SUDAH pasti jawapannya
projek Lembah Sireh yang dinyatakan dalam laporan audit 2011 sebagai
bermasalah. Itu audit cakap (bermasalah), orang politik panggil korup.
Mana tak korup, projek belum selesai, tak
tahu hujung pangkal pun tapi tanah beratus-ratus ekar dan bernilai
beratus-ratus juta ringgit dah dipindah milik oleh Nik Aziz kepada
syarikat kroni UMNO.
Eh, UMNOlah, PAS mana ada kroni, ini mesti syarikat kroni UMNO ni (baca gaya menyindir).
Ini ubat sebab kuat mengata orang. Dalam
sibuk-sibuk ukur UMNO sebab isu NFC, diri sendiri 3 ke 4 kali ganda
lebih teruk (dari segi nilai).
Wang pinjaman NFC RM 250 juta balaci
pukul canang habis-habisan sebagai bukti korupsi, walhal itu wang pinjam
yang perlu dibayar balik, ada perjanjiannya, ada tempoh masanya dan
seumpama dengannyalah. Itupun balaci tak menyempat-nyempat pihak mana
siasat, dah balaci jadikan isu yang dicanang ke seluruh negara.
Sekarang, bila Nik Aziz, penulis ulang,
Nik Aziz, serah tanah bernilai beratus juta ringgit walhal projek pun
tak settle lagi, kita nak tau apa kata balaci?
Adakah berani balaci minta tua nyanyuk
itu dan mereka-mereka yang lain meletak jawatan? Adakah berani balaci
minta disiasat habis-habisan, adakan demo dan sebagainya?
Percayalah, takde mana beraninya,
silap-silap Audit Negara pulak yang dijadikan sasaran serangan. Ini
memang mentaliti yang biasa, yang penulis sendiri sudah begitu lali
dengannya.
Dalam masa yang sama orang Kelantan kena
berfikirlah, kerajaan apa macam ini nih? Keutamaan yang perlu
diselesaikan ada, iaitu air, tapi PAS sanggup korbankan hasil negeri
bernilai berjuta-juta ringgit untuk benda yang tidak menguntungkan
rakyat macam projek Lembah Sireh inilah.
Tidak menguntungkan? Baik benar ayatnya
tu, merugikanlah senang sebab penulis dimaklumkan projek ini hanya siap
50% setelah hampir 10 tahun dijalankan. Projek apa 10 tahun tak
siap-siap, rumah terbengkalai ke?
Bodoh benar Nik Aziz ni biar projek 10
tahun tak siap-siap. Itulah, kalau kepala tau buat kerja senang (macam
tebang balak), bila ada benda yang libat kira-kira sikit, terus rugi.
Terfikir juga, kalau dah hebat sangat dan
ada wang untuk jalankan projek yang bernilai beratus juta atau
berbillion ringgit, selesaikanlah keutamaan yang paling utama di
Kelantan, iaitu air. Ini tidak, yang bab itu ada pulak duit, yang air
ni, salahkan kerajaan pusat kerana tidak bantu dengan bagi duit.
Dulu RM 600 juta serah dah, apa hasil yang ada? Masalah tak selesai-selesai sampai sekarang, ada hati nak mintak lagi?
Betul-betul mentaliti pemintak sedekah
PAS ni. Dah kalau kerja lain takde menyapau duit penyokong atas nama
derma jihad, jenis kerajaan yang diwujudkan puak-puak ini pun, macam
itulah.
Rakyat Malaysia dalam masa yang sama kena
kaji tentang PAS ini. Dari selok belok agama pun dah banyak menyimpang
dah, dari segi pentadbiran pun sama, hancur. Nak pilih puak ini jadi
kerajaan pusat?
Jangan negara luar memandang rakyat
Malaysia rendah taraf sangat sebab pilih puak ini jadi pemerintah macam
kes Indonesia pilih orang buta sebelah mata jadi Presiden dulu, sudah.
Tobat Nik Aziz tak makan sireh lagi dah lepas ni.
sumber : Adamyam Mykmu.net
No comments:
Post a Comment