Tahniah setinggi-tingginya kepada Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek. Rating populariti MCA di kalangan masyarakat Cina pastinya telah meningkat naik dengan tunjuk perasaan pemuda-pemuda Pas di hadapan Wisma MCA kerana membantah kenyataan Dr. Chua mengenai hudud.
Yang dapat melihat Pas masuk dalam perangkap MCA ialah DAP dan tentuntya DAP akan menyekat Pas dari meneruskan tunjuk perasaan ini seperti ia berjaya menyekat PAS mengasingkan penonton lelaki dan perempuan di panggung wayang di Selangor.
Sebaliknya MCA pastinya mengharapkan tunjuk perasaan pemuda-pemuda Pas ini akan dikembangkan ke seluruh negara untuk mengurangkan kerja MCA mengembalikan pengaruhnya di kalangan orang Cina yang masih belum dapat melihat rasional MCA akan bahayanya DAP bersekongkol dengan Pas.
Di samping tunjuk perasaan itu, Pemuda Pas mengancam jika MCA tidak meminta maaf di atas kenyataan Dr. Chua mengenai hudud, maka mereka akan mengadap Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong untuk memberikan gambaran seolah-olah bantahan mereka dirastui seluruh orang Islam.
Sebenarnya pendekatan jumud Pas dalam soal ini tidak disenangi oleh sebahagian besar orang Islam, termasuk sekerat dua orang Islam Pas yang terpelajar.
Tentunya semakin membakar semangat pemuda Pas sekarang kerana video Mahaguru Nik Abdul Aziz Nik Mat mengatakan wanita tidak menutup aurat wajar di rogol sedang disebarkan di seluruh negara menerusi berbagai blog dan Youtube. Apa perasaan wanita bukan Islam?
Tepat sekali kata-kata Dr. Chua bila Pas mendakwa ia sebagai agama, maka tindakan dan cakap mereka adalah menghaibkan Islam.
CATATAN:
Parti Keadilan Rakyat menumpang sekaki dalam tunjuk perasaan Pemuda PAS di hadapan Wisma MCA. PKR diwakili oleh Ketua Pemudanya Shamsul Iskandar.
No comments:
Post a Comment