SATU ketika dulu, dewa
ulung PAS, Mursyidul Amnya, Nik Aziz Nik Mat pernah mengeluarkan
kenyataan bahawa PAS sanggup berkawan dengan sesiapa saja waima syaitan
untuk menjatuhkan UMNO. Kenyataan ini dibuat demi mempertahankan
kerjasama dengan DAP pada awal 1999 dalam Barisan Alternatif.
Kini diwujudkan pula kepercayaan Asal
Bukan UMNO (ABU) yang sekali lagi memberikan gambaran bahawa PAS, DAP,
PKR sanggup bekerjasama dengan sesiapa juga untuk menjatuhkan UMNO.
Rupa-rupanya semua itu bagi menyediakan
pengikut Pakatan haram ini dengan hakikat bahawa wang yahudi diperlukan
untuk menjatuhkan kerajaan sekarang. Bila dah selalu dizikirkan asal
bukan UMNO, asal bukan UMNO, apa pulak masalah terima dana yahudi ye
tak? Asal bukan UMNOlah katakan.
Kenapa dana yahudi, sebab sudah tentu
tidak ada negara Islam yang mahu membantu Anwar Ibrahim (pelindung
keselamatan yahudi) menjatuhkan kerajaan sekarang. Tidak ada alasan nak
buat begitu pun, maka bantuan yahudi diminta.
Usahlah nak berdolak dalik lagi.
Malaysiakini, Suaram dan Bersih, semuanya sudah mengaku menerima dana
luar dari yahudi untuk beroperasi. Sementara itu, rakyat semua tahu PAS,
DAP dan PKR pulak begitu kuat menyokong semua pertubuhan haram dan sah
yang disebutkan di atas.
Itu bukan bukti kukuh ka nak menunjukkan bahawa semua pihak yang disebutkan ini ada kaitan antara satu sama lain?
Eh, logikkah Anwar yang punya banyak
kaitan dengan NED dan Open Society Institute, tidak ada peranan dalam
menyalurkan wang dari semua organisasi tersebut kepada Suaram,
Bersih dan Malaysiakini?
Fikir mudah saja sudahlah. Kita bukan
tidak tahu macai Pakatan punya imiginasi yang tinggi. Jangan kata yang
berkait, yang tidak ada kena mengena pun depa boleh kaitkan, contoh
paling mudah peristiwa pembunuhan Altantunya yang difitnah Perdana
Menteri dan Isteri terlibat.
Sekarang ini kaitannya begitu jelas
sekali, apatah lagi bila kesemua organisasi tersebut telah mengaku
menerima dana yahudi, kenapa macai tidak bangkit membantah?
Dalam masa yang sama macai bukan main
lagi tunjuk hero atas jalan membantah keganasan yahudi dan Amerika
Syarikat, rupanya pemimpin di atas bukan main lagi makan duit yahudi,
termasuk menggunakannya untuk membiayai perjalanan para macai menghadiri
rusuhan Bersih dan sebagainya.
Pasal duit ke? Kalau pasal duit, maknanya, ini perjuangan taik, bukan sangat kerana nak mempertahankan Islam tapi sebab wang.
Sudah-sudahlah tu macai, mengaku sajalah
macai semua berjuang kerana nakkan duit yahudi. Toksah nak tunjuk
hipokritlah dengan berdemo membantah yahudi, itu semua hanya pura-pura
sahaja, hakikatnya dengan wang yahudilah anda semua bernafas.
Sekarang ini UMNO di pihak yang menang,
macai tahu kenapa? Sebab kami dah lama sebut kaitan Pakatan haram ini
dan NGO-NGO haram yang diwujudkan mereka sebelum mereka sendiri
mengaku.
Tanyalah siapa pun rakyat Malaysia di negara ini, mahukah
mereka bersekongkol dengan pihak yang menggunakan duit yahudi untuk
menjatuhkan kerajaan.
Melainkan penyokong DAP, penulis yakin yang lain tidak akan bersetuju.
Adamyan : Mykmu.net
puak pakatun kalau pasal duit Yahudi ade depa kesah??? sedangkan BR1M pun depa sapu jugak..dengan penuh muka tak malu depa tuuuuu...
ReplyDelete