Sunday, October 21, 2012

Kerajaan Sementara: Ini Apa Isu Sebenarnya?

PENULIS perasan, sejak 2008, pembangkang cuba membangkitkan tentang soal ‘kerajaan sementara’ yang memerintah negara ini sepanjang tempoh Parlimen dibubarkan, sehingga ke tarikh kerajaan baru diwujudkan.

mkini_tajaan yahudiJadi sedikit pelik sebab isu ini tak pernah timbul sepanjang 11 pilihanraya sebelum itu atas sebab yang jelas - barisan kabinet dilantik DYMM Yang Dipertuan Agung berdasarkan kedudukkan parti masing-masing di Parlimen selepas pilihanraya berakhir.

Ada 2 cerita berbeza disitu, kedudukkan dalam parlimen hanya kriteria untuk perlantikan.  Pemegang jawatan akan kekal dalam jawatan masing sehingga DYMM Yang Dipertuan Agung melantik pihak mana pula sebagai kerajaan baru berdasarkan kedudukan kerusi Parlimen terkini selepas pilihanraya terakhir berlangsung.

Pendek kata tidak wujud soal ‘kerajaan sementara’ kerana barisan kabinet yang memerintah negara ini adalah yang sah, dilantik atas perkenan DYMM Yang Dipertuan Agung – institusi yang tidak terusik, walaupun parlimen bubar.
Ini yang kita semua faham dan agak pelik kenapa pakatan pembangkang (waktu itu dikenali sebagai Barisan Alternatif) menjadikan isu ini kecoh?
Tapi ketika itu persoalan ini begitu kurang diberi perhatian, termasuk dari dalam BN sendiri kerana ada isu yang lebih besar iaitu bagaimana nak menjatuhkan anak beranak & co tapi dalam masa yang sama memastikan BN masih kekal berkuasa.

Sebaik pembangkang menang di beberapa negeri dan menambah kerusi di Parlimen, langsunglah isu ini tenggelam terus, sehinggalah dibangkitkan baru-baru ini lanjutan dari syor oleh Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) Penambahbaikan Sistem Pilihan Raya.

Jawatankuasa yang didesak penubuhannya oleh pembangkang setelah melihat mereka kalah 8 kali pilihanraya kecil berturut-turut (kecuali Sibu) sejak pilihanraya kecil Bagan Pinang 2009. Masa depa menang 8 kali pilihanraya kecil berturut-turut (kecuali Batang Air) sebelum itu, tak pulak bising pasal pilihanraya tak adil dan sebagainya.

Pendek kata, penubuhan jawatankuasa ini seperti yang kita semua tahu adalah hasil desakan pakatan pembangkang (kini dikenali sebagai Pakatan Rakyat) kerana kononnya sistem pilihanraya negara ini tidak adil apa segala.  Yang berpuluh-puluh orang wakil pembangkang jadi Ahli Parlimen tu dan perintah beberapa negeri, tak tahu sistem mana yang dipakai, sistem Papua New Guinea agaknya.
Oppss..Papua tak boleh sebut, nanti PAS Kedah semput.

Baiklah, persoalannya sekarang, apa penting dengan isu ‘kerajaan sementara’ ini sehingga nak dipaksa Suruhanjaya Pilihanraya mengeluarkan buku panduan?  Adakah 12 ‘kerajaan sementara’ yang ada sebelum ini tidak sah kerana tidak ada buku panduan?

Penulis nampak pembangkang ada kepentingan dan cuba ambil kesempatan sepanjang ‘kerajaan sementara’ memerintah terutama dari segi perundangan.  Di akhirnya nanti, mereka hanya mahu kata ‘kerajaan sementara’ ini tidak sah, apa pun keputusan yang dibuatnya tidak boleh dipakai dan sebagainya.

Ini termasuklah soal perlaksanaan bajet 2013 yang terkandung di dalamnya pelbagai faedah dan manfaat terhadap rakyat seperti BR1M, BB1M dan sebagainya.

Jadi harapnya kerajaan berhati-hati dengan strategi pihak pembangkang ini dan SPR sendiri berhati-hati dalam merangka buku panduan tersebut kerana kita tidak mahu ia dijadikan sebab untuk pembangkang ‘mencari pasal’ sepanjang tempoh dari parlimen dibubarkan sehingga keputusan PRU13 diumumkan.
Mykmu.net

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts