Thursday, October 18, 2012

Proton Preve R3 menarik

Menarikkan design Proton Preve R3 ni... Nampak garang...Tarikh 6 dan 7 Sept 2012, baru sahaja berlalu satu program anjuran Proton iaitu Proton Green Mobility Challenge yang berlangsung di Sepang.


Pertandingan tersebut di sertai lebih kurang 10 buah universiti tempatan anjuran Proton dengan kerjasama Agensi Inovasi Malaysia (AIM) yang bertujuan memupuk budaya inovasi di kalangan institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara bagi menepati kehendak industri dan kerajaan.

Namun, apa yang menarik di sini ialah pihak Proton R3 buat pertama kalinya memperkenalkan kenderaan lumba Proton Prevé R3 lengkap dengan skim warna rasmi mereka.

Sebelum ini terdapat juga gambar kereta Prevé R3 di pamerkan kepada umum, namun ianya masih belum di beri sentuhan warna lagi.

Secara logiknya, mungkin ini lah kereta yang bakal di gunakan secara rasmi oleh pihak R3 untuk Prevé menunjukkan keupayaannya dalam perlumbaan tempatan dan luar negara.





No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts