Wednesday, October 10, 2012

ENAM BELAS BUAH KOLEKSI KERETA MEWAH CRISTIANO RONALDO : SATU PUN TAK SAMA DENGAN KERETA AKU :::

Siapa yang tak kenal dengan pemain bernama Cristiano Ronaldo ni. Nama beliau mula disebut-sebut oleh orang ramai sejak kecemerlangan permainan beliau bersama Manchester United. Selang beberapa tahun selepas itu Ronaldo berpindah ke Real Madried.
Seperti mana yang anda tahu, Kelab Real Madried merupakan kelab yang banyak minyampan permain berbisa diserata Dunia contohnya Kaka, Ozil, Benzema, Pepe dan banyak lagi. Gaji pemain di Real Madried rata-rata 100 hingga ke 200 ribu Euro seminggu!
Memang tidak mustahil bagi Cristiano Ronaldo membeli kereta untuk dijadikan koleksi beliau sepertimana kita membuat koleksi buku bacaan atau majalah atau sebagainya.Beliau bukan sahaja memiliki kereta berjenama seperti Ferrari dan juga Bentley malah ada banyak jenama lain yang beliau miliki. Baiklah, mari kita tengok koleksi kereta mewah Ronaldo disepanjang kariernya bersama kelab Manchester United sebelum berpindah ke Real Madrid 2009.
Koleksi beliau yang pertama ialah Bentley Continental GTC
Bentley Continental GTC kereta mewah yang pertama dipandu oleh Critiano Ronaldo ialah Bentley Continental GTC. Dia sangat gemar akan kereta tersebut dan membelinya pada tahun 2007.
Koleksi Kereta mewah yang kedua Mercedes-Benz C-Class Sports Coupé
Kadang-kadang dunia sebagai seorang pemain bola sepak ini boleh dikatakan “Tidak Masuk Akal” kerana tidak lama selepas itu Cristiano Ronaldo membeli sebuah lagi kereta mewah iaitu Mercedes-Benz C-Class Sports Coupé yang dibelinya pada tahun yang sama 2007. Beliau membeli kereta tersebut ketika bercuti di Mideira.
Koleksi Kereta Mewah Beliau yang Ketiga iaitu Porsche 911 Carrera 2S Cabriolet
Tidak cukup dengan itu, Cristiano Ronaldo membeli sebuah lagi kereta mewah yang berjenama Porsche 911 Carrera 2S Cabriolet. Sesungguhnya beliau memang hilang akal suka membuat koleksi kereta mewah. Walaubagaimana pun, beliau menjual balik kereta tersebut dengan lingkungan harga £70,000 kepada saya pada tahun 2009.
Koleksi Kereta Mewah yang keempat Ronaldo iaitu Maserati GranCabrio
Cristiano Ronaldo sekali lagi melengkapkan Hatrik koleksi kereta mewahnya dengan membeli  Maserati GranCabrio pada tahun 2011. Kereta tersebut tidak berharga £98,000 dengan 434bhp V8 engine.
Koleksi Kereta Mewah yang keenam Ronaldo iaitu Bentley GT Speed
Kereta tersebut dilengkapi dengan 600bhp W12 twin-turbo engine yang boleh memecut sehingga 200mph dan juga dilengkapi dengan four wheel drive (4WD). Kereta tersebut memang sesuai untuk Cristiano Ronaldo menonjolkan diri sebagai pemain bola sepak terhandal didunia. Tetapi beliau menjual semula kereta tersebut dalam ligkungan harga £114,000pada tahun 2009.
Koleksi Kereta Mewah Yang Keenam Ronaldo ialah Porsche Cayenne Turbo-by Techart
Cristiano Ronaldo terus membuat lawak pembelian kereta mewah beliau yang keenam. Kali ini beliau membeli Porsche Cayenne Turbo-by Techart. Kereta tersebut dilengkapi dengan tayar 22 inch, complete body kit, dan juga mempunyai kuasa pecutan sehingga  62mph dalam masa 5.6 saat. Ronaldo sekali lagi menjual kereta tersebut dalam lingkungan harga £35k  baru-baru ini.
Koleksi kereta mewah yang ketujuh Cristiano Ronaldo iaitu Audi R8
Kereta ini merupakan kereta impian bagi semua orang termasuklah Cristiano Ronaldo yang membelinya dan beberapa orang kenamaan yang lain.
Koleksi kereta Ronaldo yang ke Lapan iaitu Ferrari 599 GTB Fiorano
Cristiano Ronaldo menambah lagi satu koleksi kereta mewahnya pada tahun 2008. Enam bulan selepas itu Cristiano Ronaldo mengalami kemalangan jalan raya berhampiran dengan Airport Manchester menggunakan kereta tersebut. Apa Yang membuatkan kita semua pecah kepala hairan(atau tak hairan)  ialah beliau menggantikan semula kereta tersebut dengan model yang sama iaitu Ferrari 599 GTB Fiorano. Kereta tersebut berharga £180,000 dengan kelajuan mencecah 205mph. Selain itu, kereta tersebut dilengkapi dengan 6.0-litre V12 dengan 612bhp yang boleh memecut sehingga 62mph dalam masa 3.7s.
Koleksi Kereta Mewah Ronaldo Yang Ke Sembilan iaitu Mercedes-Benz C220 CDI.
Percaya atau tidak, Cristiano terus menambah kegilaanya terhadap kereta mewah. Kali ini beliau membeli kereta Mercedes-Benz C220 CDI.  Tidak lama kemudian beliau menjual kereta tersebut dengan harga £ 10.795.
Koleksi Kereta Mewah Cristiano Ronaldo yang ke Sepuluh iaitu Audi RS6
Audi RS6 merupakan kereta mewah yang digilai ramai termasuklah Cristiano Ronaldo. Kereta tersebut dilengkapi dengan twin-turbo V10 engine dengan  570bhp. Kereta tersebut boleh memecut sehingga 62mph dalam masa 4.6 saat. Beliau telah membeli kereta tersebut dengan harga £80,000.
Koleksi kereta yang ke Sebelas Ronaldo iaitu Audi Q7
Kereta tersebut digunakan oleh beliau ketika menghadiri Anugerah Red Carpet pada tahun 2008. Kereta besar Ronaldoyang panjangnya lebih Lima meter tersebut dilengkapi dengan 4x4WD .
Koleksi kereta Ronaldo yang Ke Dua Belas iaitu  Bugatti Veyron
Cristiano seterusnya membeli kereta Bugatti Veyron. Beliau membeli kereta tersebut hasil daripada pengaruh iklan tv yang mempromosikan kereta tersebut dan beliau terus membuat temapahan keatas kereta tersebut.
Kolekasi Kereta Mewah Ronaldo yang Ke Tiga Belas iaitu Aston Martin DB9
Cristiano Ronaldo terus menambah lagi koleksi kereta beliau. Kali ini beliau membeli kereta mewah yang berjen Aston Martin DB9. Anggaran harga kereta tersebut ialah £130,000 yang dilengkapi dengan 470bhp V12 enginedan juga boleh memecut sehingga 60mph dalam 4.6s.
Koleksi kereta mewah Ronaldo yang ke Empat Belas iaitu BMW M6
BMW’s M6 mempunyai 500bhp V10 engine  dan berharga £90,00. Namun demikian ianya tidaklah “se elegant” sepertimana koleksi kereta mewah Cristiano yang lain. Beliau membeli kereta tersebut pada tahun 2006. 
Koleksi kereta mewah Ronaldo yang ke Lima Belas ialah Porsche Cayenne
Pada tahun 2007 Cristiano membeli sebuah kereta khas untuk beliau pergi membuat latihan bersama Manchester Unitted. Kereta tersebut mempunyai V8 engine dan dilengkapi 500bhp.
Koleksi Kereta Mewah Ronaldo Ke Enam belas ialah Audi RS6
 

Kereta tersebut merupakan kereta yang terakhir yang dibeli beliau ketika berada di Manchester United Sebelum berpindah ke Real Madrid pada tahun 2009. Beliau telah membuat penampilan sebanyak 196 kali dan menjaringkan goal sebanyak 86 kali serta mempunyai 16 koleksi kereta mewah sepanjang beliau di Manchester United

Secara keseluruhanya Cristiano telah mebeli sebanyak 16 buah kereta mewah daripada tahun 2007 hingga ke tahun 2009. Beliau hanya mengambil masa dua tahun saja untuk mengumpul 16 buah kereta tersebut. Walaubagaimanapun, ianya bukanlah perkara yang aneh jika anda seorang pemain bola sepak yang bertaraf antara bangsa. Sebelum ini pun saya telah menceritakan tentang bayaran gaji pemain bola sepak yang termahal didunia pada musim lepas. Saya akan sambung lagi selepas ini berkenaan dengan jumlah koleksi kereta mewah Cristiano Ronaldo ketika beliau berada di Real Madrid pula.

It’s over five metres long and tips the scales at over 2,200kg in its most slimline guise.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts