Ketua Polis Negara Kecewa dengan sikap anggotanya menerima rasuah dari
seorang DJ Radio...Padan muka Angota polis tu..naya naya naya memang
naya kebodohannya angota polis terbabit yang tidak kira tempat untuk
mengambil Rasuah...Tengok tempat lah sikit mahu ambil duit tu.Sekarang
ni kan dah kantoi dengan Ketua Polis Negara.....
KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar kecewa
dengan sikap anggotanya yang meminta rasuah daripada penyampai radio
Suria FM, Tyzo dan berhasrat mengambil tindakan tegas.Ismail berkata,
perbuatan meminta rasuah tidak boleh dimaafkan dan beliau mahu siasatan
terperinci dilakukan berdasarkan kepada laporan yang dibuat penyampai
radio itu.
“Saya akan siasat. Perkara begini tak boleh dimaafkan. Kalau
perlu, kita akan gugurkan keanggotaannya jika benar didapati bersalah,”
katanya kepada mStar Online dalam wawancara eksklusif bersama The Star
di Ibu Pejabat, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman, dekat sini
pada Khamis.
mStar Online pada Rabu lalu melaporkan Tyzo atau nama sebenarnya Tuah
Zoqarnain Idris telah melalui pengalaman ditahan anggota polis kerana
kesalahan memandu kereta bercermin gelap dalam satu sekatan Isnin lalu
di sekitar jalan Sunway dekat sini.Dalam kejadian kira-kira pukul 12
tengah hari itu, anggota polis trafik tersebut telah memberi dua pilihan
terhadap Tyzo sama ada mahu menyelesaikan kes itu dengan cara membayar
wang ataupun dikenakan saman.
Bagaimanapun anggota polis tersebut
melepaskan Tyzo selepas deejay tersebut memaklumkan dia adalah petugas
media dan berhasrat melaporkan perbuatan tersebut kepada pihak atasan
PDRM selepas mencatat nama dan nombor badannya.Sementara itu Tyzo yang
dihubungi mengucapkan terima kasih kepada Ismail kerana memberi respons
terhadap aduan tersebut.
Malah kata Tyzo, dia juga telah menerima
panggilan telefon daripada Ketua Bahagian Trafik dan Ketenteraman Awam
Selangor, Superintendan Zulkifli Joned yang mahu mengambil tindakan
terhadap perkara itu.“Saya juga akan ke Bukit Aman esok (Jumaat) dan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mahu mengambil
keterangan selepas berita mengenai kes ini disiarkan di media.
aku petik dari sini : http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2012/10/ketua-polis-negara-kecewa-anggotanya.html
TB : Aku menghormati dan selama ini aku amat menyanjungi tugasan angota polis yang menjaga keselamatan dalam kita dalam Negera dan akau lah seorang bloggers yang berhempas pulas mempertahankan institusi Polis Di Raja Malaysia ketika berlakunya sikap kurang ajar peserta Bersih 3.0.
Aku juga yang mempertahankan setiap kali pembangkang yang balun pihak polis. Bukan apa , salaha satu sebabnya adalah arwah ayah aku adalah salah seorang angota Polis yang berpangkat Sargen yang bernombor 4760. Pencen di Balai Polis Seremban.
Tidak semua anggota polis seperti apa yang diceritakan oleh DJ ini, Inilah dia kerana nila setitik habis rosak susu sebelanga. Dalam janji janji pembangkang , Anwar Ibrahim mereka akan reform kembali pasukan polis Di Raja Malaysia kata Anwar Ibrahim. Biasalah , polis ada tugas mereka dan tidak boleh nak berpihak kepada pembangkang. Polis boleh mennagi hati Anwar kalau polis boleh tolong bantu jatuhkan kerajaan,Jika tidak sampai bila Anwar tidka akan puas dengan pihak polis.
Korang baca lah dulu ...story ini sebab aku juga ada cerita polis ini yang mahu aku kongsi kan sama dengan ketua polis negara. Terima Kasih Ketua Polis negara yang perihatin. BAGAIMANA KAH AGAK NYA AKAN JADI KEPADA PASUKAN POLIS JIKA ANWAR IBRAHIM MENJADI PERDANA MENTERI. USHHH......

Yang penting walau dijabatan mana pun anda berada....Ikhlas dan Telus dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan...adalah sebaik baik nya....Allah lihat apa yang anda lakukan..
ReplyDeleteallah lihat apa yang anda lakukan tapi Polis lihat wang kamu saja. datanglah melawat bandar kuala lipis lihatlah polis kat sini bawalah SPRM bersama.
ReplyDelete