PAKATAN Rakyat selalu dok
 gebang depan orang ramai bahawa depalah yang lebih baik dari UMNO dan 
BN.  Segala tentang mereka adalah mengikut peraturan dan tidak 
menyeleweng.
PAS lagi hebat, kempen bagai nak rak yang
 depa perintah jenis yang boleh bawa ke syurga, macamlah syurga neraka 
itu mak bapak Nik Aziz yang punya.
UMNO sebaliknya dituduh syaitan yang 
sebenar, sapu sana, sapu sini.  Cakap sajalah, bukti tak payah, tapi 
macai yang bodoh-bodoh di bawah ini sokong tak banyak dalih.
Tapi bila laporan Audit 2011 keluar, 
keadaan sudah jadi terbalik.  Jelas sangat, setiap satu negeri yang depa
 perintah ada masalah.  Kelantan yang nampak miskin dan papa kedana itu 
pun rupanya ada penyelewengan berbilion ringgit juga.
 Contoh projek Lembah Sireh dari 2003, tanah beratus ekar dah diserah dan ditukar nama, projek?  Hapah tak siap apa pun lagi.
Bila kita ajukan soalan tentang hal ini, 
jawapan si bodoh-bodoh ini, “report SPRMlah, apa nak kecoh-kecoh?”.  Eh,
 yang dia dok kecoh soal NFC dulu tak menunggu apa report pun tu, boleh 
pulak?
Menariknya juga, tidak ada isu besar di 
pihak kerajaan BN dalam laporan audit 2011 kali ini, melainkan proses 
biasa yang diluar biasakan oleh media pro Pakatan tajaan yahudi, 
Malaysiakini.
Adalah isu sini sikit sana sikit, tapi 
penulis yakin dalam tempoh seminggu dua ini, semua peresoalanb itu akan 
terjawab oleh para Menteri yang sedang bersidang di Parlimen.
Blogger-blogger Pakatan nampaknya pun 
begitu juga, tidak banyak isu yang disensasikan sebab yakinlah 100% depa
 ini tidak baca dan faham langsung laporan audit tersebut, sebaliknya 
hanya bergantung kepada apa yang media pro Pakatan tajaan yahudi 
Malaysiakini siarkan.
Tapi pelik juga, dalam masa yang sama, 
dah ke mana si Rafizi?  Akauntan yang tak faham undang-undang ini 
biasanya jadi ‘star’ bila laporan audit keluar, maklumlah, boleh putar 
belit.
Kebelakangan ini pun nama Rafizi timbul 
sekejap, tenggelamnya lama.  Sebagai satu-satunya calon PKR yang sudah 
disahkan bertanding dalam pilihanraya akan datang iaitu di Pandan 
(selain Anwar di Permatang Pauh), agak menghairan kenapa budak ini 
tiba-tiba hilang.  Patutnya dialah yang lebih nampak hebat sekarang.
Azmin yang jadi kesayangan Anwar 
bertahun-tahun itu pun masih tidak confirm akan dicalonkan semula di 
Gombak, berbeza dengan Rafizi yang telah diumumkan namanya dalam satu 
ceramah di Pandan beberapa bulan lepas.
Atau dia sedang menelaah laporan audit 
tersebut dan mencari apa yang boleh diputar belitkan?  Kalau ya, lama 
betul menelaahnya itu ya.
Shahrizat pulak yang kita lihat hebat 
menyerang Rafizi.  Dari dakwaan tidak mengenang budi sehinggalah kepada 
yang lebih ekstrem, semuanya dilemparkan Shahrizat, tapi Rafizi tetap 
tidak muncul membalas balik.  Berbeza dengan sebelum ini, Rafizi akan 
tampil menjawab tidak sampai sejam dua selepas kecaman terhadapnya 
dibuat.
Rafizi merajuk lagi ke, minta punggong di tepuk, atau Rafizi dah takde modal lagi dah?
 


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Salam bro. Mohon pautkan blog saya. Saya sudah pautkan blog bro. Tq
ReplyDeletehttp://budakbenteng.blogspot.com/