Hari ini sudah seminggu aku sesak nafas dab juga sakit di bahagian dada. Aku telah membuat appointment untuk berjumpa dengan pakar jantung Dr Dato Yahya di sebuah hospital swasta pagi tadi.
Setelah bertemu dengan Dr Dato' Ahmad dan membuat pemereksaan darah skan di jantung dan ECG serta melihat rekod lama yang telah dibuat bersama Dr Dato' Yahya ( Bukan nama sebenar) , beliau mengesahkan bahawa saya tidak mempunyai masalah dengan jantung.
Masalah saya adalah masalah tiduran saya yang kurang nyeyak kerana gangguan penafasan. Ini sama lah yang dihadapi oleh Mantan PM Pak Lah. Sebelum ini saya ada membuat pemeriksaan dan membuat test tidur dan nyata dalam satu jam nafas saya terhenti dalam 1 saat sebanyak 30 kali.
Saya dinasihatkan untuk tidur dengan satu jenis alat yang dipasangkan ke hidung apabila mahu tidur untuk membantu flow pernafasan. Harga satu mesin itu adalah RM5000. aku diberikan pinjam oleh pihak hospital untuk percubaan sebelum ini.
Saya dirujuk kepada seorang Dr untuk merawat saya hari ini dengan masalah yang saya hadapi ini dan saya telah bersetuju untuk di admit di sebuah hospital swasta hari ini . Selain itu saya mengalami kerosakkan tulang di tengkuk belakang dan saya dinasihati untuk membuat taraphi ,
Malangnya setelah semuanya sedia , nurse memaklumkan kepada saya saya terpaksa berkonogsi empat orang satu bilik sedangkan saya memohon untuk mendapatkan bilik sendiri.
Saya memaklumkan kepada nurse saya tak mahu di admitkan dan mahu pulang sekiranya saya tidak mendapat bilik sendiri kerana saya sudah fobia dengan pengalaman lalu di mana saya tidak boleh tidur dengan keruh dan dengkur rakan lain di bilik saya.
Nurse membenarkan saya balik dan saya memaklumkna jika ada bilik , nurse boleh lah menghubungi saya.Sehingga ini saya masih belum dihubungi. Lalu saya berihat saja dirumah.
Huh panjang umur Ampang Puteri , mereka barui saja call aku, Bilik sudah siap. aku kata pada Nurse alan masuk selepas maghrib. Raya hospital lagi lah aku tahun ini.
No comments:
Post a Comment