KUALA LUMPUR – Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin
menyifatkan tindakan penyanyi dan pelakon, Abby Abadi mengkritiknya
berhubung soal agama dalam twitter sebagai kebudak-budakan, selain tidak
memahami secara mendalam maksud komennya menerusi laman sosial itu.
Dr
Mohd Asri yang juga pensyarah Pengajian Islam di Universiti Sains
Malaysia (USM), ahli Majlis Agama Islam Perlis dan Fellow OCIS di
Universiti Oxford berkata, menuntut ilmu agama penting sebelum memberi
pandangan kepada orang lain.
“Apabila seseorang itu tidak
belajar banyak mengenai agama, dia tidak dapat membezakan orang yang
mempertikai hukum Tuhan dengan pendapat manusia. Abby menganggap
pendapat manusia itu adalah mempertikai hukum Tuhan.
“Apakah
seseorang yang ingin menjadi ilmuwan dan ulama hanya mengambil masa
sehari untuk belajar agama. Justeru, mereka yang berhijrah seperti artis
dialu-alukan tetapi jangan lupa, ilmu agama bukan hanya pada semangat
tetapi mendalaminya,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad semalam.
Pada
29 Ogos lalu, Abby memberi komen terhadap kenyataan Dr Asri yang
menulis: “Apakah satu keadilan jika dua orang yang terlibat dengan
kecurian, seorang dipotong tangan sedangkan seorang lagi dipenjara
kerana berbeza agama?”
Abby kemudian mencelah, “Maafkan saya Dr,
Hudud hukum Allah. Dr belajar tinggi tetapi kenapa masih persoalkan?
Tanggungjawab kita berat di dunia tapi manis di sana.”
Komen Abby
kemudian dijawab Dr Mohd Asri yang mengatakan: “Seseorang yang kembali
kepada agama dan dijemput ceramah tidak bererti dia benar-benar faham
Islam. Teliti sebelum komen.”
Sementara itu, Abby ketika dihubungi
Metro Ahad semalam berkata, komennya dalam laman sosial itu adalah
pandangan peribadinya yang tidak berniat menghentam atau memaki
penceramah itu.
“Tidak payah cakap soal hudud tapi dalam Islam,
apa saja yang tertulis dalam al-Quran dan sunnah tidak boleh dibincang
atau dipersoalkan. Saya akui tidak pandai agama, tetapi saya faham
maksud dalam twitter dia.
“Sepatutnya, kena dengar suara jemaah
apa yang perlu dibuat tanpa mempersoalkan hukum Tuhan. Saya faham
komennya secara asas dan terdetik mengapa dia berpelajaran tinggi tetapi
mempersoalkannya.
“Saya hormat dia kerana belajar tinggi dalam
bidang agama tetapi saya tetap dengan pendirian saya, apa saja yang
tertulis dalam al-Quran dan sunnah tidak boleh dipersoal,” katanya.
Menurut Abby, ada segelintir pihak menyebelahinya kerana mereka faham, namun dia tetap menghormati setiap pandangan orang lain.
Katanya,
dia mahu berbaik dengan ramai pihak, termasuk individu bergelar ustaz.
Selepas berhijrah dengan imej bertudung sejak pulang umrah pertengahan
Mac lalu, dia mengakui menerima banyak jemputan menghadiri majlis
keagamaan di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.
“Memang
tak menang tangan dan saya pun tidak sangka atas jemputan diterima.
Apapun, saya tahu kemampuan sendiri walaupun ada yang mengharapkan
sesuatu yang lebih daripada saya.
“Sebagai sahabat, saya bukan
mahu mengajar tetapi berkongsi pengalaman dan pandangan. Saya akui
memang dilahirkan Islam tetapi apabila tidak faham dan mengikut perintah
Tuhan, orang panggil jahil,” katanya.
dah kena nasihat pun degil gak.. mcm maksum je abby nih... bodo tul la. kan dr asri komen pelaksana hukum bukan hukum hudud..bodo melantun lantun..
ReplyDelete2 lah pasall..kenapalah dgn abby abadi nie..terlalu taksub sgt dah dgn politik dia...
ReplyDeletepayahnya dia bila dia rasa dia dah faham benar walhal dia masih belum faham apa-apa lagi.
ReplyDelete