Wednesday, October 31, 2012

Kejayaan demi kejayaan ditempah penyanyi Yuna di peringkat antarabangsa, namun dalam masa beberapa jam yang lalu, penyanyi ini telah berdepan dengan insiden yang tidak diduga sepanjang merantau di negara orang.

Melihat kepada akaun rasmi Twitternya, penyanyi yang bakal pulang tidak lama lagi untuk Yuna Homecoming Tour di Malaysia ini telah berkongsi perbualan dengan ibunya mengenai tragedi yang menimpa dirinya dan rakan-rakan bandnya yang lain.

Seperti yang dipaparkan didalam perbualan tersebut, Yuna menyatakan kesemua barangan yang ada di dalam van mereka telah lesap, termasuklah peralatan muzik, barangan peribadi miliknya serta hadiah buat keluarganya yang dibeli sepanjang siri jelajahnya itu.

Peristiwa tersebut berlaku selepas dia dan rakan bandnya menamatkan siri jelajah di lokasi terakhir, Seattle, Amerika kerana sebelum itu dia berada di Vancouver untuk acara yang sama.

Dalam pada itu, ibunya cuba menenangkan anaknya yangberada jauh diperantauan itu. Baginya, selagi anaknya dan rakan-rakan yang lain selamat, itu sudah cukup baik. 

Dia masih sempat bergurau dalam nada ala-ala marah kerana hadiah buatnya daripada Yuna atau mesra digelarnya sebagai Alis itu telah dicuri.

Yuna juga ada menulis Tweet susulan mengenai kejadian yang berlaku. Menurutnya, barang yang hilang boleh dicari, namun pengalaman yang diraih itu lebih bermakna. 

Dia masih sempat mengucapkan terima kasih kepada mereka yang datang dan menontonnya sepanjang siri jelajah tersebut. 

Diharapkan perkara sebegini akan dijadikan pengajaran buat Yuna agar lebih berhati-hati dan tidak patah semangat membina nama disana.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts