Friday, October 5, 2012

Safee Sali bukan Boy Freind Julia Hana :: Betul ke ??? bias;ah artis selalu nafi ...


KUALA LUMPUR - Berita yang tersebar mengenai pemain bola sepak negara, Mohd. Safee Mohd. Sali bercinta dengan pelakon yang terkenal menerusi drama bersiri Gerak Khas, Julia Hana Kamarudin hanya gosip semata-mata.
Pengurus pemain bola sepak itu, Zakaria Abd. Rahim berkata, Safee setakat ini masih solo.

"Dia (Safee) tidak bercinta dengan mana-mana artis," ujar Zakaria sewaktu dihubungi Kosmo!, semalam.
Gosip bahawa Safee, 28, kononnya bercinta dengan Julia Hana, 33, disiarkan dalam sebuah portal berita yang mendakwa ada saksi melihat mereka berpegangan tangan ketika bercuti di Pulau Langkawi, Kedah pada 3 Oktober lalu.
Mengulas mengenai gosip itu, Zakaria menjelaskan, Safee selama ini belum pernah menjejakkan kaki ke pulau pelancongan terkenal itu.
Katanya, pemain itu kini berada di Malaysia sejak bulan Ramadan lalu untuk berehat.
Sementara itu, usaha Kosmo! untuk mendapatkan komen daripada Julia Hana gagal apabila pelakon itu tidak menjawab telefon.
Dia sebaliknya hanya menjawab Khidmat Pesanan Ringkas dengan menulis: "Maaf, saya masih berada di lokasi penggambaran."
Safee kini mewakili kelab Pelita Jaya, Indonesia dalam posisi penyerang.
Perkahwinannya dengan Sabarina Yusof berakhir dengan penceraian pada April lalu. Mereka mempunyai dua anak perempuan yang kini dalam jagaan Sabarina.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

There was an error in this gadget

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts