Friday, October 12, 2012

Pembangkang akan mencacai bahawa PRU13 sewaktu banjir besar.

Bayangkan betapa pemimpin PAS menanggung dosa jika  rakyat Malaysia mendengar kata mereka bahawa  Pilihanraya akan di dadakan  di musim Haji. Kononya  kerajaan takut dengan bakal jemaah haji yang mereka yaikin mengundi mereka. Mungkin mereka silap di sini. 

Mereka silap kerana tidak tahu bakal jemaah Haji juga ramai penyokong kerajaan.Pastinya pilihanraya tidak akan diadakan pada musim haji mahupun selepas  raya seperti yang digembar gemburkan oleh pembangkang. 

Apa lagi yang mahu di fitnah oleh pembangkang kali ini. Apakah PRU13 akan diadakan pada musim angin  monsun timur laut  ini yang dijangka akan bertiup sepenuhnya ke lima negeri pada bulan depan . Orang ramai diberi amaran untuk bersedia menghadapi banjir besar.

Menurut Jabatan Pengairan dan Saliran, monsun dijangka melanda pantai timur dan beberapa bahagian lain di negara ini dan banjir akan berlaku terutamanya di Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Johor, Sabah dan Sarawak, antara November dan Mac.

 Dari bulan Oktober tahun lepas sehingga bulan lepas, 227 kes banjir telah dilaporkan, dengan Selangor mencatat kes paling banyak 70, diikuti dengan Perak 40.

 Selangor sering dilanda banjir kerana ia "terdedah" kepada hujan monsun barat daya, hujan monsun timur laut dan hujan konvensional.  Kuala Lumpur pula akan menghadapi banjir kilat dari pertengahan November hingga Mac, tetapi disebabkan hujan konvensional. : Oleh: TB

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts