Monday, September 17, 2012

PAS KIAN PUPUS DAN HILANG HALUAN !

SHAH ALAM - Politik dan agama sememangnya wajar digabungkan kerana agama akan membimbing politik, kata bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.


Bagaimanapun katanya, pada dirinya sendiri, beliau lebih rela hidup di negara sekular daripada membiarkan agama dijadikan alat politik oleh pihak yang berkepentingan politik.



“Saya lebih rela negara sekular, saya lebih suka negara yang memisahkan agama daripada politik kalau agama digunakan untuk kepentingan politik. Sekurangnya agama kita selamat, yang kena orang politik sahaja," katanya.
TB setuju apa yang dikatakan oleh DR Asri dan pastinya DR Asri akan dikecam hebat  oleh juak juak  Penyokong Parti yang dah menggunakan agama untuk Parti. 

Benar adalah lebih baik duduk di negara sekular dari duduk dengan mereka mereka yang mempergunakann  agama untuk kepentingan politik.

Politik sudah dijadikan agama dan agama juga sudah menjadi alat untuk mereka gunakan bagi kepentingan politik mereka sehingga anak anak muda menjadi keliru dengan agama yang sebenar.


Pentadbiran negara juga diganggu gugat juga dengan salah guna agama untuk menghalang pantadbiran negara  yang berciri kan Islam hanya kerana mahu menunjukkan mereka lebih Islam sedangkan matlamat sebenarnya hanya lah mahu menipu untuk mendapatkan kuasa,.

Mereka juga sanggup bersekongkol dengan "kapir harbie" dan sanggup mengorbankan bangsa dan mereka seagama demi mempertahankan "kapir harbie" yang menghina Islam ini dan memusuhi orang Islam kerana mahu mencapai matlamat politik..

Sesiapa saja dan mana mana ulamak yang cuba membetulkan kenyataan mereka yang sesat akan dituduh dikecam dan hina kononnya ulamak berkenaan makan duit dibayar oleh kerajaan dan kononnya hanya mereka saja yang betul dan paling Islam. 

Sedangkan ulamak mereka kini menjadi penakut dan dayus  tunduk kepada "Kapir harbie" sehingga sesiapa saja ulamak yang tidak sehaluan dan menyangkal kenyataan sesat mereka  dan tidak mendengar kata "Kapir Harbie" itu diarah untuk disingkirkan .

Mereka juga sanggup menipu dan mempergunakan nama nama Rasul dan Allah SWT untuk kelirukan rakyat hanya kerana mahu mendapat kuasa politik. 

 Mereka pula akan memusuhi ulamak berkenaan  dan dijaja difitnah setiap malam di pentas pentas ceramah bersama sama "kapir harbie "ini. Mereka gunakan tempat tempat ibadah untuk menjatuhkan kerajaan yang membangunkan dan berpaksikan Islam.

Mereka akn memburukkan pemimpin dan kerajaan yang selama ini mensejahterankan negara kerana mereka mahukan kuasa berkeanaan.

Jika merka benar benar Islam kenapa mereka enggan bekerjasama dengan kita yang Allah swt yang sama di masjid yang sama , berkiblat yang sama , mengucap dua khalimah syahadat yang sama.

Mereka mahu mengafirkan  kita yang sama melaksanakan hukum Allah swt seperti yang mereka laksanakan juga .

Mereka bersekongkol dengan kapir harbie yang menentang Islam untuk menjatuhkan  kepimpinan Islam yang sedia ada.

Hukum halal haram mereka mengikut sesedap dan sesuka hati mereka saja. Apabila  boleh menguntungkan politik mereka akan dihalalkan dan jika yang merugikan mereka walaupun benar akan diharamkan  oleh ulamak wali terompah mereka.

Benar , eloklah kita duduk di negara sekular dan biarkan orang politik yang berpolitik dan bukan ulamak politik yang mempergunakan agama untuk politik.

Allahmdulilah hari ini ramai ulamak yang tidak lagi peduli dan takut untuk bangun memperbetulkan keadaan dan menegur ulamak ulamak terompah yang sudah nyayuk yang  menganggap fatwa macam cakap cakap sambil makan kacang goreng.

Mereka kini kian terdesak dan kian pupus. Yang jahil tidak akan menyokong mereka yang hipokrit , yang jahil akan terus menyokong yang jahil dan yang benar dan ikhlas akan kembali kepada orang yang mereka hina dan kecam selama ini.

Hari ini mereka akan pergunakan siapa saja, kepala perompak, artis yang sesat larau untuk membantu mereka menghina dan menghentam kerajaan kerana ulamak ulamak mereka sudah tidak lagi dipercayai dan tidak lagi boleh mempengaruhi orang kerana terlalu banyak menipu.

lagi pun mereka gunakan orang yang daif tentang agama yang tidak tahu bahawa mereka menipu dan memfitnah sebab mereka sendiri kurang bijak dalam agama kerana ustaz yang bijak tidak akan lakukan apa yang Ostat dan Ostazah maggie ini lakukan.

Bagi lebi lebai PAS pula mereka  terselamat kerana  dosa fitnah yang mereka sebarkan selama ini diambil alih  ostat dan ostazah magie telah mengambil alih tugasan mereka bersama ostaz pak lawak yang main gitar yang sentiasa berbunyi neiii neiii neiii sebelum bercakap.  : 0leh TepakBersulam

1 comment:

  1. Di Malaysia, ulama, ustaz, pendakwah, kaki hukum, kaki fitnah lebih Ramai dari yg biasa2 Dan jahil

    ReplyDelete

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts