Thursday, December 26, 2013

MENARA HOTEL JAM DIRAJA MAKKAH



MAKKAH, 24 Dis -- Menara Hotel Jam Diraja Makkah, mercu tanda terbaharu yang mendapat sentuhan anak muda Malaysia, ia dapat membantu umat Islam mengenal pasti kedudukan Masjidil Haram dari jarak sehingga 17 km, dari tengah-tengah kota suci ini.
Ia telah siap 98 peratus. Cahaya dua juta lampu LED yang menghiasinya akan berkerlipan setiap kali azan berkumandang dan boleh dilihat dari jarak 28 km pada waktu malam.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucup Hajar Aswad

HAJAR ASWAD ... Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucup Hajar Aswad semasa melakukan tawaf wida' di sini, semalam.
Turut sama mengucup Hajar Aswad isterinya Datin Seri Rosmah Mansor (kiri).
Beliau dalam rangka lawatan kerja selama empat hari ke Arab Saudi sejak Sabtu lepas.

Sunday, December 22, 2013

WAJAH WANITA WARGA TAIWAN YANG DICULIK DI PULAU POM POM DAN DISELAMATKAN.............

gh

Berikut ialah kronologi pembunuhan dan penculikan dua warga Taiwan di Pulau Pom Pom, Semporna, Sabah bulan lepas.
15 Nov – Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar sahkan seorang pelancong Taiwan, Hsu Li Min, 57, mati ditembak manakala rakan wanitanya, An Wei Chang, 58, dikhuatiri diculik sekumpulan lelaki bersenjata, dipercayai dari selatan Filipina.
16 Nov – KPN syaki kumpulan pengganas Al-Qaeda Abu Sayyaf terlibat dalam kes itu yang dipercayai bergerak dalam kumpulan seramai lapan orang dengan menaiki bot pam dan menculik mangsa untuk tebusan.
17 Nov – Polis percaya An Wei Chang masih hidup dan usaha menjejaki kumpulan yang menculiknya giat dijalankan oleh pasukan keselamatan.
18 Nov – Polis Sabah menegaskan pihaknya tidak tahu menahu tentang laporan media Taiwan kononnya keluarga An Wei Chang, sudah dihubungi pihak tertentu untuk meminta bayaran tebusan.
19 Nov – Polis Sabah memberitahu bedah siasat mayat Hsu Li Min, yang ditembak mati dalam kejadian itu akan dilakukan pada 20 Nov di Hospital Tawau.
20 Nov – Keluarga Hsu Li Min berharap laporan lengkap bedah siasat mayat mangsa dapat dikeluarkan segera.
21 Nov – Mayat Hsu Li Min dibakar di pusat pembakaran mayat Foo Kui Memory Park di Tawau kira-kira 12 tengah hari.
25 Nov – Polis sahkan belum terima sebarang tuntutan daripada mana-mana pihak berhubung kes culik An Wei Chang.
30 Nov – Polis beri jaminan keselamatan An Wei Chang, dan kes sedang diuruskan kerajaan Malaysia dengan kerjasama kerajaan Filipina.
1 Dis – Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar minta pengusaha dan operator pusat pelancongan di Pulau Pom Pom beri kerjasama penuh, tidak menghalang tugas pasukan polis membuat rondaan di kawasan itu.
2 Dis – Polis tahan dua lelaki berusia lingkungan 30-an tanpa dokumen pengenalan di Kampung Bangau-Bangau, Semporna pada 3 pagi, 1 Dis yang dipercayai terlibat dalam kes penculikan itu.
20 Dis – KPN sahkan An Wei Chang berjaya diselamatkan pihak berkuasa Filipina. Wanita itu kini berada di Hospital Merin, Sulu dan akan diterbangkan ke Zamboanga City pada Sabtu.
NOTA: Berikut adalah gambar sejurus selepas dia berjaya diselamatkan tentera Filipna kelmarin.
df
df2

Friday, December 20, 2013

Sedikit Tips pasal Tol kalau nak baca lah....

Semalam ada member blogger whatsapp. Mintak aku ulas isu kenaikan harga tol yang tengah hangat sekarang ni.

Haihhh.

Aku sebenarnya berat hati nak tulis isu-isu sensitif macam ni. Sebab kalau tersalah tulis, akan ada yang melenting. Bukan semua orang boleh berlapang dada bila berbeza pendapat. Huhu.

Tu sebab aku pejamkan mata bila baca status/komen sesetengah kawan-kawan kat fb. Kadang tu bila baca, rasa macam memang ditujukan khas pada aku pun ada. Huhu.

 Tu la kot harga yang aku kena bayar. Makin ramai yang membaca, makin ramai jugak yang membenci. Huhu.

Tipu la kalau aku tak rasa apa-apa. Bengkak jugak sebenarnya hati ni. Tapi baru ni aku dengar kuliah Syeikh Omar Suleiman. Dia cakap, bila marah kan nabi ajar suruh ambil wudhu’? Kalau tengah berdiri, duduk. Kalau tengah duduk, baring.

Maknanya, ubah kedudukan.

Sama la jugak hal social media ni. Bila rasa nak marah, cepat-cepat tinggalkan. Jangan komen masa tu. Pergi mana-mana dulu, or buat benda lain dulu. Nanti dah sejuk, baru komen (kalau masih rasa perlu komen jugak).

Sebab komen selepas 15 minit, 30 minit, atau sejam kemudian yang ditulis dalam keadaan tenang tu, takkan sama dengan komen yang kita terus tulis dalam keadaan marah. 

Dan memang aku setuju dengan tips ni. Bila dah sejuk, kadang-kadang aku rasa, ‘Ah, tak payah layanlah. Dunia ni luas lagi. Macam-macam lagi aku boleh buat selain nak bertekak dengan dia ni. Semoga Allah lapangkan dadanya dan bagi dia ilmu yang bermanfaat’.

But deep down in my heart, aku sebenarnya kurang senang bila terrrlalu banyak tulisan yang menunjukkan betapa tak fahamnya orang tu tentang issue yang dia sendiri tulis.

 Aku bersangka baik memang dia tak faham. Bukan sengaja buat-buat tak faham dan guna sebagai excuse untuk lepas geram.

Memang ada masa aku rasa macam, Eh, patut ke ha aku bagitau apa yang dia cakap ni kurang tepat? Tapi nanti sure dia melompat punya. Silap-silap kawan-kawan dia pun tumpang sekaki gelakkan aku balik. Bukannya tak ada pengalaman macam tu sebelum ni.

Nak-nak pulak ada sesetengah tu memang tak rapat sangat dengan aku. Nanti kalau tegur, langsung dia tak mau dekat dengan aku terus. Nanti kalau reunion, takde orang nak kawan aku. Mesti aku duduk tengok cengkerik sorang-sorang. T-T

Tapi bak kata kawan blogger aku, moga-moga dengan sedikit kefahaman yang aku ada, boleh bagi panduan untuk orang lain sebelum nak bertindak/berperasaan negative. 

Sebab selalunya bila tengah marah, memang komen tu ikut sedap jari je. Macam terlupa pulak malaikat kiri kanan ni kerja 24 jam. Tu yang tak rasa bersalah nak troll, nak fitnah, nak menyindir, nak sakitkan hati orang lain tu.

Sedangkan dalam bergurau pun nabi tak bagi kita berbohong. Anehnya kita hari ni langsung tak rasa bersalah bila tulis dan sebarkan benda yang tak ada. Ya, mungkin pada kita untuk ‘seronok-seronok saja’. 

Itu namanya the art of trolling bro.
 
Wah, sejak bila pulak ada rebate untuk dosa mengada-adakan benda yang tak ada, walaupun dengan niat nak bagi orang gelak dan like tulisan kita? Huhu.

Oh, sebelum tu. Nak selit sikit lagi tentang kuliah Syeikh Omar tadi.
Dia cakap bila kita menyakiti orang, kita sepatutnya sedar yang Allah lebih mampu untuk menyakiti kita.

True enough. Kadang kita ni rasa bagus, sengaja nak perli-perli orang, sakitkan hati orang bila baca tulisan kita. 

Tapi kita lupa Allah bukan saja lebih mampu, malah lebih layak lagi untuk sakitkan kita. Mujurlah keampunan Allah itu selalu mendahului kemurkaanNya. Huhu.

Aku berpesan pada diri sendiri juga. Maklumlah, entah berapa ribu perkataan dah yang aku tulis. Mungkin pada aku, Takde apa la. Kecik je. Suka-suka je.

Tapi di sisi Allah, yang kecil itu adalah besar dan berdosa. Dan mungkin jadi asbab untuk aku dihumban ke dalam neraka. Nau’zubillah. Huhu.
Panjangnya mukadimah. :p

Ok, bab tol ni. Aku bukanlah orang yang layak untuk ulas isu ni. Sebab memang tak banyak yang aku tahu. Setakat baca satu dua report, itu pun atas tuntutan kerja, rasanya memang jelas aku tak ada kelayakan.

Aku tak nak tulis pasal konsesi-konsesi yang bakal naikkan tol tahun depan. Dah cakap tadi, tak banyak yang aku tau pasal tu. Tapi aku nak highlight point DS Wahid about PLUS, yang mungkin ramai orang terlepas pandang. 

Untuk follower yang dah lama baca blog ni, or yang dalam friend list aku kat fb, maybe korang perasan aku bukanlah peminat tegar DS Najib. 

(Baru terbaca tadi ‘PM Najib tidak mahu guna pendekatan populis dalam mentadbir negara.’ Hehe. Nak tergelak baca. Tak populis ye? Hahaha. Hahahaha. Hahahahaha!)

Tapi dalam hal tol PLUS, I must say aku kena bagi kredit jugak pada dia. Here’s why.
Tahun 2010, dia announce pembekuan kadar tol untuk 4 highway yang di bawah PLUS. Govt negotiate dengan UEM Group dan EPF. Dia macam ni, govt (via Khazanah) pegang UEM Group. UEM Group pulak, ada 51% stake + EPF (49%) dalam PLUS.
 group_structure
Hasil rundingan ni, diaorang bersetuju untuk bekukan kenaikan kadar tol selama 5 tahun bermula pada tahun 2010 sampai 2015. 

Yahoo! Lima tahun tol tak naik! 

1. Lebuhraya Utara-Selatan (NSE)
2. Lingkaran Tengah Lebuh raya Utara-Selatan (NSE Central Link) (ELITE)
3. Lebuh raya Laluan Kedua Malaysia- Singapura (Linkedua)
4. Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE)

Bila dah habis tempoh 5 tahun ni nanti, baru akan ada kenaikan.
Sebagai manusia normal, aku pun tak suka dengan sebarang kenaikan harga. Tapi, cuba kita tengok apa lagi hasil rundingan tadi.

Sebelum ni, kalau ikut agreement, Lebuhraya Utara-Selatan (NSE) dan ELITE ada kenaikan 10% untuk setiap 3 tahun. Tapi lepas rundingan, diaorang setuju untuk tetapkan kenaikan hanya 5% sahaja untuk setiap 3 tahun. Separuh. 

Untuk Linkedua (Malaysia-Singapore) pulak, sepatutnya ada kenaikan 25% untuk setiap 5 tahun. Tapi terms baru, turun jadi 5% jugak untuk setiap 3 tahun.

Butterworth-Kulim Expressway (BKE), sebelum ni 15-25% hike in every 5 years. Turut distandardkan jadi 5% every 3 years.

Dan untuk orang Penang, Penang Bridge sepatutnya ada 15-50% hike in every 5 years. Tapi dah diputuskan tiada lagi kenaikan selepas ni, sampai konsesi tamat. Sekarang RM7 kan? Terer tak aku? (Cee, mentang-mentang baru balik dari Penang. Hehe. Jeruk Pak Ali pun tak habih makan lagi.) :p
tol
Semua konsesi kat atas ni akan tamat pada tahun 2038. Tak ada lanjutan lagi lepas ni.
Sekarang kita dah tau, govt managed to reduce the hike rates. Tapi 5% ni, kita nak ambil apa pulak untuk compare? Kenapa 5%?
   
Ok. 5% untuk setiap 3 tahun.

Maknanya, lebih kurang 1.7% setiap tahun.

1.7% ni, diaorang compare dengan inflation rate. Kalau kita compare dengan average inflation rate (2.6%), kenaikan 1.7% p.a. ni masih di bawah kadar inflasi. Ada la perbandingan dengan negara luar, tapi aku rasa orang bukan nak dengar sangat bab tu kan?  

Lagi satu point yang aku rasa patut dihighlight adalah govt tak perlu bayar pampasan untuk pembekuan kenaikan tol 5 tahun ni. Kan tadi kita dah tau dari tahun 2010 sampai 2015 ni tiada kenaikan? Kalau nak ikut, sepatutnya govt kena bayar pampasan kepada PLUS sebab tak bagi naik. Jumlahnya approximately RM 3.6bn.

Tak ramai orang bagi credit hal ni. Bagi aku, itu dah save banyak dah tu. Kalau tambah pampasan yang tertunggak, add another RM 2.9bn, yang govt masih belum bayar kepada PLUS.
Dan yang itu pun dah kira settle. RM 6.5bn tak payah bayar in total. Well done!
Tapi berapa ramai yang sedar point ni? 

Ikut pengalaman kerja aku yang tak seberapa ni, sebenarnya highway operators pun tak suka jugak bila ada compensation plan. Walaupun diaorang still ‘dibayar’, govt bukannya akan bayar time-time tu jugak.

 Akan ambil masa untuk luluskan itu ini. Bila ambil masa, ni akan kacau cashflow syarikat. Dan itu pun kalau compensation dalam bentuk cash. Kalau dalam bentuk tax exemption? Lagi la complex.

Katalah dia issue bond untuk buat highway tu. Pinjam duit daripada market untuk buat modal. Dia projected tahun ke 6, dengan kenaikan tol yang dah dipersetujui, dia boleh bayar balik sekian-sekian amount kepada bondholders. 

Tup-tup bila sampai tahun ke 6, kerajaan tak bagi pulak penaik tol. So duit yang dia forecast awal-awal tadi tu tak masuk. Dan boleh jadi tak cukup untuk dia bayar hutang-hutang dia.
Dahh nak kena buat EGM pulak mintak tolong bondholder Sabaq sat, sementara govt nak bayaq kami. Nanti dah dapat duit kami bayaq kat hangpa na. Tu sebab diaorang pun tak happy bila ada compensation. 
And lastly, lets not forget about EPF. Bila EPF pegang PLUS, keuntungan PLUS akan masuk balik pada EPF, iaitu kita la. Dalam bahasa mudahnya, siapa yang ada EPF, sebenarnya dia ada share jugak dalam PLUS. Bila PLUS untung, berapa ramai individu yang dapat manfaat sebenarnya?

Rasanya, setakat ini sajalah yang aku mampu share bab ni. Mintak maaf pada member yang suruh aku komen pasal kenaikan tol tahun depan tu. Aku tak berani nak komen benda yang aku tak faham lagi. Semoga tulisan yang sedikit ni tetap bermanfaat.

~ Kerajaan Selangor ada 30% kepentingan dalam KESAS (via PKNS), 20% dalam SPRINT and LDP (via PERANGSANG). Hopefully they can do something to stop the hike.

By Faiz

Aku dan Cengkerik

Wednesday, December 18, 2013

Rosmah menjawab semua Fitnah terhadapnya !! 6 jam disiasat

Mungkin agak lewat TB menyiarkan tulisan ini tetapi tidak mengapa kerana TB mempunyai pembaca setia sendiri.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 
 
Sesungguhnya fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh. Gejalanya amat menakutkan, lagi merosakkan.


Pembaca yang amat dikasihi;


Tibalah masanya saya sebagai seorang insan, dengan rendah hati ingin menjawab segala fitnah dan tohmahan yang telah dihamburkan kepada saya selama ini. 


Adalah wajar untuk saya membersihkan nama saya, maruah suami tercinta dan seterusnya kepimpinan negara agar fitnah ini tidak terus terpalit hingga menyebabkan saudara saudari tersalah anggap.

Alhamdulillah, anak-anak boleh terima walaupun ada ketikanya mereka sedih dengan fitnah yang keterlaluan. Anak-anak saya cuba melihat kebaikan dan kemurniaan majoriti masyarakat, bukan minoriti yang sentiasa ada tanggapan negatif.


Apabila saya bertemu dengan pelajar-pelajar Malaysia di luar negara dan bersoal-jawab tentang fitnah-fitnah tersebut, mereka boleh menerima penjelasan daripada saya. Penjelasan secara 'face to face' itu sangat berkesan.


 Cuma, mereka hairan, terkejut dan bertanya mengapa tidak ada orang jawab bagi pihak saya. Saya mana ada pegawai, saya isteri Perdana Menteri bukan Perdana Menteri.

Justeru, saya akan memberikan sendiri jawapan setiap persoalan yang timbul supaya masyarakat dapat menilai kebenarannya. Sikap mendiamkan diri dalam hal ini umpama 'membunuh diri sendiri'.


Pertama: Isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu, 19 Oktober 2006

Saya difitnah telah bersama membunuh mendiang pada tarikh kejadian. Nauzubillah. Bagaimana saya mahu membunuh orang sedangkan cicak jatuh di depan mata pun saya melompat lari. Saya juga takut gelap. Apa lagi saya nak mendaki bukit di tempat yang dikatakan menjadi lokasi pembunuhan itu. Tidak ada daya upaya saya berbuat begitu


Pada tarikh itu juga saya dan Leftenan Kolonel Norhayati Hassan berada di dalam Majlis Berbuka Puasa Dan Penyampaian Bantuan Hari Raya Kepada Anak-Anak Yatim Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.


Apabila saya difitnah dan media menyiarkannya, saya tidak diberikan kekebalan. Mungkin ramai orang yang tidak tahu bahawa saya disoal siasat di Bukit Aman selama enam jam gara-gara fitnah itu.

 
Kedua: Cincin berlian berharga RM24 Juta
Saya berani bersumpah, cincin itu tidak ada di tangan saya. Memang cincin itu masuk (melalui kastam) untuk dilihat oleh Maira Nazarbayev yang pada ketika itu berada di rumah saya bagi persiapan majlis pertunangan anaknya dengan anak saya. Beliau adalah 'regular customer' kepada jewelry Jacob & Co.


Perkara ini telah diterangkan secara lebih lanjut oleh Director of Fine Jewelry Jacob & Co., Philip Nassimi. Berlian berwarna biru kelabu seberat 30.11 karat itu telah dihantar pada 15 April 2011 melalui syarikat penghantaran Malca Amit, New York menggunakan penerbangan House Airway, no bil: 1488134 dari ibu pejabat Jacob & Co. di New York ke Kuala Lumpur, Malaysia. Ia sampai pada 16 April 2011.



Setelah dilihat oleh Maira, cincin tersebut dipulangkan dan keluar dari Malaysia melalui pelabuhan Singapura pada 20 April 2011. Ia diuruskan oleh Malca Amit Malaysia dan Singapura. Ia telah dikembalikan ke ibu pejabat Jacob & Co. di New York pada 13 Mei 2011


Ketiga: Berjoli di luar negara
 
Kebanyakan lawatan saya ke luar negara kerana mengiringi suami menjalankan tugas. Selain itu, saya juga menerima jemputan untuk menyampaikan ucapan oleh negara yang berminat untuk berkongsi apa yang Malaysia lakukan.


Memang kebanyakan negara yang saya dekati ialah negara Dunia Ketiga dan Timur Tengah.


 Ini kerana negara-negara inilah yang memerlukan pendekatan yang saya katakan tadi. Negara-negara lain seperti Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Jepun dan Korea sudah maju dan kaya. Jika mahu berbakti, sudah tentu kita mendekati masyarakat atau negara yang memerlukan idea kita. Kita mahu buat kerja, bukan glamour.

Saya pernah dijemput memberi ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Pertama Mengenai Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Dalam Pendidikan Ke12 di Riyadh tahun 2011.


 Saya juga menyaksikan Memorandum Persefahaman (MoU) Antara Akademi Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Saudi Arabian Islamic Foundation for Giftedness and Creativity (Mawhiba).

Bagi saya ini adalah pengiktirafan terhadap wanita Islam yang mempunyai pandangan sederhana tetapi moden dan pada masa yang sama tidak melanggar adab kesopanan wanita Timur.


 Untuk seorang wanita diterima di kalangan pemimpin-pemimpin dunia lelaki terutamnya di Timur Tengah bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi mereka sering memandang rendah kepada wanita.

Apabila wanita Islam mempunyai buah fikiran yang boleh dikongsi bersama dan buah fikiran itu sememangnya untuk manfaat rakyat maka mereka memberi penghargaan dengan cara menjemput kita ke negara mereka untuk menyampaikan ucapan. 


Masakan saya sempat untuk berjoli? Lagipun, saya tidak minat berjoli.

Keempat: Pembaziran Projek Permata

Sejarah membuktikan bangsa yang tiada pendidikan akan terus ditindas. Saya percaya orang yang mempunyai pendidikan akan lebih berjaya. Sebagai anak bekas guru, saya faham tentang bagaimana pendidikan berfungsi untuk membentuk keperibadian manusia. Pendidikan harus bermula daripada awal. Justeru, saya mencadangkan penubuhan Permata.


Ini idea baru. Tidak apalah, kalau idea baru memang agak sukar diterima oleh semua orang kerana mereka tidak memahami apa sebernarnya yang ingin kita sampaikan.


Satu lagi masalah ialah sikap penyokong politik yang taksub, kita yang tidak dapat membezakan kerja kemasyarakatan dengan politik. Semuanya mereka satukan. Agak malang apabila kerja-kerja kemasyarakatan seperti Permata dijadikan motif politik.


Saya tidak faham mengapa orang mempertikaikan tentang Permata sedangkan program tersebut adalah untuk kebaikan generasi akan datang.


 Ada yang marah-marah apabila kerajaan mengumumkan bajet yang besar untuk Permata sedangkan tidak ada satu sen pun duit itu masuk ke poket saya.

Kelima: Bergaya dengan perhiasan mewah
 

Seperti kebanyakan isteri pemimpin, saya juga mengiringi suami ke beberapa negara kerana urusan negara. 

 Ada juga yang menjemput saya atas kapasiti sebagai isteri Perdana Menteri. Mereka mahu saya memberi ucaptama tentang pengalaman masyarakat Malaysia terutama yang berkaitan wanita dan pendidikan awal kanak-kanak.

Apabila saya ke negara tersebut, mereka menyambut kami dengan mesra sebagaimana kita melayan mereka apabila mereka ke negara kita. Itulah adab sopan melayan tetamu.


 Sebagai meraikan kehadiran tetamu, kebiasaannya mereka memberikan cenderamata sebagai kenang-kenangan. Antara cenderamata tersebut termasuklah cincin, jam, perhiasan diri dan sebagainya. Ada yang diberi itu mahal harganya dan ditempah khas.

Apabila orang memberi kita sesuatu, sudah tentu tidak manis untuk menolaknya. Kita mesti menjaga hati mereka apatah lagi kita adalah tetamu. Bagaimana perasaan kita apabila pemberian kita ditolak orang lain? Tentu kita akan tertanya-tanya dengan pelbagai soalan dan merasa kecil hati. Dan, apabila telah diberi, saya pun memakainya. 


 Tak kan nak simpan saja dalam peti besi sedangkan barang-barang yang diberikan itu dengan ikhlas, cantik dan sesuai untuk digunakan. Adalah satu pembaziran jika ia di simpan 'kaku' dalam kotak simpanan.

Saya sedar ramai mata yang memerhati setiap apa yang saya lakukan dan setiap apa yang saya pakai. Itu hak mereka. Saya tidak boleh menghalang. Tetapi, malangnya mereka ini bukan saja memerhati malah memfitnah saya dengan perkara-perkara yang tidak masuk akal.


Pendek kata, saya tidak mampu memuaskan hati setiap orang. Yang penting, saya percaya pada apa yang saya lakukan


Keenam: Isu 'First Lady'
 
Bagi saya gelaran First Lady tidak menimbulkan sebarang masalah. Misalnya dalam penganjuran Sidang Kemuncak Wanita Pertama, peserta yang dijemput adalah isteri-isteri kepada Presiden, Perdana Menteri atau apa saja gelaran yang diberi kepada pemimpin tertinggi (yang menguruskan pentadbiran negara).


Mereka adalah First Lady atau Wanita Pertama dalam konteks suami yang diberi tanggungjawab serta dipilih rakyat untuk mentadbir Negara. Saya tidak fikir ia sesuatu yang perlu dipertikaikan.


Kita di Malaysia ada institusi Diraja sebagai ketua negara iaitu yang di-Pertuan Agong manakala ketua kerajaan ialah Perdana Menteri. Mirip British yang mana Queen adalah ketua negara manakala Perdana Menteri adalah ketua kerajaan yang dipilih melalui pilihan raya.


Bagi sesetengah negara seperti Amerika dan Perancis, ketua kerajaan dan negara adalah Presiden, maka isteri Presiden adalah Wanita Pertama.


Sekiranya kita menggelar Permaisuri Agong sebagai First Lady atau Wanita Pertama bererti kita telah 'downgrade' status baginda. Kedudukan baginda permaisuri adalah yang kedua selepas Yang Dipertuan Agong. Ini satu kedudukan khas yang diiktiraf dalam perlembagaan kita.


Saya rasa dalam soal ini ramai yang faham. Cuma mungkin ada sesetengah yang sengaja mempertikaikan dan cuba menjadikan ia sebagai isu.


Ketujuh: Isu menjadi Perdana Menteri Keenam
Mana mungkin? Saya hanya mahu menjadi isteri kepada Najib Tun Razak. Kalau dia orang biasa pun, saya akan bersama dia. 


 Kalau dia jadi Perdana Menteri itu adalah tanggungjawab dan rezeki yang telah tertulis di Loh Mahfuz. Saya tetap akan berada di sisi dia selagi Allah memanjangkan jodoh antara kami.

Saya rasa pandangan salah ini muncul disebabkan serangan politik. Sudah pasti mereka mempunyai agenda politik tersendiri. Oleh kerana saya paling dekat kepada Datuk Seri Najib, maka saya menjadi sasaran.


 Oleh kerana saya sentiasa bersama Datuk Seri Najib di mana saja, maka saya dianggap sebagai orang yang menentukan semua polisi negara sama seperti kuasa Perdana Menteri.

Datuk Seri Najib kata, sebenarnya mereka itu mahu mengenakan beliau tetapi sasaran yang paling tepat adalah mengenakan saya dulu. Mereka tak dapat suami, mereka pergi kepada isteri sebab saya tak boleh nak mempertahankan diri.


Orang yang memfitnah saya dan Datuk Seri Najib ada agenda. Mereka mahu tempat Datuk Seri Najib. Bagi saya senang, tak salah setiap orang ada cita-cita. Tapi, caranya kena betul. Jangan sampai menganiaya dan memfitnah orang. Itu salah dan tidak ada etika. Agama juga membenci perbuatan itu.


Pembaca yang amat dikasihi;


Saya tidak pandai menyusun ayat indah untuk menjawab semua fitnah ini. Apa yang lahir, adalah terlintas dari rasa sanubari seorang insan yang dianiaya oleh pihak tertentu.


Saya serahkan kepada Allah. Kalau mereka insaf, syukur Alhamdulillah. Saya sentiasa memaafkan. Tak apalah mereka memfitnah saya, Tuhan akan beri yang baik kepada saya. Ingat zaman nabi dulu, bila orang kutuk baginda, baginda beri pisang kepada orang itu.


Semoga Allah memberkati para pembaca semua.

Sekian daripada saya,

Rosmah Mansor

BR1M 2014 : Kalau layak pergilah mendaftar !



Pernah aku bertanya kepada sahabat ku apakah BR1M ini sebenarnya mendatangkan kesan kepada mereka yang menerima BR1M ini walaupun sebanyak RM500 sahaja.

Kata kawan ku, dia pernah melihat ada mak cik yang menangis apabila mendapat BR1M , tambahan RN500 buat beliau dan tanyanya  kembali. Kenapa ramai yang sanggup beratur untuk mendapatkan BR1M.

Kalau begitu eloklah kerajaan meneruskan BR1M dan bagi BR1M tahun 2014


 Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 akan dibuka dari Isnin ini sehingga 31 Jan depan, menurut Kementerian Kewangan dalam kenyataan di sini Selasa.

Menurut kenyataan itu penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar lagi, tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank.

“Bagi pemohon baharu pula boleh mendaftar secara dalam talian atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2014 secara percuma mulai tarikh tersebut,” kata kenyataan itu.

Borang permohonan BR1M 2014 boleh didapati di pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Pembangunan Persekutuan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau dimuat turun melalui laman web LHDN di www.hasil.gov.my.

Pembayaran akan dibuat kepada yang layak bermula Februari dan BR1M 2014 dijangka memberi manfaat kepada 5.9 juta isi rumah serta dua juta individu bujang.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian hotline 1-800-88-2716 yang dibuka mulai 23 Dis ini, dari Isnin hingga Jumaat bermula 9 pagi hingga 5 petang.

Ketika pembentangan Bajet 2014, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pemberian BR1M 2014 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650, manakala untuk indvidu bujang berusia 21 tahun dan ke atas dengan pendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan dinaikkan sebanyak RM50 kepada RM300.

Selain itu caruman Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai RM50 akan diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M bagi memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.

Warga emas berusia 60 tahun ke atas dan tinggal sebatang kara juga akan menerima kenaikan jumlah bantuan daripada RM500 kepada RM650.

ALFATIHAH: Primadona Azean Irdawaty meninggal dunia

Primadona filem Melayu, Azean Irdawaty, 63 tahun meninggal dunia pada Selasa pukul 8.26 malam di Hospital Universiti, Petaling Jaya, Selangor.

Allahyarhamah menderita sejak lima tahun lalu akibat penyakit tumor dan lymphedema yang dihidapinya.

Allahyarhamah merupakan pelakon yang mula mencipta nama sebagai penyanyi pada era 70an dan namanya meledak di layar perak akhir 70an setelah membintangi filem Esok Masih Ada arahan Tan Sri Jins Shamsuddin.

Di layar perak, Azean merupakan pemenang sebanyak dua kali trofi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia pada tahun 1980 menerusi filem Esok Masih Ada dan Langit Petang pada tahun 1982.

Allahyarhamah cukup dikenali menerusi watak Auntie Zai lakonan terbaiknya dalam filem Layar Lara arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba.

Menerusi watak Tok Wan dalam filem Waris Jari Hantu, sekali lagi Allahyarhamah membawa pulang trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM pada 2008.

Filem terakhir lakonannya ialah menerusi filem terakhir arahan Allahyarhamah Yasmin Ahmad, Talentime pada tahun 2009.

Selain filem, Allahyarham turut dikenali di skrin televisyen antaranya drama Aishah 50 Sen, Ratu Jamu, Kembali dan Najihah.

Allahyarhamah meninggalkan suami, Khairil Anwar Z.M Rashidi dan tiga orang anak, Khaeryll Benjamin, Elza Irdalynna dan Inessa Irdayanty. - AstroAwani

Monday, December 9, 2013

SINGAPORK DILANGGAR TODAK


Rusuhan berlaku di Little India berhampiran Race Course Road Singapura kira-kira jam 9.30 malam tadi dipercayai berpunca perasaan marah masyarakat India dan Bangladesh yang bekerja di Republik itu ekoran kemalangan bas membabitkan seorang lelaki Bangla.

Selain merosakkan bas terbabit kemalangan itu, kenderaan peronda polis turut diterbalikkan manakala beberapa kenderaan termasuk sebuah ambulan dikatakan juga dibakar.

rusuhansporaSetakat ini belum diketahui berapa ramai yang cedera dan sudah ditahan pihak berkuasa.

Ada juga dakwaan mengatakan anggota polis turut dipercayai cedera dalam kejadian yang mengejutkan itu.








Lebih 200 orang kebanyakkan warga India dan Bangladesh yang bekerja di negara itu terbabit kejadian yang disifatkan tidak pernah berlaku sekaligus mengejutkan warga Singapura.

Pasukan polis bagaimanapun menyatakan keadaan kini terkawal dan menasihati orang ramai supaya menjauhi kawasan yang terjejas dengan rusuhan.

Maaf Rosmah !!! Jadi lah First lady saja...

Tokoh kewartawanan, Datuk A Kadir Jasin dengan hari ini dengan sinis mencadangkan agar isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dilantik ke jawatan menteri, malah mungkin ke jawatan perdana menteri.

Kadir berkata, Rosmah patut dilantik ke jawatan berkenaan atas jasa-jasanya, yang mendapat pujian dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

TB: Bagi TB inilah  kesilapan yang tidak patut berlaku dan tidak seharusnya  tercetus dalam kepimpinan Najib. Memang Najib adalah seorang Perdana Menteri yang baik tetapi di sini membayangkan kelemahan Najib apabila membenarkan Rosmah mencampuri urusan kerajaan,

Sebagai First Lady, Rosmah patut tumpukan kepada program program First Lady sahaja dan jangan mencampuri urusan kerajaan, Kami tahu Rosmah banyak membuat jasa untuk kita tetapi ianya tidak perlu di "hilight" oleh Perdaan Menteri.

Harap Rosmah dapat membantu kami bloggers jangan diberikan senjata kepada pembangkang kerana akan menyulitkan kerja kerja kami mempertahankan pemimpin kita.

Sunday, November 24, 2013

Ops Cantas Khas Trafik: 251,273 Kena Waran Tangkap


The Ops Cantas Khas Trafik crackdown has already begun going ‘door to door’ to round up habitual traffic offenders in #IPOH. #MalaysianDrivers

The operation commenced in Ipoh and saw traffic policemen going “door to door” to bring in motorists with more than two warrants of arrests and more than 15 unsettled summonses.

The first operation was conducted between 3pm and 6pm on Thurs­day.

Nationwide operations, which will see the police stopping motorist­s at roadblocks, will commence next week.

“We are targeting the habitual offenders first,” Acting Federal Traffic chief Senior Asst Comm Mohd Fuad Abd Latiff told The Star yesterday.

He advised the public not to be alarmed as the habitual offenders would still be given a chance to settle the summonses despite being picked up.

“The objective of the operation is to get the offenders to pay up,” he stressed.

SAC Mohd Fuad said the police had prepared the warrants of arrest for 251,000 traffic offenders.

“We are going ahead with roadblocks mounted nationwide to arrest errant vehicle users from next week.

“After being arrested at a roadblock, the motorist will be brought to the police station and if he or she refuses to pay the summons, the person will be released on police bail with one surety,” he said, adding that the police would then apply for a new court date for the individual to either challenge the case or plead for a lower fine.

He said all preparations ahead of starting the roadblocks had been completed.

“We want to ensure that all state police contingents will be ready to carry out the operations successfully,” he said.

Asked about public complaints over difficulties in checking summonses on the official police online portal, SAC Mohd Fuad said there were many alternatives to do so, including through www.myeg.com.my,www.rilek.com.my, post offices and at Maybank ATMs.

“The public can check at selected shopping malls or go straight to any traffic police counter. They can even check at the Road Transport Depart­ment branches,” he said.

It was previously reported that the number of traffic offenders had been growing each year and along with that the number of motorists who were ignoring their summonses.

In 2008, traffic police went after 96,000 vehicle users with unsettled summonses under Ops Warta VII but as of now, the figure had shot up to more than 1.7 million.

Unable to go after all of them at once, police are targeting over 251,000 errant motorists, heavy vehicle drivers and motorcyclists in the first stage of Ops Cantas Khas Trafik.

Notices are being sent out to the offenders, warning them that warrants of arrest have been issued. At the same time, expired warrants are being renewed.

Saturday, November 23, 2013

Zed Zaidi hilang jawatan Presiden Seniman...

zedzaidi 

Pelakon Zed Zaidi hilang jawatan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) secara automatik selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis memutuskan Mesyuarat Agung Seniman kali ke-14 yang diadakan pada 25 Mei tahun lalu adalah tidak sah dan terbatal.

 Pesuruhjaya Kehakiman, Rosilah Yop turut mengarahkan Mesyuarat Agung diadakan semula dalam tempoh dua bulan dari tarikh hari ini yang akan dikendalikan oleh Pendaftar Pertubuhan.

 Rosilah turut memerintah agar kos perbicaraan RM60,000 dibayar kepada Seniman dalam tempoh sebulan oleh defendan kedua hingga kelapan. Kesemua defendan tersebut juga perlu membayar kos ganti rugi khas RM56, 000 kepada plaintif. 

Justeru itu, beliau berkata pemilihan keseluruhan ahli-ahli Jawatankuasa Persatuan Seniman bagi sesi 2012/2015, Laporan Kewangan bagi tahun 2011 dan minit Mesyuarat Agung Ke-13 yang dibentangkan pada Mesyuarat Agung Ke-14 juga adalah terbatal dan tidak sah. 

 Rosilah memerintahkan defendan kedua hingga keempat iaitu bekas presiden persatuan itu Haron Aminar Rashid Salim atau Harun Salim Bachik, Omar Kamarudin dan Wafa A.Kadir membayar gantirugi khas sebanyak RM56,000 berhubung pembelian hartanah di Setiawangsa kepada Persatuan Seniman.

 Beliau juga memerintahkan defendan membayar kos RM60,000 kepada kesemua plaintif. Pada 25 Jan lepas lima artis veteran Abu Bakar Omar, Sahlan Sudiran, Mior Ahmat Zaudi Mior Ali, Datuk Abdullah Sani, dan Roslinda Buang memfailkan saman terhadap persatuan itu dan tujuh lagi. 

 Mereka menamakan persatuan itu, presidennya ketika itu Harun Salim Bachik, setiausaha Omar Kamarudin atau Yusof Kelana, bendahari Wafa A.Kadir dan Zed Zaidi atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, yang semasa itu pemangku timbalan presiden sebagai defendan. Tiga lagi ialah anggota jawatankuasa persatuan itu Elyas Ismail, Syed Ahmad Nahar Syed Mokhtar dan Zaharudin Wahab.


 Rosilah membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan saksi-saksi plantif dan defendan dan beliau mendapati plaintif telah berjaya membuktikan tuntutan mereka terhadap defendan. 

Rosilah berkata sepanjang perbicaraan saksi-saksi defendan terutamanya Harun Salim Bachik, Yusof, dan Zed Zaidi telah memberi keterangan bercanggah dan tidak konsisten. 

 Mereka sering mengelak dari memberi jawapan kepada soalan-soalan yang jelas dan mudah daripada peguam plaintif," katanya sambil menambah jawapan-jawapan yang bercanggah itu juga boleh merosakkan kes defendan dan beratnya beban keterangan pada saksi-saksi ini adalah rendah kerana sikap buruk mereka.

 Rosilah berkata mahkamah mendapati perjanjian Jual Beli Hartanah oleh Persatuan Seniman pada 30 Jun 2010, telah dilaksanakan berdasarkan tipuan defendan-defandan dan tanpa kebenaran dan kelulusan Mesyuarat Agung persatuan itu. Pihak defendan sendiri telah akui yang Perjanjian JualBeli hartanah ini adalah tidak sah dari awal lagi. 

Maka dengan itu berdasarkan semua alasan- alasan di atas saya dapati Perjanjian JualBeli Hartanah ini adalah terbatal dan tidak sah," katanya. Rosilah berkata dari keterangan yang dikemukakan, persatuan itu telah mengalami kerugian sebanyak RM56,000 bagi pembelian hartanah itu dan oleh itu mahkamah mendapati plaintif-plaintif berhak kepada kerugian itu.

 Beliau juga berkata perbuatan defendan-defendan mengadakan minit mesyuarat yang berbeza dengan yang difailkan dengan Pejabat Pendaftar dan Buku Laporan Mesyuarat Agung Ke-14 adalah berniat menipu ahli-ahli persatuan dan bermotif jahat. 

Plaintif dalam pernyataan tuntutan mereka memohon satu deklarasi bahawa Mesyuarat Agung Persatuan Seniman ke-14 serta Laporan Kewangan Tahun 2011 dan minit mesyuarat agung yang dibentang pada 26 Mei 2012 adalah tidak sah dan terbatal. Ini kerana mereka mendakwa selain plaintif dan defendan, terdapat beratus-ratus lagi yang hadir pada mesyuarat itu diragui keahliannya.

Mereka juga memohon deklarasi pemilihan anggota jawatankuasa persatuan yang diadakan pada mesyuarat berkenaan juga tidak sah. Plaintif juga memohon ganti rugi am, teladan serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah selain menuntut Harun Salim Bachik, Yusof Kelana dan Wafa membayar RM56,000 kepada persatuan itu atas dakwaan menyebabkan kerugian kepada persatuan itu berhubung pembelian hartanah 

 Plaintif yang juga penggiat seni Abu Bakar yang hadir hari ini memberitahu pemberita bahawa beliau bersyukur dengan keputusan itu dan berharap keputusan itu akan menjadi pengajaran kepada persatuan lain supaya tidak mengamalkan perkara yang tidak betul.

Friday, November 22, 2013

Surat Tun M kepada Nik Aziz


  • Datuk Dr Mashitah Ibrahim  

DALAM satu perjumpaan dengan bloggers pelbagai kaum di Kuala Lumpur pada Januari 2011, bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat ditanya kenapa Pas seolah-olah tidak mahu melaksanakan hudud. Jawabnya: “Dr Mahathir datang ke Kelantan memberi amaran sekiranya (kerajaan) Kelantan laksanakan hudud, kerajaan Pusat akan mengambil tindakan. Sebelum ini, Kelantan pernah digantung perlembagaan oleh Mageran.”

Beberapa bloggers yang hadir hairan kerana Nik Aziz mengaitkan pelaksanaan hudud dengan Mageran (Majlis Gerakan Negara). Mageran di Kelantan pada 1977-78 adalah untuk menyelamatkan negeri itu yang dilanda sengketa politik. Ia bertujuan mententeramkan keadaan dan memulihkan pentadbiran sivil. Selepas reda, kuasa diberi semula kepada kerajaan pilihan rakyat untuk berfungsi. Mageran tidak ada kena mengena dengan hudud.

Dalam kempen pilihan raya, pemimpin Pas sering beri alasan bahawa perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad menentang pelaksanaan hudud. Mereka ulang-ulang kenyataan Nik Aziz yang takut Mageran dikenakan di Kelantan jika hudud dilaksanakan. Padahal Tun Dr Mahathir hanya memberi ingatan secara umum agar pelaksanaan hudud tidak sebabkan kekecohan, tetapi pemimpin Pas telah memutar belit dan mengaitkan kegagalan dan ketidaksediaan kerajaan negeri dengan kenyataan bekas perdana menteri itu.

Surat Tun Dr Mahathir bertarikh 8 Jun 1994 tidak langsung menyebut Mageran atau sebarang tindakan khusus terhadap mana-mana pemimpin Pas. Dalam suratnya, Tun Dr Mahathir menyatakan bahawa kerajaan Pusat akan berpandukan kaedah Islam dalam tindakannya, iaitu menjaga kepentingan ramai. Beliau menekankan perlunya kerajaan bertindak secara adil untuk mengelak berlakunya kezaliman dan huru-hara.

Oleh kerana ada kesangsian di kalangan pakar perundangan bahawa hukum hudud yang hendak dilaksanakan Pas adalah benar-benar adil dan menepati ajaran Islam, Tun Dr Mahathir mengingatkan tindakan Pas yang dianggap berat sebelah atau zalim akan memberi gambaran negatif kepada bukan Islam, sebabkan mereka menjauhkan diri daripada Islam dan tidak berminat memeluk Islam.

Bahagian penting dalam surat Tun Dr Mahathir kepada Nik Aziz ialah: “Hudud Islam bertujuan memberi keadilan kepada semua, bukan untuk kezaliman. Undang-undang Pas jika zalim tentunya bukan menepati Islam. Kerajaan Pusat tidak berhajat bersubahat dengan Pas (dan) akan terus mempertahankan ajaran dan nilai agama.

Jika Pas menjalankan sesuatu yang bercanggah dengan prinsip keadilan dalam Islam, kerajaan Pusat akan ambil tindakan yang sewajarnya demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.”

Jelas, Tun Dr Mahathir tidak membantah hajat Pas. Beliau juga memperingati Pas agar memastikan undang-undang syariah yang hendak dilaksanakan mestilah adil, tidak berat sebelah atau menzalimi sesiapa. Kerajaan Pusat bertanggungjawab ke atas kebajikan dan kepentingan semua rakyat, justeru hanya bertindak jika pelaksanaannya menimbulkan huru-hara.

Tidak disebut pasal sekatan, bangkangan atau Mageran. Malah, dalam ucapannya di Nilam Puri pada tahun 1994, beliau menyebut: “Kita tidak tolak hukum hudud. Kita cuma tolak tafsiran dan undang-undang Pas yang tidak serasi dengan maqasid syariah. Menolak sesuatu yang salah adalah wajib.”

Ada pihak bertanya adakah hudud hendak diperkenalkan Pas Kelantan sama seperti di Arab Saudi atau pernah dilaksanakan puak Taliban di Afghanistan. Beberapa NGO bukan Islam juga bimbang hudud berwajah Pas, bukan berpandukan perundangan Islam. Sebelum ini, rakyat melihat bagaimana pemimpin Pas yang terbabit dengan skandal seks dan penyelewengan kuasa tidak diambil tindakan oleh pucuk pimpinannya. Manakala pemimpin yang cuba menegah penjualan arak di kedai dalam kawasan bermajoriti Melayu telah dipecat dari parti.

Ada kekeliruan sama ada hudud boleh dikenakan ke atas bukan Islam. Kebetulan, ada pemimpin Pas yang kata ya, ada yang kata tidak. Pada April lalu, Timbalan Pengerusi DAP Johor, Norman Fernandez menyeru rakyat bukan Islam tidak undi Pas selagi perkara ini tidak dijelaskan.

Umumnya, orang bukan Islam melihat Pas sebagai parti hanya fokus kepada hudud sahaja, tapi kurang idea mengenai ekonomi dan pembangunan taraf sosioekonomi rakyat.

Thursday, November 21, 2013

Pemergian Rosmah ke Qatar bukan urusan rasmi, TPM luluskan penggunaan jet, kata Azalina

Ahli Parlimen Datuk Seri Azalina  Othman (gambar) hari ini mendedahkan bahawa jemputan Datuk Seri Rosmah Mansor ke Persidangan Wanita di Qatar bukan atas urusan rasmi kerajaan sebaliknya jemputan yang dibuat secara peribadi.

"Jemputan berkenaan bukan berdasarkan daripada kerajaan kepada kerajaan, tetapi lebih secara peribadi," katanya di Parlimen hari ini semasa pembentangan Bajet 2014.

Azalina turut mengakui beliau antara delegasi yang mengikuti  Rosmah dalam rombongan tersebut selain mendedahkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah individu yang meluluskan penggunaan jet rasmi kerajaan dalam mesyuarat kabinet dan  bukannya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak seperti yang didakwa sebelum ini.



Kehadiran Rosmah dalam persidangan wanita di Doha Qatar pada minggu lalu dikritik ramai pihak apabila berita mengenai isteri Perdana Menteri itu menggunakan jet rasmi kerajaan didedahkan kepada orang ramai.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim sebelum ini mengakui kelulusan penggunaan jet rasmi untuk digunakan oleh Rosmah adalah keputusan kabinet bagaimanapun diselar pembangkang mendakwa ia tindakan tidak bertanggungjawab  sekaligus tidak boleh diterima.

Tambah Azalina, selain beliau, delegasi Rosmah ketika itu terdiri daripada pegawai rasmi kerajaan, media dan wakil daripada badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)

Azalina  menjawab kritikan ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad  yang  kesal dengan tindakan kabinet meluluskan penggunaan jet rasmi biarpun ia secara terangan adalah salah.

Ahli Parlimen Tanjung Karang Datuk Seri Noh Omar turut dilihat mempertahankan Rosmah dengan berkata rakyat Malaysia sepatutnya  berbangga apabila isteri Perdana Menteri itu diberi penghormatan oleh kerajaan Qatar di mana peluang sebegitu itu jarang berlaku kepada isteri pemimpin di negara lain.

"Saya tidak faham kenapa mereka tidak boleh menghargai perkara begini.Ia selalu menjadi isu besar kepada pembangkang. Mereka mengharumkan nama negara dilayan seperti musuh, sementara mereka yang memburukkan nama negara dilayan sebagai hero," katanya.

Susulan itu, semasa di lobi Parlimen, Ahli Parlimen Rompin  Datuk Seri Jamaluddin Jarjis turut menyokong kenyataan Noh dengan berkata jemputan tersebut membuktikan Rosmah memberi imej baik dan mengharumkan nama negara.

"Pemergian beliau ke sana bukanlah memandai-mandai dan kita patut berbangga beliau diberikan penghormatan untuk bercakap dalam forum tersebut," katanya.

Beliau juga membidas pembangkang kerana sering memperbesarkan isu yang remeh sambil berkata perjalanan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ke luar negara juga ditanggung oleh kerajaan negeri biarpun Anwar bukan anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor.

"Saya yakin rakyat boleh melihat bahawa isu berkenaan dicetuskan oleh pihak pembangkang," katanya.

10 November lalu Rosmah berada di Qatar menghadiri Forum Ahli Perniagaan Wanita Antarabangsa Qatar ke- 4 yang dianjurkan oleh Persatuan Perniagaan dan Rangkaian Interaktif Qatar.

Turut menemani Rosmah, Penasihat Khas Perdana Menteri  Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil, isteri  Menteri Luar Datin Seri Siti Rubiah Datuk Abdul Samad, isteri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datin Seri Khamarzan Ahmad Meah dan isteri Menteri Pendidikan II Datin Seri Che Kamariah Zakaria.

Sunday, November 17, 2013

Gambar terbaru Laorde Ardina, pembunuh pegawai bank AmBank

Petaling Jaya: Suspek utama kes menembak mati pegawai AmBank Norazita Abu Talib muncul di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, di sini, semalam, dengan wajah selamba selain penampilan tidak bermaya.

Dia yang memakai baju lokap berwarna jingga dibawa ke mahkamah untuk disambung reman sebelum Majistret Surya Wati Shawal mengeluarkan perintah sambung reman selama tujuh hari sehingga 23 November ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
LAODE Ardina ketika dibawa ke mahkamah.

Ketika wajahnya mahu dirakam jurugambar media, suspek hanya melontar pandangan kosong dan sedikit pun tidak memberi reaksi menolak gambarnya dirakam seperti kelaziman dilakukan suspek kes jenayah lain.

Lelaki menggunakan MyKad palsu dengan nama Ardi Hamza itu ditahan di jeti Tanjung Belungkor, Kota Tinggi, Johor dipercayai untuk meloloskan diri ke Batam pada 10 November lalu, selepas 19 hari bersembunyi di rumah dan bangunan kosong sekitar negeri itu.

Polis juga mengesahkan identiti sebenar suspek itu sebagai Laode Ardina Laode Rasila, 35, berasal dari Sulawesi, Indonesia.

Hudud PAS tipu saja dan termalu dengan Berunei.

 Sebenarbya PAS sendiri belum sedia untuk melaksanakan Hukum Hudud , lain orang akan menceritakan lain hal tetapi dengan tujuan yang sama tidaka akan melaksanakan hudud dalam masa yang terdekat ini.

Habis setiap Pilihan raya kecil / Umum mereka akan politik kan isu ini kononnya UM O yang menghalang mereka laksanakan hudud.

Brunei Darul Salam tiba tiba saja mengejutkan mereka dengan mengumumkan melaksanakan Hududsehinga mereka terkejut dna terus melatah lagi. apa kata TMB Kelantan pula mengenai penglaksanaan hudud di Kelantan..


TMB: K'tan perlu mahkamah khas untuk laksana hudud


Untuk melaksanakan undang-undang hudud, Kelantan perlu mewujudkan mahkamah khas bagi membicarakan kes berkaitan undang-undang itu, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
  
Bagaimanapun kata beliau, pelaksanaannya akan mengambil masa kerana kerajaan negeri perlu meneliti pelbagai perkara terutama berkaitan aspek perundangan bagi mengelakkan pertembungan.
  
Beliau juga berkata setakat ini perkara itu sudah dibincangkan sebanyak empat kali oleh jawatankuasa teknikal.
  
"...mungkin dalam  bulan Disember atau Januari tahun depan kita akan adakan perbincangan lagi membabitkan pakar perundangan dan hakim-hakim serta  pengamal undang-undang tentang apa yang perlu dibuat kerajaan negeri sebagai pelaksanaan awal terhadap pelaksanaan hudud," katanya.
 
Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis sambutan penerbangan sulung syarikat penerbangan tambang murah AirAsia dari Kota Kinabalu ke Kota Bharu di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa di Kota Bharu hari ini.
  
Rabu lepas, Ketua Hakim Syarie Kelantan Datuk Daud Muhammad dilapor berkata Mahkamah Syariah Kelantan sudah mampu menguruskan pelaksanaan undang-undang hudud jika kerajaan negeri pimpinan PAS itu mahu menguatkuasakan undang-undang berkenaan.
  
Ini kerana kata Daud segala prasarana berkaitan pelaksanaan hudud sudah lengkap termasuk hakim untuk mengendalikan kes.
 - Bernama

Friday, November 15, 2013

Tanya Petronas siapa pembekal utama itu dan siapakah pemiliknya ??

Petronas
Sebelum kita merujuk pada tulisan sinar harian ini mengenai  PDB sentiasa menyanjung penyertaan Bumiputera sebagai pembekal  barang  makanan yang dijual di kedai Mesra, dan oleh itu dakwaan bahawa ia melakukan sebaliknya adalah tidak benar. - Persoalannya boleh tak  Petrinas dedahkan siapakah atau syarikat mana yang memperolohi kontrak berkenaan dan kenapa syarikat yang milik warga negara Singapore ini yang dilantik dan bukan syarikat Bumiputera. Kenapa Petronas mahu sorok siapakah pembekal utama dan siapakah  pemiliknya. 

  
Dalam satu kenyataan, syarikat pembekal produk petroleum itu berkata syarat supaya vendor menjadi pembekal berdaftar bertujuan mengekalkan kualiti semua produk dan perkhidmatan yang dijual di Kedai Mesra Petronas.

"Sebagai syarikat korporat senaraian awam dan bertanggungjawab, PDB mempunyai obligasi kepada orang ramai dengan memastikan produk dan perkhidmatan kami bermutu tinggi dan berkualiti," katanya.

Syarikat sentiasa menyokong usahawan tempatan dengan memberikan mereka peluang perniagaan bersama PDB menerusi pelbagai platform.

Usahawan tempatan boleh memohon untuk menjadi pembekal sah PDB menerusi Program Industri Kecil Sederhana

Wednesday, November 13, 2013

Akhirnya, misteri Jenazah tidak reput dirungkai waris


SEGAMAT - Beberapa waris kepada jenazah yang ditemui dalam keadaan sempurna semasa kerja pemindahan di Tanah Perkuburan Islam Batu Badak, di sini menerima dengan reda apa yang berlaku.

Hamisah Kassim, 67, anak kepada Allahyarham Mehran Jaafar berkata, ibunya meninggal dunia tujuh tahun lalu ketika berumur 83 tahun dan tidak menafikan ketika hayat allahyarham seorang yang alim dan suka membantu orang tanpa mengharapkan sebarang balasan.

“Arwah ibu sentiasa menunaikan solat di awal waktu. Dia juga akan membaca Al-Quran setiap hari walaupun adakala sibuk dengan tugasnya menguruskan rumah tangga.

“Saya juga masih ingat sikap ibu yang tidak suka menyusahkan orang lain termasuk anak-anak dan ibu juga hanya akan bercakap dan bersuara mengenai perkara yang
dirasakan penting sahaja,” katanya ketika ditemui di rumahnya yang terletak berhampiran tanah perkuburan Islam Batu Badak, semalam.

Menurutnya, apa yang berlaku kepada jenazah ibunya itu adalah kehendak Allah SWT terhadap hamba-Nya dan seharusnya dijadikan sebagai renungan kepada mereka yang masih hidup.

Satu lagi jenazah yang ditemui dalam tidak reput adalah abang ipar Hamisah iaitu Ahmad Raof yang meninggal dunia ketika berusia lewat 60an lapan tahun lalu.

“Arwah Ahmad Raof merupakan bekas pesara di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Dusun Tua dan pernah menjadi wartawan sambilan. Tetapi, saya tidak dapat memastikan sama ada kedua-dua mereka menghafal Al-Quran atau tidak.

“Tetapi setahu saya mereka berdua memang selalu membaca Al-Quran hampir setiap hari dan dari apa yang saya dengar mereka yang menghafal Al-Quran jenazahnya tidak akan dimamah Bumi dan saya pun tidak dapat mengesahkan adakah mereka tergolong dalam golongan tersebut” katanya.

Bagi Jaafar Mohd Said (Gambar), 78, dia berharap jenazah yang ditemui dalam keadaan baik itu sebagai salah satu petanda bahawa jasad mereka dimuliakan oleh ALLAH SWT dan mengharapkan kesemua jenazah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

“Di sini terdapat kubur waris-waris saya dan di antaranya ialah kubur ayah saya (Mohd Said Ahmad) dan abang saya (Yusuf Mohd Said). Saya pun masih terkejut apabila mendapati kain kapan mereka masih berada dalam keadaan elok meskipun telah lama meninggal dunia.

“Arwah ayah meninggal ketika berusia 78 tahun dan abang saya pada umur 63 tahun. Sukar untuk saya mentafsirkan apa yang berlaku kerana semua ini merupakan urusan ALLAH SWT dan kita sebagai hamba yang beriman harus mempercayainya terutama perkara-perkara ghaib ini. Saya bimbang jika apa yang berlaku ini boleh mendorong kita kepada sifat riak dan takbur.

“Tapi apa yang boleh saya perkatakan kedua-dua waris saya ini semasa hayatnya memanglah seorang yang warak dan taat kepada ajaran agama serta selalu membaca Al-Quran jika mempunyai masa terluang,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Batu Badak.

Menurutnya, arwah bapanya itu merupakan bekas Penghulu mukim Gemereh dan sepanjang ingatannya bapanya seorang yang cukup penyabar dan jarang baginya untuk melihat bapanya itu marah.

Malah Mohd Said ketika hayatnya dikatakan suka menolong orang yang berada di dalam kesusahan dan sifatnya itu diwarisi oleh arwah abangnya yang kemudiannya menjawat jawatan sebagai Penghulu Mukim Gemereh bagi menggantikan bapanya itu
There was an error in this gadget

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts