Friday, October 19, 2012

Uwahhh ... Nik Aziz 'terlajak cakap' : kalau dia tiada lagi Kelantan tak akan ada MB lagi.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat disifatkan sebagai 'terlajak cakap' apabila menyatakan tiada sesiapa yang layak menggantikan beliau memegang jawatan tersebut.

Seorang aktivis Pas, Datuk Muslim Othman berkata, sebenarnya ramai golongan ulama termasuk golongan muda dalam parti itu yang layak tetapi tidak diketengahkan dalam saf kepemimpinan.

"Kalau kata tak ada yang layak itu tak betul dan tidak harus berlaku begitu sebab ada ahli yang kepimpinannya tersorok dan tidak dicungkil dan diketengahkan,"

Beliau yang pernah menyandang jawatan Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz dalam satu majlis bahawa tiada siapa dalam Pas yang layak menggantikan beliau untuk memegang jawatan Mursyidul Am.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian ketika berucap di hadapan barisan pimpinan Pas Kelantan selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik).

Muslim berkata, Nik Abdul Aziz tidak wajar berkata demikian kerana sudah tentu ada ahli-ahli parti yang mempunyai kelebihan tersendiri untuk menjadi pemimpin tertinggi parti.

"Setiap orang mempunyai kelebihan masing-masing, ada yang tahu lebih sesuatu perkara dan ada yang tahu lebih perkara lain dan bukan seorang tahu semua perkara," katanya.

Beliau berkata, mereka yang layak menggantikan Nik Abdul Aziz tidak semestinya golongan tua kerana golongan muda juga ketika ini mempunyai keilmuan dan kepimpinan yang hebat.

"Cuma orang muda biasanya lebih menghormati orang tua dan sikap saling menghormati itu ada," katanya.

Menurut beliau, Nik Abdul Aziz harus menyedari bahawa seseorang pemimpin itu boleh datang dan pergi maka sudah tentu jawatan Mursyidul Am itu akan digantikan kepada orang lain pada masa depan.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

There was an error in this gadget

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts