KUALA LUMPUR – Kisah dan cerita mengenai diri pelakon wanita, Abby Abadi masih lagi tidak senyap dari masa ke semasa.
Selepas Abby melakukan hijrah diri dengan memakai hijab dan aktif
menghadiri ceramah agama, Abby pernah dicabar oleh rakan pelakonnya,
Datuk AC Mizal untuk berdebat mengenai kenyataan Abby suatu ketika
dahulu.
Bagaimanapun, isu ajak-mengajak itu senyap tidak lama selepas itu.
Menerusi blog Buahmulut.com, Abby meluahkan dia kesal dengan sikap AC Mizal yang bercakap mengenai peribadi dirinya.
Kata Abby, dia masih sayangkan AC Mizal sebagai sahabatnya kerana mereka pernah berkawan rapat.
“Bila saya dekat dengan agama macam ni dia kata saya saja-saja nak
tunjuk beriman katanya, tak payahlah, agama simpan je dalam hati dia
kata.
“Lepas tu kawan saya jawap, kalau macam tu ko sembahyang je dalam
jamban” Ungkapan tersebut disambut dengan gelak ketawa dari penonton
yang hadir,” kata Abby.
Dalam pada itu, Abby menjelaskan dia masih sayangkan dunia lakonan dan teringin untuk kembali berlakon seperti dahulu.
Malah, dia tidak mahu orang ramai melabelkan dirinya sebagai bekas
pelakon kerana Abby mempunyai cita-cita untuk berdakwah melalui lakonan.
Abby juga mengakui yang ‘bekerja’ sebagai penceramah adalah bukan
minatnya dan dia yakin dia tidak boleh kekal berkemampuan untuk menjadi
penceramah.
“Jangan letakkan saya sebagai seorang bekas pelakon ya, kerana saya
masih sayangkan dunia hiburan. Saya tak nak buat kerja apa yang saya
buat sekarang ini sebab ini bukan kemampuan saya. Saya tak nak jadi
penceramah dan saya tak nak jadi ahli politik sebenarnya.
“Saya masih mahu berlakon dan Insyallah dengan lakonan pun kita boleh
berdakwah untuk agama Allah SWT. jadi saya mengharapkan sesuatu yang
baik untuk negara, untuk industri hiburan, untuk kawan-kawan saya dan
untuk semua umat islam,” katanya.
Sumber: Mynewshub.my
berhijrah pakai tudung tapi akhlak makin buruk APA MAKNANYA?????
ReplyDeleteKALAU DIA JADI BERLAKON BALIK, TAKDA CHANNEL TV YG SUDI NAK TAYANGKAN DRAMA BUSUK LAKONAN DIA TU...
ReplyDelete