Lepas
pembentangan Bajet 2013 yang lalu. Aku lihat, ramai jugak pembaca yang
tercari-cari dalam blog nie macam mana nak Daftar Bantuan Rakyat
1Malaysia (BRIM 2.0). Untuk makluman semua, pendaftaran Bantuan Rakyat
1Malaysia hanya akan dilaksanakan mulai November 2012 secara atas talian
(online) ataupun melalui kaunter diPejabat Pembangunan Negeri, Pejabat
Daerah dan pejabat lembaga Hasil Dalam Negeri seluruh negara.
Untuk melicinkan proses perlaksanaan Bantuan Rakyat 1Malaysia kali ini.
Pemohon yang telah mendaftar dan menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia
sebelum ini, tidak perlu lagi mendaftar untuk kali kedua. Hanya pemohon
BR1M yang gagal dalam pemohonan sebelum ini sahaja diminta untuk
mendaftar semula. Syarat-syarat isi rumah yang layak untuk memohon sama
seperti dalam Borang Bantuan Tunai RM500 LHDN Budget 2012 sebelum ini
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0) kali ini juga diperluaskan kepada
golongan bujang yang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan tidak
lebih RM2,000 sebulan. Bagi yang layak, mereka akan menerima bantuan
Bantuan Rakyat 1Malaysia sebanyak RM250 secara one off.
Sumber : http://www.anastasyea.com
No comments:
Post a Comment