Kalau korang tak mahu baca , tak apa lah aku mahu menulis juga pasal pasangan ini tanda sokongan aku kepada suami nya . Biarlah aku menulis tanpa pembaca namun tulisan aku adalah sokongan kepada seorang perunding kewangan yang sanggup meletakan jawatan untuk menjaga isteri yang terlantar sakit sejak tahun lalu, Apakah korang sanggup berkorban sebegini sekiranya ianya berlaku pada isteri korang. Aku tak peduli kalau korang tak nak baca , AKU SOKONG ABIL , aku mahu berikan dia semangat dan aku mahu beritahu dia aku akan terus menyokong nya.
"DEMI ALLAH aku cintakan dia"
Siapa lagi yang boleh diharapkan oleh Fauziah Muhamad 38, kalau bukan suaminya , Abil Fitri Ahmed 43.
Fauziah tidak mampu berbuat apa apa. Hanya terlantar di atas katil, membiarkan nafas menghembus turun naik.
"Aku dahan tempat dia berpaut, Bergantung , selagi nadinya masih berdenyut selagi itu aku akan terus membelai tubuhnya."
Isterinya , Fauziah diserang asma pada 22 jun tahun lalu, menyebabkan mengalamai kerosakan urat saraf otak.
Mungkin tidak semua lelaki yang bergelar suami di dunia ini sanggup melakukan pengorbanan yang dibuat oleh Abil.
Dia juga menolak untuk menerima pujian yang diberikan kepadanya atas apa yang dilakukan kerana berpegang kepada undang undang pekahwinan.
"Apa yang ku lafazkan sewaktu ijab kabul dulu , cuba ku tunaikan sebaik mungkin , Untuk apa pujian ? ini amanah Allah!"
"YA ALLAH , Aku cinta dia! Aku kasihkan dia , Aku sayangkan dia! Sembuhkan lah dia , berikan lah Fauziah dulu kepada ku."
"Tetapi jika Allah lebih sayangkan dia, ingin mengambilnya , memisahkan jasadnya daripada ku, aku redha."
Pasangan Abil-Fauziah terus terima kunjungan pelawat
Menurut suaminya, Abil Fikri Ahmad, rumah mereka yang terletak di Seremban dikunjungi tetamu baik jauh mahupun dekat semata-mata untuk melawat Fauziah yang terlantar di katil.
“Alhamdulillah, kami tidak putus-putus menerima kunjungan tetamu. Kebanyakannya yang datang dengan keluarga mereka.
“Tetapi ada juga pasangan yang merancang untuk berkahwin datang meminta nasihat selain menziarah Fauziah. Malam tadi saja, tetamu datang sehingga jam 12 tengah malam,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika dihubungi hari ini.
Menyingkap kembali kunjungan beberapa bulan lalu, katanya, orang lain mungkin hanya datang melawat sekali dua sahaja, namun keprihatinan yang dipamerkan isteri Menteri Besar Negeri Sembilan, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumuddin yang datang menziarah pada April lalu wajar dipuji.
“April lalu Datin Seri datang bersama Persatuan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Negeri Sembilan (Pekerti) dan Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWO).
“Ia tidak terhenti di situ saja. Datin Seri sering bertanya khabar paling kurang sebulan sekali. Saya sangat terharu dengan keprihatinan beliau,” katanya.
Seorang insan prihatin yang menziarahi Fauziah semalam sempat berkongsi cerita dengan rakan-rakan di laman sosial Facebook miliknya.
Lien Latif dari Kajang yang bertolak ke Seremban bersama ibunya menceritakan serba sedikit perasaannya ketika melawat pasangan itu.
“Alhamdulillah, tercapai hajat di hati nak melawat Kak Gee (Fauziah) dan tengok sendiri kesanggupan suami mithali, Abil menjaga isteri yang terlantar sejak tahun lepas,” ceritanya di laman sosial Facebook miliknya malam tadi.
Lien menceritakan bagaimana dia dan ibunya tidak dapat mengawal air mata apabila menyaksikan sendiri keadaan Fauziah dan Abil sedangkan sebelum ini kisah mereka hanya diketahui melalui blog Abil.
“Macam mana laju air mata membaca blog Abil, tengok depan mata lagilah... saya dan mama tidak boleh tahan tangisan di situ.
“Tengok tindak balas Kak Geeyang manja dengan suaminya,” katanya yang mengagumi keteguhan cinta Abil kepada Fauziah.
Lien sempat mendoakan pasangan suami isteri itu, “semoga ALLAH memudahkan segala urusan mereka suami isteri dan berikan yang terbaik untuk pasangan ini.”
Seorang lagi pembaca blog Abil, Uchee Fukada yang masih belum berkesempatan menziarahi Fauziah turut memberi respons terhadap kunjungan tersebut.
“Kau pergi rumah mereka Lien? Aku baca blog Abang Abil saja sudah menangis macam apa, kalau tengok depan-depan takut meraung di situ juga,” kata Uchee.
Lien menjawab, “aku pergi semalam Uchee. Abil OK 'steady'. Tak tahan 'time' Kak Gee seolah-olah memanggil Abil, Kak Gee tak dengar dan tak nampak tapi jika Abil sentuh dia, dia macam faham. Abil 'kiss' dia, dia akan toleh kiri kanan kiri seolah-olah nak Abil 'kiss' pipi dia. Syahdu sangat!”
alhamdulillah...msh setia suami ini menjaga isterinya yg sakit, smoga Allah permudahkan urusan mereka. ku berdoa jg akan menjadi pasangan yg setia dan mendpt pasangan yg setia snggup ssh senang bersama....
ReplyDeletebila terbaca kesah mereka aku sungguh kagum...semuga ALLAH memberi rahmat kapada nya,dan ku doa kan semuga isterinya sembuh..InsyaALLAH..
ReplyDelete