Tepak Bersulam Lari ke hutan belantara?

22hb/julai malam - Akhirnya aku membuat keputusan untuk meninggalkan kekalutan kotaraya bersama 9 orang kawan kami telah membuat keputusan untuk masuk dan tidur dalam hutan sambil menangkap ikan.Kami bertolak jam 11 malam mengikut hi way kemudian ke Kuala Lipis . Tiba di satu lokasi jam 4.00 pagi. Kami tidur sebentar di masjid sementara menunggu pagi untuk masuk ke dalam hutan sejauh 60 km.

Selepas tazkirah subuh kami bersedia untuk masuk ke dalam hutan. Perjalanan melalui jalan lori balak memakan masa selama 3 jam untuk sampai ke lokasi.

Saya tinggalkan Fb , tinggalkan blog, hand phone tidak boleh dihubungi, tidak tahu apakah keputusan pertandingan antara Malaysia dan Singapore. Seronok juga sekali sekala masuk 60 km ke dalam hutan , malam itu Saya makan ikan yang mahal, RM220 sekilo hasil tangkapan kami.-lokasi rahsia nanti habis korang tangkap ikan yang aku bagi makan ..Nak tahu pergi sekali.

kayu balak yang terkumpul untuk dibawa keluar
Selisih dgn lori kayu balak
Singai yang  sejuk dan banyak ikan
melalui ladang kelapa sawit


mengikuti jalan tanah merah sejauh 60 km

Melalui jambatan kayu balak

Merintas sungai , TB baju  hitam seluar track biru.

Aksi TepakBersulam


TB dan Adzha aksi dlm hutan


Berjaya merintas sungai

Jambatan kayu balak

TB melintasi jambatan kayu balak
selisih dengan lori balak yang keluar membawa kayu
TB dengan Nor Azhar
Adha  berjaya  melintasi jambatan
sangkut
Terpaksa di tarik  , kami sangkut selama 2 jam

Meninjau lokasi perkhemahan

Khemah sudah dipasang , inilah hotel kami malam ini.

Chef masak nasi. siap dapur  gas
Yg paling matang kami panggil ayahanda sdg makan nasi lemak pagi tadi.

Azhar juga nama nya

Potong kayu api pakai chain saw

siap untuk berjemah maghrib
Muzamil siap batang kail untuk pergi memancing sebelum tidur

Buat teh tarik

Bilik hotel

Bilik 3rd Class

Sungai tempat kami mandi
Hasil tangkapan nelayan morden

Ikan kelah Rm220 sekilo

Makan lah beb ikan bakar ngan goreng

Kena goreng

kena panggang
Ustaz Yuz , imam kami menunjukkan pokok kacip Fatimah. bawa balik tanam.
Relek terapung Adha bkn TB.
Kalau lah balak ini aku yang punya...Kui kui kui...aku kaya..

mendulang emas .. ha ha tak basuh kuali la.




Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts