Thursday, October 11, 2012

Syamsul Yusof bakal kahwin



Pengarah dan pelakon Syamsul Yusof mengakui bersedia untuk meneruskan fasa kehidupannya ke alam rumah tangga selepas melihat kerjayanya dalam bidang seni semakin kukuh.

Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Yusof, 28, berkata, selepas pelbagai kejayaan dan pengiktirafan yang diraih terutamanya sebagai pengarah, hatinya sudah mula terdetik untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami pula.
“Alhamdulillah, pada usia muda sebegini, terasa seperti mimpi sahaja apabila filem-filem saya diiktiraf dalam negara ini.
 

“Segala usaha selama ini dengan bantuan ayah dan krew produksi membuatkan saya berdiri kukuh seperti sekarang. 
“Dan kerana itu, sekarang hati saya mula terdetik untuk ke arah itu (berkahwin). Mahu kahwin dan cepat-cepat dapat anak,” katanya.
Bagaimanapun, Syamsul yang enggan mendedahkan kekasihnya itu menambah, perasaan ingin berkahwin itu sekadar perancangannya sahaja dan berharap ia dapat dilaksanakan secepat mungkin.
“Kita hanya merancang, tetapi semua itu ketentuan Allah. Moga jodoh saya dipercepatkan. Saya harapkan doa daripada semua,” ujarnya.
Menerusi Anugerah Blokbuster 2011 pada Sabtu lalu, filem arahan Syamsul iaitu KL Gangster menang besar selepas berjaya meraih bagi kategori Filem Terhebat, Filem Aksi Terhebat dan Tuan Director Terhebat.


Malah filem Khurafat arahannya turut menang bagi kategori Filem Takut Terhebat.

Sementara itu, disebabkan pelbagai kejayaan yang diraih filem KL Gangster sepanjang tahun ini, Syamsul berharap agar prekuel filem tersebut iaitu KL Gangster 2 yang akan ditayangkan pada awal tahun depan dapat menandingi filem berkenaan yang pertama.
“Saya tahu ramai yang menantikan KL Gangster 2 dan itu sangat merisaukan. Saya takut kerana penonton akan meletakkan harapan yang tinggi selepas kejayaan KL Gangster. 
“Insya-Allah, ia dapat memuaskan hati semua yang menyaksikannya kerana filem prekuel ini lebih aksi dan mempunyai sudut syot’ yang berbeza,” katanya. - MStar

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

There was an error in this gadget

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts