Jika anda diminta memilih antara bekalan air bersih dengan
projek lebuhraya, mana satu menjadi pilihan anda? Tentu ramai yang
memilih air, kerana ia sumber asas kehidupan.
Namun demikian, di Kelantan pelik dek kerana tatkala masalah air
belum dapat diselesaikan walaupun sudah mendapat pinjaman RM609 juta
dari Kerajaan Barisan Nasional, tapi lebuhraya juga yang dikejarnya
sambil mengutip derma dari rakyat.
Ura-ura Kerajaan PAS Kelantan untuk membina sendiri Lebuhraya Rakyat
yang kosnya mencecah RM1.8 bilion sudah kedengaran sejak Ogos tahun
lepas lagi, namun hingga kini bayang lebuhraya tak juga kelihatan.
Kebetulannya tika itu hangat dengan spekulasi pilihan akan berlangsung
pada November 2011.
Hampir setahun berlalu, tiba-tiba muncul khabar mengatakan akan berlangsung majlis pecah tanah pada bulan Mei 2012.
Akhirnya pada 28 Mei 2012 majlis pecah tanah secara rasminya dilaksanakan oleh Menteri Besar Kelan tan, Nik Aziz Nik Mat.
Sekali lagi kebetulannya, majlis pecah tanah tersebut dilangsungkan
tatkala waktu itu sedang hangat dengan spekulasi pembubaran parlimen dan
pilihanraya umum yang dijangkakan akan berlangsung pada bulan Jun atau
selewatnya bulan Julai 2012.
Selepas majlis pecah tanah hingga kini, duit derma yang diterima
untuk pembinaan lebuhraya pilihanraya itu khabarnya dah mencecah angka
sejuta ringgit, entah berapa tahun lagi nak tunggu jumlah derma mencecah
angka RM1,800 juta tak tahulah.
Bulan Jun akhirnya berlalu tanpa sebarang pembubaran parlimen, masuk
bulan Julai, tiba-tiba khalayak umum dikejutkan dengan pengakuan Husam
Musa semasa Sidang DUN Kelantan bahawa projek lebuhraya yang
diwar-warkan olehnya sebelum ini rupanya belum mendapat kelulusan
Mesyuarat Exco.
Parah. Majlis pecah tanah dah buat, duit derma dah beratus ribu
dikumpulkan dari orang ramai, alih-alih projek lebuhraya tersebut
belumpun diluluskan oleh kerajaan negeri.
Barangkali untuk cover line, maka Husam mendesak Mesyuarat Exco
segera meluluskan projek
tersebut sambil memberi jaminan lebuhraya
tersebut akan segera dilaksanakan sebaik saja diluluskan.
Untuk tambah perisa, Husam mendakwa sudah ada 4 jentera di dalam
hutan sedang buat pengukuran. Entah apa yang diukurnya sama ada ukur
lilit kayu balak dan luas kawasan konsesinya atau mungkin juga ukur luas
tanah untuk siapa pula nak dipindah milik tanah tersebut. Agaknyalah.
Risau juga takut terjadi macam kes projek di Lembah Sireh, tak
pasal-pasal syarikat swasta dapat tanah seluas 716.8 ekar bernilai
RM318.29 juta tanpa perlu menyiapkan sepenuhnya segala projek
infrastruktur yang dijanjikan.
Tanggal 4 Julai 2012 akhirnya projek lebuhraya rakyat diluluskan.
Ikut pada jaminan Husam, patutnya pembinaan sudah bermula
setidak-tidaknya seminggu selepas itu Malangnya semenjak tarikh
tersebut, sudah terlampau jarang lagi untuk kedengaran sebarang berita
berkenaannya.
Masih sedang mengukur tanah agaknya sambil mengira berapa besar jumlah komisyen yang bakal diperolehi.
Hampir 3 bulan berlalu, semasa Sidang DUN Kelantan yang berakhir Rabu
lepas pula, Husam selaku exco kanan negeri tiba-tiba sahaja memberitahu
umum kononnya pembinaan lebuhraya pilihanraya itu akan bermula selepas
musim tengkujuh sama ada selepas bulan November atau Disember tahun ini
katanya.
Mentang-mentang timbul spekulasi pilihanraya umum akan berlangsung
pada bulan Januari 2013, terus saja Husam akan muncul memberi jaminan
baru.
Memandangkan projek lebuhraya pilihanraya ini banyak sangat
flip-flopnya yang bermotifkan politik untuk menarik perhatian ramai,
kita sarankan pada Husam untuk manfaatkan saja duit derma yang dah
dikumpul itu untuk tambah baik khidmat bekalan air bersih di Kelantan.
Kalau dibiarkan lama begitu sahaja duit derma tersebut, bimbang pula
kalau-kalau nanti jadi macam duit pelaburan Kohilal yang lesap entah ke
mana.
Lagipun antara bekalan air dan lebuhraya, walau kedua-duanya penting,
namun khalayak umum tahu diantara kedua-duanya ada yang jauh lebih
penting.
Hatta kambing jamnapari sekalipun akan mati kehausan sekiranya
menghadapi masalah mendapatkan bekalan air, tambah-tambah pula setiap
hari empat lima kali terpaksa pula membuang keluar air dari badannya.
Bila kita sebut kambing jamnapari, tentu Husam akan lebih mudah untuk
mengetahui mana satu diantara kedua-dua projek tersebut yang memiliki
prioritinya. Lagipun, bukankah Husam dan jamnapari berpisah tiada sejak
dulu, Tak gitu?
Sebenarnya bagi pemimpin pas yg paling utama gaji dan pangkat sampai nyanyuk pun masih ngaku kuat.takbur...
ReplyDelete