Wednesday, August 21, 2013

Suraya umum tanding Naib Ketua Wanita Umno

Suraya Yaacob  
  • Suraya Yaacob


  • ALOR SETAR - Ketua Wanita Umno Bahagian Pendang merangkap Exco Wanita Umno Malaysia, Datuk Suraya Yaacob menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Ketua Wanita Umno Malaysia pada pemilihan parti Oktober depan.

    Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Kedah membuat keputusan itu selepas mendapat sokongan banyak pihak termasuk ahli dan pimpinan wanita negeri.

    “Saya menyokong penuh kepimpinan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sebagai Ketua Wanita Umno Malaysia dan menghormati keputusan Datuk Seri Azalina Othman Said untuk bertanding jawatan berkenaan.

    “Saya sudah buat keputusan sejak dua minggu lalu. Cuma ada beberapa persepsi yang saya tidak berasa selesa,” katanya pada sidang media di pejabatnya di Wisma Darul Aman, semalam.

    Menurutnya, beliau tidak mahu bertanding jawatan Ketua Wanita Umno Malaysia kerana jawatan ketua dan naib adalah berbeza.

    “Sesiapa sahaja yang menang jawatan ketua perlu menerima naib ketua yang menang. Kalau kita mengikut senarai yang ditentukan, ia  menyusahkan perwakilan untuk memilih.

    “Jadi, biarlah pemilihan naib dan calon lain atas kreadibiliti masing-masing. Kekuatan dan kelemahan perlu diberi penilaian oleh perwakilan," katanya.

    Suraya juga ingin melakukan sesuatu yang baru supaya dapat menarik lebih ramai penglibatan wanita dalam politik Umno jika terpilih kelak.

    “Wanita Umno sekarang begitu mantap. Kekuatan Umno keseluruhannya datang dari jentera atau kekuatan Umno sendiri.

    “Apa yang kurang adalah penglibatan wanita bandar. Sama ada dalam politik Umno sendiri atau sokongan secara terbuka oleh wanita bandar kepada politik. Saya ingin melihat sokongan wanita ‘moden’ dalam politik Umno bertambah,” katanya.

    Cili Api Bloggers

    Politik N9

    PRU13N9

    Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

    My Blog List 2

    Popular Posts