Gambar kenangan ketika bersama bekas suami. |
Aeron Aziz nafikan taraf penduduk tetap nya telah diluluskan.
Bagi yang tidak tahu, beberapa hari lepas kecoh di blog dan portal
hiburan yang mengatakan Aaron Aziz sudah mendapat kelulusan untuk taraf
permastautin tetap. Namun berita ini dinafikan Aaron Aziz hari ini di Berita Harian, sekaligus membuatkan para peminat kecewa dengan perkara ini.
Namun bagi Aaron Aziz, berita tersebarnya mengenai permohonannya yang
dikatakan sudah diluluskan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN)
telah menyebabkan pemenang Anugerah Bintang Paling Popular 2011 ini
risau dengan status permohonannya yang masih dalam proses lagi.
“Saya tidak pernah cakap permohonan saya sudah diluluskan dan tidak
tahu macam mana perkara ini boleh tersebar. Apa yang saya cakap adalah
permohonan sedang dalam proses bukannya sudah dapat. Saya sendiri tidak
tahu macam mana perkara itu digembar-gemburkan sesetengah pihak
sedangkan segala urusan perlu melalui prosedur.“ dipetik dari Berita
Harian.
Jadi, untuk pengetahuan anda semua, Aaron Aziz masih lagi menunggu
jawapan dari proses permohonan status penduduk permastautin tetap dan
bukannya sudah diluluskan seperti yang kecoh sebelum ini.
Berbalik pada isu Zed Zaidi yang mempertikaikan kemenangan Aaron Aziz
sebelum ini, OHBULAN! dapat lihat bahawa ramai peminat yang menyokong
Aaron Aziz dan keluarga melalui Twitter milik isteri Aaron, Diyana
Halik.
tak pakei bra ngan spender petak
ReplyDeletesup kangkang huhuh ade beran???
ReplyDelete