Friday, October 5, 2012

Janet Jakson peluk Islam :: Tamparan kepada Nga Kor Ming (Christian name: David)

Dikatakan mengiukut jejak adiknya.

Penyanyi Janet Jackson Peluk Islam?

Penyanyi pop dunia, Janet Jackson dikhabarkan telah memeluk Islam.

Desas-desus ini diperkuatkan lagi dengan laporan daripada National Enquirer yang mengangkat tajuk kehidupan Islam superstar itu yang dirahsiakan.

Dalam laporan utamanya, tabloid yang beredar di Amerika Syarikat tersebut mengangkat tajuk ; “Rahsia kehidupan muslim Janet Jackson”.

Untuk memperkukuh laporan itu, tabloid tersebut menampilkan foto Janet yang sedang mengenakan penutup kepala yang menyerupai selendang berwarna hitam.

Menurut tabloid tersebut juga, Janet dikhabarkan akan melangsungkan perkahwinan mewah dengan seorang bilionair Arab Saudi.

Perkahwinan tersebut bakal dilangsungkan dengan konsep super-mewah yang ditaksir menelan belanja 20 juta dolar AS.

Walaupun pilihannya menjadi mualaf disebut akibat pengaruh bakal suami, namun Islam secara dasarnya bukan hal yang baru bagi adik Michael Jackson itu.

Kakak, Jermaine Jackson, sudah lama memeluk Islam.
 

 
 

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts