Friday, October 12, 2012

Cawangan Oldtown White Coffe belum 100% ada sijil halal


Tak payah minum lah kat kedai ini  , banyaik lagi kedai lain yang boleh minum , Minum kedai orang anti Islam ini buat apa.

Oldtown sasar dapat sijil halal JAKIM bagi semua premis akhir tahun ini

KUALA LUMPUR: Oldtown Berhad menyasarkan kesemua 179 restoran francaisnya, Oldtown White Coffee, di negara ini menerima perakuan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menjelang akhir tahun ini.

Pengerusinya, Datuk Dr Ahmad Tafsir Lop Pici berkata, setakat ini 60 peratus premis berkenaan sudah pun mendapat kelulusan persijilan halal daripada JAKIM.

"Baki 40 peratus lagi sudah pun dalam proses dan menunggu pengesahan. Kami menjangkakan persijilan halal bagi kesemua kafe akan disempurnakan menjelang akhir 2012," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Justeru itu beliau memberi jaminan bahawa makanan dan minuman yang disajikan di semua restoran francais mereka, adalah halal.

Dr Ahmad Tafsir berkata, pihaknya sentiasa berusaha mematuhi segala garis panduan yang ditetapkan JAKIM berhubung penyediaan makanan dan minuman kepada pelanggan beragama Islam.

"Kami tidak menyajikan produk makanan yang tidak halal mahu pun menyaji alkohol. Semua bekalan kami disediakan pembekal yang memiliki persijilan halal yang diiktiraf Jakim dan dikehendaki mengemukakan sijil halal yang sah bagi setiap bahan yang dibekalkan.

"Semua makanan dan minuman di restoran kami disediakan mengikut lunas-lunas Islam. Dua petugas rakyat tempatan beragama Islam bertugas pada setiap syif di setiap restoran seperti yang ditetapkan JAKIM," katanya.
Beliau berkata, pihaknya sangat menitikberatkan kualiti produk dan perkhidmatan yang diberikan kepada pengguna.

Dalam pada itu beliau turut menegaskan Oldtown White Coffee tidak bersekutu dengan sebarang parti politik memandangkan Oldtown Berhad adalah syarikat awam yang tersenarai di Pasaran Utama Bursa Saham Malaysia.

Sementara itu, Pengarah Hab Halal Jakim Hakimah Mohd Yusoff ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu.

Beliau berkata, sebahagian permohonan masih dalam peringkat tindakan pembetulan oleh syarikat membabitkan aspek pematuhan standard dan prosedur persijilan halal JAKIM. - BERNAMA 

3 comments:

  1. teruskan boikot old town...bila org kurang ajar mcm cina dap sial tu..dia harus diajar...kalau setakat nak pekena kopi banyak lagi kedai melayu dan islam yg kita boleh gi minum..TOLAK DAP dengan BOIKOT OLD TOWN

    ReplyDelete
  2. Jika babi kotor dan beracun pasti dunia ini tidak ada lagi bukan muslim bahkan kelahiran mereka masih tinggi. Jelas sekali ajaran agama bukan semua boleh percaya. Adakah muslim tidak makan babi boleh lebih sehat, panjang umur, aman, bertuah, berjaya dan kaya-raya? Jelas sekali muslim sesama dengan bukan muslim menghadapi masalah sama. Kerana pengharaman ini menjadi pergaulan dengan penganut lain tersekat bahkan boleh menjadi pergaduhan. Oleh itu pada zaman moden ini kita sesama manusia jangan terlampau percaya ajaran yang tidak logik

    ReplyDelete
  3. dude...you must be an atheist!! Don't force your stupid nonsense mind here...if you must know a pig will eat its own vomit again and again just to satisfy its guts..and doesn't damn well care if it eat its shits too..you want us to mingle with non muslim..yes we can...but to want us to eat pork like you do..sorry babe...not in a million years..yuckss!! and to quote my friend saying..you eat pork..you eat alone la...!! stupid atheist !!

    ReplyDelete

Blog Archive

There was an error in this gadget

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts