23 Okt : Malam tadi aku terpaksa tidur menggunakan alat ini untuk memastikan pernafasan ku berjalan dengan baik.Aku juga terpaksa mengambil ubat asthma untuk melicinkan perjalanan pernafasan.
Kata Doktor aku mengalami penyakit OB.STRUCTIVE Sleep Apnea .
selain dari Acute bronchitis. Malam tadi agak mencemaskan apabila tiba tiba nafas ku sesak dan setelah diberikan nebulizer masih
lagi tidak elok. Mujur selepas itu nurse memberikan aku Symbicort
Turbuhaler dan aku terasa lega.
Pagi ini nurse kata doktor yang merawat aku cuti kecemasan pula.Aduyai...... esok baru di
akan tenguk aku. Tapi akan ada doktor lain yang akan mengambil alih.
Malam tadi anak perempuan aku Mia telah sudi menemani aku. Lega lah sikit ada kawan.
Baru saja selesai berjumpa Doktor dan aku menunggu sesi Physiotherapi untuk membetulkan kedudukan tulang leher ku. Bila over weight kita akan tidur mengereng dan ini menyebabkan lama lama tulang leher akan rosak dan mengakibatkan kesesakan nafas.
Pagi ini bila dibuat pemereksaan tekanan darah , tekanan darah aku normal cuma kurang oxigen sahaja. Son aku pakai alat bantaun oksigen. Tahun lalu aku masuk juga sini sehari sebelum raya Haji. Aku harap tahun ini aku akan dibenarkan pulang sebelum raya haji.
No comments:
Post a Comment