Ketua Pemuda Pas mengeluarkan kenyataan, Pas tetap mahukan hukum hudud
dilaksanakan. Orang Islam yg menolaknya boleh menjadi kafir. Tidak
semena2 pengerusi parti ultra kiasu mengulangi pendirian tegas mereka,
sebarang cubaan Pas sekarang untuk memperkenalkan hudud atau
mengisytiharkan negara ini sebagai negara Islam, akan ditentang, kerana
bercanggah dengan apa yg diputuskan di Muktamar PAS ke 57 tahun lepas,
dalam usaha menawan Putrajaya.
Pas sebelum ini pernah menyebut bahawa perkataan negara Islam tidak ada dalam al-Quran, melainkan negara kebajikan. Hudud tidak termasuk dalam kerangka dasar bersama Pakatan Rakyat, Buku Jingga. “Tidak ada siapa, tidak ada parti, tidak juga organisasi yg boleh mendakwa mempunyai monopoli terhadap Tuhan”, ujar ultra kiasu pula. Kenyataan ultra kiasu ini benar2 mencabar maruah Islam. Sudah terang lagi bersuluh, ultra kiasu langsung tidak menghormati tuntutan agama Islam dalam sebuah negara ‘bertuankan’ ketuanan Islam (Melayu).
Sikap anti Islam ultra kiasu telah wujud sejak dahulu lagi. Sudah berkali2 ultra kiasu atau kafir harbi menolak konsep negara Islam dan undang2 Islam. Namun, kita terus bersangka baik atas kepentingan politik. Pas mendakwa mereka perlu berkawan dan bersekongkol dengan ultra kiasu bagi tujuan dakwah dan menumbangkan Umno. Pas yakin suatu hari nanti ultra kiasu akan menerima hukum Islam. Pas menuduh Umno gagal untuk menyampaikan mesej Islam ini.
Jika begitulah hujahnya, perkawanan Pas dengan ultra kiasu agak lama juga. Namun, semakin lama berkawan dan berdakwah kepada ultra kiasu, semakin kuat ultra kiasu menentang Islam. Mungkin alasan Pas selepas ini, mereka masih baharu berkawan dengan ultra kiasu, hasilnya belum nampak, berbanding Umno yg telah sekian lama berkawan dengan komponen BN melebihi 50 tahun.
Lama atau baharu bukanlah ukuran untuk mendakwahi seseorang. Tepuk dada tanya iman, adakah kita ikhlas dalam memartabatkan Islam atau kita asyik berpolitik tidak pernah habis? Almarhum Tunku Abdul Rahman tidaklah lama pemerintahannya, tetapi ada juga tokoh2 besar yg memeluk Islam. Jika Tunku ada keinginan melaksanakan hudud, mungkin hukum ini sudah tertegak. Kenapa hari ini terlalu sukar untuk kita mengikuti jejak Tunku? Jawapannya mudah. Kita sesama Islam tidak ikhlas, kita ada agenda lain. Sebab itulah, ultra kiasu tidak pernah lembut terhadap Islam.
Malangnya kemudian, Pas begitu cepat melatah dengan desakan ultra kiasu. Naib Presiden Pas terpaksa member respon dengan berkata bahawa Pas sentiasa “bersetuju untuk tidak bersetuju” dengan DAP berkenaan isu hudud. Perbezaan ini tidak dapat dielakkan. Namun, masih terdapat persamaan seperti mahu membanteras rasuah, menuntut keadilan dan hak asasi manusia. Apa yg penting bagi Pas dan DAP adalah kedu2nya saling memahami dengan proses demokrasi. Persoalan saya, ke manakah hendak dicampakkan agenda hudud?
Lanjutan itu, Pengerusi Biro Perpaduan Nasional Pas mengatakan isu hudud tidak perlu dibangkitkan sekiranya Pakatan Rakyat memerintah. Fokus Pakatan Rakyat adalah ada isu ekonomi, kebajikan, gaji minima rakyat dan sebagainya. Maknanya, sekiranya Pakatan Rakyat memerintah, yg hanya akan wujud adalah negara kebajikan sahaja. Persoalan saya lagi, tidakkah kita akan diazab oleh Allah nanti kerana melupakan hudud? Kenapa tidak disahut cadangan ADUN Kemelah (Umno), Ayub Rahmat?
Semua sedia maklum, Adun Umno ini pernah membangkitkan cadangan menjadikan Johor sebagai negeri pertama melaksanakan hukuman berkenaan. Cadangan ini dikemukakan pada 20 Jun lalu dalam mesyuarat pertama penggal Persidangan Kelima Dewan Undangan Negeri (Dun) Johor ke-12 dan Sidang Dun pada Disember tahun lalu. Kata Ayub, “Kanun Jenayah Syariah dilaksanakan Pas seperti Kanun Jenayah Syariah II (1993) (Hudud Kelantan) tidak menggambarkan kehendak Islam (hudud) yg menyeluruh dan melibatkan semua kaum. “Jadi, saya mencadangkan hukum hudud sebenar yg meliputi semua kaum di negara ini dapat diterajui Johor. Kefahaman yg betul adalah kunci utama hudud diterima semua kaum merentasi kefahaman agama ketika zaman pemerintahan Nabi Muhammad SAW”.
Kenyataan berani Ayub ini harus dipuji kerana tidak ramai orang Umno yg berani bersuara isu ini. Pada saya, jika kita boleh menerima hukum buatan manusia seperti demokrasi dan komunis, kenapa kita harus bersangka buruk atau menolak hukum Allah? Bukankah kita makhluk Allah?
Selepas kenyataan ini dikeluarkan, pemimpin2 Umno dan Perkasa turut memberikan respon yg positif, kerana memikirkan kepentingan dan kebaikannya umat Islam di Malaysia. Sekretariat Ulama Muda Umno turut menyokong, dengan cadangan untuk “menghimpunkan pakar2 terlebih dahulu bagi memberikan pandangan supaya hukum ini benar2 dapat dilaksanakan. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, turut bersetuju dengan syarat persediaan perlu dibuat seperti kemudahan mahkamah, hakim dan pegawai pendakwa bagi melaksanakan hudud.
Melalui semua kenyataan, saya dapat katakan sebahagian besar umat Islam di Malaysia mahukan hudud, tidak kira Umno atau Pas. Jika berlaku penolakan oleh ultra kiasu, adalah perkara baisa kerana mereka adalah kafir harbi. Termasuk juga ultra kiasu lain, seperti presiden MCA. Ultra kiasu ini memberi amaran untuk keluar BN jika Umno cenderung kepada hudud. MCA menyifatkan pandangan Ayub sebagai idea gila, bankrup, sekadar mahu menarik perhatian.
Begitulah cerdiknya ultra kiasu berpolitik. Ujung2 kita sahaja yg terpedaya. Persoalan saya, kenapa kita perlu tunduk kepada telunjuk mereka? Adakah hidup mati kita sebagai umat Islam ditentukan oleh mereka ini? Adakah umat Islam langsung tidak ada hak untuk menentukan cara hidup sendiri?
Saya berpendiriann, isu besar ini boleh diselesaikan jika Pas berlembut dengan Umno, begitulah sebaliknya. Malangnya, semakin Umno mula cenderung kepada hudud, Pas pula semakin tidak mempercayai Umno. Pas sanggup menggandaikan prinsipnya bersekongkol dengan ultra kiasu semata2 untuk menguasai Putrajaya. Sedangkan kita semua tahu, ditakdirkan Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya, hudud Pas hanya tinggal hudud. Pas tidak pernah dihargai dalam Pakatan Rakyat, walaupun kekuatan Pas jauh melebihi ultra kiasu dan PKR.
Ingatan saya kepada Pas, janganlah terlalu ghairah dengan perlantikan Salleh Man sebagai Yang DiPertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang. Jawatan tersebut amatlah kecil nilainya di mata ultra kiasu berbanding dengan jawatan Exco Kerajaan Negeri. Jawatan tersebut bukanlah jawatan pembuat dasar. Segala peruntukan tertakluk kepada keputusan kerajaan negeri yg dibolot oleh ultra kiasu. Janganlah kita terlalu bangga dengan peruntukan tambahan terhadap program atau aktiviti Islam, sekolah agama dan sebagainya. Jika mereka tidak melakukan lebih daripada apa yg Umno lakukan, sudah tentu kerajaan ultra kiasu ini tidak dapat bertahan lama.
Lakonan ini amat jelas. Janganlah kita mudah kelabu mata. Saya tidak pula kata apa yg Umno selama ini betul belaka. Umno perlu mengkoreksi diri untuk mendapat kepercayaan rakyat, terutama dalam perkara melibatkan hukum Islam, integriti dan umat Islam. Apa yg penting hari ini adalah umat Islam secara keseluruhan mesti diselamatkan daripada keruntuhan berpanjangan.
Dalam menyelesaikan kemelut politik umat Islam, kita semua perlu berlapang dada. Kecenderungan Umno terhadap hudud makin terserlah, Pas perlu menyambutnya. Langkah pertama yg boleh dilakukan adalah, terimalah hukum Allah ini dengan lapang dada dan ada keinginan untuk melaksanakannya, bukan hanya dijadikan modal pilihanraya.
Kedua, jika belum bersedia, bentuklah terlebih dahulu sekumpulan pakar untuk mengkaji undang2 ini. Kita tidak perlu takutkan ultra kiasu. Undang2 ini bukan untuk mereka tetapi hanya untuk orang Islam. Perlembagaan Persekutuan sudah baik untuk menjadi rujukan mereka. Umno dan Pas tidak perlu hiraukan sokongan mereka dalam pilihan raya. Jika Umno dan Pas boleh berbincang, kecut perutlah mereka.
Ketiga, berikan pendidikan dan kefahaman mengenai hukum Islam. Umat Islam perlu disedarkan bahawa kita berhak untuk menentikan cara hidup kita sendiri, bukan orang lain.
Saya tertarik dengan pandangan, bekas Ketua Pengarah JAKIM, Wan Mohamad Abdul Aziz, Malaysia mempunyai banyak kelebihan apabila Islam diangkat sebagai agama rasmi negara, justeru tiada alasan untuk melengahkan lagi pelaksanaan undang2 Islam. Menurutnya, Islam sebagai agama Persekutuan merupakan tunjang kekuatan umat Islam, Yang di-Pertuan Agong, Sultan dan Raja-Raja Melayu ini adalah Ketua Agama Islam dan ini juga adalah lambang keutuhan umat Islam di negara ini.
Pendek kata, semua ini terletak di bahu kita sama ada mahu memulakan usaha ini, atau tunggu dan lihat. Kita akan terus ketinggalan berbanding dengan negara yg sebelum ini dimomokkan seperti negara sekular Turki dan Mesir yg telah mula menapak ke hadapan. Justeru, apa yg ditunggu lagi .... sudah2lah tu, jangan mempolitikkan hudud ...!
sumber
No comments:
Post a Comment