Seorang Pakar Islamologi yang berasal
dari Amerika Syarikat, Mark A Gabriel, telah melakukan kajian terhadap
gambar-gambar cincin Barack Obama yang terukir kalimah syahadah yang
tersebar luas di internet sejak belakangan ini.
Menurut kajian beliau ukiran pada cincin
yang selalu dipakaikan Obama di jari manis tangan kirinya itu memang
benar bermotifkan kaligrafi lafaz kalimah syahadah.
“Saya membuat kesimpulan bahawa ukiran yang terdapat pada cincin Obama itu adalah kalimah pertama syahadah,” kata Gabriel.
Gabriel menjelaskan bahawa kaligrafi
kalimah ‘La Ilaha Illallah’ pada cincin Obama tersebut terbahagi dalam
dua bahagian. Pada bahagian atas, tertulis huruf Arab Lam, Alif, Alif,
Lam, dan Ha yang dibaca dari kanan ke kiri. Susunan huruf tersebut
membentuk frasa ‘Laa Ilaaha’ yang bermaksud ‘Tidak Ada Tuhan’.
Pada
bahagian bawahnya pula terukir huruf Alif, Lam, Alif, Alif, Lam, Lam dan
Ha. Susunan huruf-huruf tersebut membentuk frasa ‘Illa Allah’ yang
bermakna ‘Selain Allah’. Lafaz ‘Allah’ ditulis secara separa di atas
kata ‘kecuali’.
Jika kedua-dua bahagian cincin obama
tersebut dibaca secara sambung, maka akan terbentuk kalimah ‘La Ilaha
Illallah’ yang bermakna ‘Tiada Tuhan Selain Allah’.
“Adalah suatu hal yang lumrah dalam seni
Islam dan kaligrafi Arab untuk menulis mesej-mesej Al-Quran dalam
perhiasan. Huruf-huruf tersebut juga biasa dibuat tumpang tindih agar
pas dengan ruang yang ada, “ujar Gabriel.
Selain itu, menurut para ahli bahasa Arab dan Islam, Obama dikatakan telah memakai cincin tersebut selama lebih dari 30 tahun.
Wallahu ‘alam
Sumber: About.com
No comments:
Post a Comment