Vivian Lee... Saya sama sekali
merasa tidak bersalah mendedah
kan gambar gambar telanjang dan
video seks di Internet
Akhbar The Star hari ini (18 Oktober 2012) mendedahkan pengakuan seorang
gadis Johore Vivian Lee 23, bahawa dia sendiri yang poskan gambar dan
video aksi seks dengan teman lelakinya Alvin Tan Jye 24 dan dia tidak
merasa kesal mendedahkan kehidupan seksnya kepada orangramai.
"Kalau
orang Barat boleh kenapa kita orang Asia tidak boleh," dia bertanya.
Katanya lagi,
"Saya sama sekali merasa tidak bersalah dalam mendedahkan gambar telanjang dan video hubungan seks saya di internet. Ia bertujuan supaya dunia dapat melihat betapa besarnya kasih sayang antara kami.
"Saya tidak faham kenapakah orang menghebohkan pekara ini sedangkan ia adalah merupakan private affair kami," katanya lagi. Yang pertama sekali akan ditanya ramai, kalau itu merupakan private affair kenapa dijadikan public affair?
Teman lelakinya Alvin Tan Jye Yee siswa National Universiti Singapore
atas biasiswa Asean juga sependapat dengan kekasihya dan menyatakan
akan melakukan banyak lagi hubungan seks dengan Lee untuk direkodkannya
bagi mencari kemasyhuran.
Media Singapura telah pun mendedahkan pekara ini.
Tentunya pekara ini akan menjadi isu kontroversi dari segi undang-undang
negara, sama ada akan dilihat dari segi tindakan yang mudah atau pun
Jabatan Peguam Negara dan peguam-peguam yang mahu cari makan dalam
keadaan susah cari makan akan menyebabkan kes ini berpanjangan tanpa
sebarang tindakan, walaupun pihak terlibat mengakuinya.
Apa bezanya
seseorang yang mendedahkan video seks orang lain dengan seorang yang
mendedahkan kelucahannya sendiri.?
Atau pun dalam hal ini, seperti juga dalam kes-kes lain, kerajaan akan
terlihat mengambil tindakan kerana desakan dan bukan dengan inisiatif
sendiri dan sebelum itu, kita mesti dengar dahulu amaran demi amaran
dari Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishamuddin Tun Hussein Onn.
Tentunya reaksi Majlis Peguam, Marina Mahathir, Azmi Shahrom dan
lain-lain, adalah ditunggu oleh orang ramai kerana kita tidak mahu
memalukan negara kita yang sekarang paling ke depan dalam demokrasi,
malah melampaui Amerika Syarikat dalam soal seks akan terlihat berundur
ke belakang.
Apalah dihairankan kes ini, sedangkan rakyat telahpun menerima amalan
bebas seks malah parti Islam PAS pun menerima seorang homoseksual
sebagai ketua besar mereka, PKR terima baik pendedahan "telanjang"
Elizabeth Wong,
Anggota Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Bukit Lanjang
dan Chua Soi Lek telah dimaafkan.
Dalam hal ini sikap yang paling rasional ialah, kita tunggu dahulu amaran dari Menteri Dalam Negeri.
Yang sudah pasti Singapura yang masih di bawah penghayatan nilai moral
tinggi bapa kemerdekaan Singapura, Lee Kuan Yew, patinya akan bertindak
lebih dahulu dari Malaysia. Tunggu dan lihat.
dipetik dari: zamkata
korang tgk betape x bermoral nye dan kurang diajar mahluk dua ekor nie...ni sekarang ...kalau esok lusa cam na....renungkan...kan...kan
ReplyDelete