Portal Pembangkang Malaysiakini, baru baru ini menyiarkan kenyataan 
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyeru penganut Kristian 
supaya tidak berdiam diri walaupun mereka tidak bersalah dan tidak 
terlibat dalam perbuatan salah.
Sementara itu Harakahdaily dengan bangga melaporkan dari Kota Kinabalu 
hari ini (9 Oktober) bukan sebarang orang Kristian yang menyokong Pas 
sekarang, tetapi seorang pemimpin agama Kristian bertaraf pastor Francis
 Singoron (gambar kiri). Pastor ini akan  membantu bakal calon PAS di DUN Pitas, Kudat.
 60 peratus pengundi Pitas adalah beragama Islam, manakala 40 peratus lagi penduduk Kadazan Dusun dan Murut beragama Kristian.
60 peratus pengundi Pitas adalah beragama Islam, manakala 40 peratus lagi penduduk Kadazan Dusun dan Murut beragama Kristian.
Seorang lagi pendakwah Kristian, Rakilin Mahuda @ Melvin (gambar kanan) sebelum
 ini tinggal di Kelana Jaya, Selangor. Namun untuk mempastikan PAS 
menang di Pitas, beliau telah pulang ke Pitas, tempat lahir dan tinggal 
beliau sebelum ini.
"Saya akan terus bekerja sehingga pilihan raya akan datang bagi 
memenangkan calon Pas," kata Melvin yang sebelum ini pernah aktif dalam 
PKR di Kelana Jaya.
CATATAN:
PAS dengan  bangga mengumumkan sebagai suatu kemenangan moralnya 
 penyertaan paderi kristian  untuk membantunya di dalam pilihan raya di 
Kudat Sabah. Sejak sebelum merdeka  dan sesudah merdeka hanya ulama 
ulama Islam yang menyertai politik secara terbuka tetapi sekarang PAS 
lah yang membuka pintu untuk paderi krisitian berkempen politik.
Adakah ini suatu kebijaksanaan atau kebodohan, suatu kepintaran atau kecetekan pemimpin pemimpin Islam Pas?. Tidak salah jika penyertaan pastor tidak dibanggakan dari segi keugamaan atau secara diam diam tetapi ini diumumkan oleh PAS sebagai suatu kemenangan dan tidakkah mungkin pekara ini akan merebak dan menimbulkan kekeliruan kepada orang bukan Kristian.Siapakah yang harus disalahkan?

Dengan memperkenalkan mereka sebagai paderi atau pastor, maka mereka 
akan disalah mengertikan sebagai menjalankan dakwah kristian kepada 
orang Islam kerana kehadhiran sesuatu perhimpunan politik tidak boleh 
dibatas kepada sesuatu penganut agama sahaja.
Ini adalah pekara yang sangat sensitif  dan merbahaya bukan sahaja 
kepada keharmonian kaum dan agama di Sabah tetapi kepada seluruh 
Malaysia.
PAS dan DAP sedang membakar unggun api.
catatan :   klik sini
 
No comments:
Post a Comment