Saturday, October 27, 2012



 Artikel yang disiarkan di murai.com.my tentang penglibatan Azwan Ali dalam musim terbaru Propaganza di Astro Ria saluran 104 nampaknya telah mengundang pelbagai komen negatif daripada peminat.

Malah, menerusi segmen Panggilan Misteri Murai (PMM), peminat yang mahu dikenali sebagai Miss S telah meluahkan rasa kecewa terhadap Azwan Ali yang dikenali sebagai pengacara yang senior dalam bidang penyiaran.

Kata Miss S, identiti Azwan Ali sebagai Baby AA dalam Propaganza disifatkan sebagai satu gaya yang kurang layak dipertontonkan di kaca TV. Dalam pada itu, segmenselama tiga minit yang dikendalikan Azwan Ali itu diangap tidak memberikan sebarang infomasi kepada penonton program tersebut. Sebaliknya, ianya lebih kepada menggambarkan Azwan Ali sebagai individu yang suka mencari publisiti murahan.


Pun begitu, Miss S mengakui bukanlah tampil sebagai peminat yang anti Azwan Ali. Secara profesionalnya, peminat tersebut telah memberikan nasihat kepada Azwan Ali supaya merubah sikapnya itu.

Ketahui komen pedas Miss S terhadap Azwan Ali dalam PMM yang disiarkan setiap Rabu di murai.com.my. Apa pendapat anda?-murai


Read more: http://beritamy.blogspot.com/2012/10/gosipapabila-peminat-meluat-dengan.html#ixzz2ASNaoZaX

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts