Friday, October 12, 2012

CERITA HANTU :: Misteri dimanakah 50 lori sampah yang kerajaan Selangor beli?

zin-ybMisteri dimanakah 50 buah lori kompaktor yang dibeli kerajaan negeri Selangor sebelum ini bagi menyelsaikan masalah sampah itu persoalan yang dibangkitkan Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed (gambar) Sehingga kini kesemua lori yang menelan belanja RM14.5 juta itu tidak kelihatan sementara masalah sampah di Selangor semakin buruk, dakwa Zin. 

 Belum pun isu lori sampah itu selesai, rakyat Selangor dikejutkan dengan dakwaan kaitan bas mewah milik Menteri Besar Selangor, Tan Seri Khalid Ibrahim  dengan syarikat pengeluar lori-lori tersebut.] "Sehingga kini persoalannya, mana lori-lori sampah ini? Kenapa kerajaan negeri masih belum menerima sebarang lori baru seperti yang dikatakan ?


"Tiba-tiba kita dikejutkan pula dengan isu bas Jelajah Merdeka PKR yang turut dikaitkan dengan pembelian kompaktor sampah kerana dari pengeluar yang sama iaitu Dong Feng. Apakah sebenarnya yang berlaku? Adakah benar pendedahan bahawa bas itu merupakan satu 'silap mata' Menteri Besar?," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media yang diadakan di Bangunan UMNO Selangor, pada Khamis.

Ahli Parlimen Sepang itu berkata Pusat Khidmat Rakyat (PAKAR) yang dikendali BN Selangor menerima aduan berkaitan masalah sampah hampir setiap hari dan ia membuktikan kerajaan negeri masih gagal menyelesaikan masalah tersebut.

Sebelum ini Khalid mempertahankan keputusan pembelian 50 buah lori kompaktor tersebut, selain menyatakan ia memberi penjimatan kepada kerajaan negeri.

Kerajaan negeri turut menafikan keputusan menyemak semula pembelian tambahan 50 kompaktor sampah buatan China membabitkan kos RM14.5 juta untuk menyelesaikan masalah kutipan sampah di Selangor mempunyai kaitan dengan pembaziran.

Bagaimanapun, sebelum ini sebuah laman blog, http://sel13.com menyiarkan laporan mempertikaikan pembelian 50 model lori kontaktor sampah bernilai RM14.5 juta oleh kerajaan PKR Selangor termasuk bas dua tingkat dan trak kontena serba guna untuk parti itu. - agendadaily

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

There was an error in this gadget

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts