Thursday, October 11, 2012

12 Gambar Nora Danish Dan Adi Putra Berpeluk

12 Gambar Nora Danish Dan Adi Putra Berpeluk

Keserasian gandingan Nora Danish dan Adi Putra dapat dilihat sedari siri ‘Tentang Dia’ lagi. Filem terbaru sentuhan Eyra Rahman ini merupakan kesinambungan gandingan dua pelakon yang dilihat begitu sesuai menjadi pasangan di layar perak.

Filem pertama arahan Eyra Rahman sedikit sebanyak mempunyai jalan cerita seperti filem romantis Hollywood, The Vow. Adakah ini satu kebetulan? Walaubagaimanapun pengarah muda tersebut menegaskan yang persamaan hanyalah salah seorang watak utama terkena “Selective Amnesia”. Namun jalan cerita dilihat tidak banyak berbeza jika dibandingkan dengan filem tersebut.

Berkisar tentang cinta tragis antara Johan (Adi Putra) dan Arlisa (Nora Danish) yang dilanda badai ketika pasangan yang baru diijabkabulkan ini sedang asyik melalui saat-saat indah alam berumahtangga. Johan ditimpa kemalangan dan disahkan mengalami “Selective Amnesia” yang mana dia hanya menyimpan memori ketika berusia 31 tahun sebelum dia mengenali Arlisa.

Arlisa memaparkan ketabahan seorang isteri berusaha memujuk hati yang kecewa kerana tidak terdapat dalam memori baru suaminya serta berusaha menghadapi cabaran untuk memenangi kembali hati Johan yang menganggap dirinya sebagai orang asing.

Kaum hawa yang menonton filem ini dengan penuh konsentrasi mampu untuk membuatkan diri mereka tersentuh dan menitiskan airmata. Filem ini juga turut menguji kewibaan Nora sebagai pelakon dan merupakan percubaan pertama untuk filem romantis sebegini kerana dia lebih dikenali dengan watak komedi.

Pengarah muda ini dilihat bijak bermain emosi dan teknik kamera bagi menghidupkan watak romantik yang bersesuaian untuk adat ketimuran di negara kita. Ini agak sukar untuk dilakukan kerana kita sedikit terbatas dengan tatasusila yang perlu dijaga jika dibandingkan dengan filem Hollywood yang bebas untuk melakonkan babak berkucupan.

Kemuncak plot cerita apabila Arlisa terlihat sahabat baiknya Suriya dan Johan dalam keadaan yang mencurigakan. Hati yang lara ditambah pula dengan usaha tanpa henti namun tidak dihargai oleh Johan telah mematahkan semangat Arlisa untuk terus mencuba.

Aku Terima Nikahnya terbitan Metrowealth ini bakal menemui penonton pada 11 Oktober ini. Adakah filem ini mampu untuk mengulangi sejarah Ombak Rindu? Yang pasti peminat setia aktor berbadan kekar, Adi Putra dan pelakon cantik, Nora Danish pastinya bakal mengegarkan panggung!




















1 comment:

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts