan Pemuda Nasional Gerakan Ke-25 di�sini, hari ini.

Turut hadir Setiausaha Agung Gerakan Teng Chang Yeow dan Ketua Pemuda Datuk Lim Si Pin yang telah mengesahkan tidak bertanding pada PRU-13 nanti. Pada pilihan raya lepas Lim bertanding di kawasan Parlimen Batu di Wilayah Persekutuan tetapi kalah kepada Tian Chua dari Parti Keadilan Rakyat.

Sebelum ini, Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon mengumumkan bahawa Gerakan komited untuk bertanding di 47 kerusi Parlimen dan DUN selain mempertahankan kerusi-kerusi yang telah dimenangi sebelum ini.

Selain itu, Mah turut menggesa sayap Pemuda untuk memainkan peranan dalam meraih sokongan pengundi muda kerana mereka merupakan 20 peratus atau tiga juta daripada jumlah keseluruhan pengundi berdaftar.

"Saya tengok ada perubahan positif termasuk banyak golongan pemuda menghargai transformasi oleh Najib (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak), generasi muda banyak menggunakan rangkaian media sosial seperti facebook dan twitter.

"Oleh itu peranan Pemuda Gerakan amat penting, parti akan banyak bergantung kepada Pemuda, golongan muda adalah berbeza, jadi terserah kepada anda untuk mendekati mereka," katanya.

Melihat kepada pentingnya pengundi muda, beliau berkata pihak parti juga tidak ada masalah untuk menimbangkan permintaan sayap Pemuda bagi lebih banyak calon daripada golongan mereka dipilih bertanding pada PRU-13.

-- BERNAMA

2 comments:

  1. mintka tambahan kerusi untuk ditumbangkan kepada DAP agaknya..

    ReplyDelete
  2. mintak tambahan kerusi untuk disumbangkan kpd DAP agaknya utk mengurangkan peluang BN tawan putrajaya.. sedarlah diri sikit....kalau diberi tambahan 10 kerusi parlimen pun, kalau sekadar untuk tewas kpd DAP apa maknanya????

    ReplyDelete

Blog Archive

There was an error in this gadget

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts