IBU ALAHYARHAM DAN ISTERI SEDANG MENYIRAM AIR DI ATAS PUSARA |
DI SINILAH BERSEMADI ADIK KU . PEMERGIAN MU SATU KEHILANGAN YANG BESAR BAGI KU. |
Terperanjat mendapat panggilan dari adik iparku pada jam 7.11 minit pagi. (SABTU 13 OKT) Aku sudah menyangka tentu ada sesuatu yang tidak baik yang Akan disampaikan dan aku bertambah yakin ada berita musibah yang akan ku terima apabila mendengar suara tangisan.
" Abang Zai , Shidi meninggal dunia," aku terkaku dan terkedu , "Kenapa dan di mana" tanya ku. "Mengejut dan sekarang di rumah jenazah GH KL" balasnya ringkas. Isteri ku yang mendengar perbualan sudah menangis , aku turun ke bilik anak anak ku ,
"Bangun dan siap cepat, Papa Shidi meninggal dunia." Anak anak ku terpinga pinga tanpa bertanya apa apa akur terus bersiap.
8.00 pagi : Sampai di rumah jenazah GH , aku menghampiri jenazah Shidi , Biras aku. Sah dia telah pulang kerahmatullah. Dia pulang ke rahmahtullah begitu mengejut sekali dalam perjalanan ke KL dari Ipoh kerana urusan kerja.
Allahyarham sedang tidur apabila partnernya memandu dengan membaringkan seat, tiba tiba memanggil nama partnernya dan terus meronta ronta menekan dada .
Partnernya berhenti seketika dan kemudian membuat keputusan untuk terus memandu ke Hospital.
Sebaik sampai di Emergency , pihak hospital mengesahkan bahawa Allahyarham tidak lagi bernyawa.
Airmata ku menitis menatap wajah nya sambil memfadiahkan Al Fatihah dan mendoakan agar dia ditempatkan bersama orang orang yang solih. Allahyarham berusai 41 tahun.
10:00 pagi Doktor membuat Post Mortem pada jenazah,
11.30 T hari : semuanya selesai dan DR mengesahkan Allahyarham meninggal kerana kegagalan jantung setelah 90% blockage pada jantung.
12.00 Jenazah di bawa ke Masjid Ceras untuk di sempurnakan , mandi dan disembahyangkan selepas solat zohor.
2.30 : Jenazah di bawa ke tanah perkuburan Islam Ceras Baru untuk disemadikan setelah hujan reda.
Ya Allah ya tuhan ku tempatkan lah adik ku ini bersama orang yang solih , ampunilah dosanya permudahkan lah segalanya . Aku halalkan makan dan minum mu , aku ampunkan jika ada dosa dosa mu .
Pemergian mu satu kehilangan yang besar bagi ku kerana Shidi sentiasa mahu membuat abang gembira setiap kali bertemu. Semua yang kita lakukan bersama dan kita lalui bersama akan abang ingat dan sehingga ini abang masih tida menerima hakikat bahawa Shidi sudah tiada. lagi. Al Fatihah.
: Rashidi Hashim : HSBC - CITY BANK - HONG LEONG BANK.
Hari ini aku tidak akan membuat sebarang posting lain...
Alfatihah.....
ReplyDeleteTakziah buat keluarga yg kehilangan....al-fatihah
ReplyDeleteAl-fatihah...
ReplyDeleteTakziah...Al-Fatihah.
ReplyDeleteal fatihah moga dipermudahkan urusan dunia & akhirat
ReplyDelete