Banyak tanggapan yang menyatakan bahawa
pelakon ini walaupun telah menunaikan umrah tetapi tetap dengan
penampilan seksinya selama ini.
Jelas Nora, gambar yang disiarkan itu adalah gambar lama yang diambil sebelum dia menunaikan umrah baru-baru ini.
Ye, saya akui gambar itu seksi tapi
tanggapan orang yang mengatakan saya tidak berubah selepas menunaikan
umrah itu tidak benar sama sekali.
Saya sudah berubah, namun perubahan
yang saya lakukan ini bukan secara mendadak tetapi perlahan-lahan.
Alhamdulillah, saya sudah dua kali menunaikan umrah. Insya-Allah saya
akan bertudung tidak lama lagi, saya sedang nantikan masa yang sesuai.
Saya tidak mahu nanti ada yang kata
saya bertudung kerana ikut trend sekarang. Saya ingin lakukannya dengan
hati yang ikhlas. Saya juga ingin berterima kasih kepada peminat yang
selama ini tidak putus-putus memberi semangat kepada saya," jelasnya.
Bercerita mengenai hubungannya bersama
bekas suami, jelas Nora, mereka berdua masih kekalkan hubungan baik yang
terjalin selama ini.
Saya masih menjalinkan hubungan baik
dengan bekas suami demi anak kami. Saya mahu lihat Rayqal membesar dan
mempunyai hubungan baik dengan bapanya.
Saya tidak mahu anak saya diterapkan
dengan unsur-unsur negatif yang berada di sekelilingnya. Dia sedang
membesar jadi saya mengambil keputusan untuk terus berhubung dengan
bekas suami," ujarnya.
Dalam pada itu, jelas Nora kehidupannya
sebagai ibu tunggal ketika ini menuntutnya agar lebih gigih dalam
mencari rezeki bagi menyara kehidupannya dan keluarga.
Tahun ini, alhamdulillah saya banyak
mendapat kepercayaan penerbit serta pengarah. Saya banyak menerima
tawaran untuk berlakon filem dan drama, ini rezeki saya dan Rayqal,"
kata Nora.
Terkini, Nora akan tampil dalam filem
romantik l Aku Terima Nikahnya. Filem ini akan ditayangkan di seluruh
pawagam tempatan pada 11 Oktober ini. Selain Nora beberapa nama besar
lain turut membintangi filem ini antaranya Adi Putra dan Monryanti.
No comments:
Post a Comment