JAKARTA — Seorang model terkenal Indonesia, Novie Amelia ditahan setelah
kereta Honda Jazz yang dipandunya merempuh sekumpulan pengguna jalan di
sepanjang Jalan Gajah Mada, Ketapang di sini beberapa hari lalu.
Lebih mengaibkan, ketika ditahan, dia dalam keadaan separuh bogel!
” Dia seolah-olah berada dalam keadaan tertertekan, hanya pakai baju dalam.
” Bila disuruh pakai baju, dia juga tidak mahu,” kata Kepala Unit
Laka Lantas Polres Jakarta Bara, Ajun Komisaris Rahmat Dalizar.
Rahmat menambah, gadis berusia 25 tahun itu juga pernah terlibat dalam kemalangan jalan raya minggu sebelumnya.
Rahmat berkata, dia yang memandu dari arah pusat bandar kira-kira dari
arah kota kira-kira pukul 5 petang pada mulanya melanggar seorang
peniaga kopi bermotorsikal berhampiran sebuah lampu isyarat.
Selepas itu, Novie melanggar pula seorang lagi lelaki dan seorang anggota polis di kawasan yang sama.
Tidak cukup dengan itu, Novie merempuh pula beberapa orang pengguna jalan raya yang lain.
Ketika dibawa ke balai polis, Novie mengamuk dan berteriak.
Dia kini sedang disiasat kerana disyaki memandu dalam pengaruh dadah.
gila sudah...
ReplyDelete