Bayangkan jika kita mandi makan minum air mayat yang terapung sebegini saban hari. Mahu rasanya berbulan bulan kita tak mampu untuk makan lagi. |
Sejumlah
337 penghuni perumahan Taman Titingan , Tawau hari ini memfailkan
tuntutan saman berjumlah RM100 juta terhadap Presiden Majlis Perbandaran
Tawau (MPT) dan Jurunilai & Perunding Hartanah Sabah (JPHS) atas
dakwaan cuai sehingga menyebabkan mayat hampir reput dijumpai di dalam
tangki simpanan perumahan berkenaan.
Penduduk yang diwakili peguam
Chong Kian Ming, memfailkan saman terhadap MPT sebagai defendan pertama
dan JPHS selaku defendan kedua di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi
Tawau, kira-kira 2.45 petang.
Dalam pernyataan tuntutannya,
plaintif mendakwa pada 12 Mei 2012, selepas beberapa kali membuat aduan
sejak 30 April 2012 berhubung bau air paip tidak menyenangkan di
perumahan itu, seorang daripada pekerja defendan menjumpai mayat hampir
reput di dalam satu daripada tangki simpanan air perumahan itu.
Plaintif
juga mendakwa sejak 20 April 2012, mereka menyedari perubahan bau air
tidak menyenangkan yang dibekalkan kepada mereka dari tangki simpanan
berkenaan dan mereka telah meminum serta menggunakan air dari tangki
yang dicemari mayat hampir reput itu.
Menurut plaintif, penemuan
mayat hampir reput yang tidak diketahui identitinya dan bukan penghuni
perumahan itu di dalam satu daripada tangki simpanan perumahan Taman
Titingan, adalah disebabkan kecuaian defendan kedua yang merupakan ejen
defendan pertama.
Plaintif mendakwa pihak defendan telah melakukan
enam kecuaian termasuk membiarkan tangki simpanan berkenaan tidak
dikawal sehingga memudahkan sesiapa sahaja memasukinya dan gagal
menghalang si mati daripada memasuki kawasan perumahan seterusnya masuk
ke dalam satu daripada tangki simpanan di situ.
Plaintif mendakwa
pihak defendan telah cuai sehingga gagal mengambil langkah berkesan bagi
menghalang sesiapa sahaja daripada memasuki kawasan tangki simpanan air
perumahan itu.
Defendan juga didakwa cuai dengan tidak mengambil
langkah berkesan sama ada memeriksa dan menjalankan ujian bagi
memastikan tidak ada dan tidak akan ada risiko pencemaran apabila
plaintif membuat aduan kepada defendan kedua mengenai perubahan bau air
berkenaan.
Plaintif mendakwa disebabkan kecuaian defendan
berkenaan, mereka telah terminum air tercemar dalam tempoh tertentu dan
akibatnya mereka sangat tertekan.
Selain menuntut RM100 juta,
plantif juga menuntut supaya semua paip di dalam atau di luar rumah
penghuni serta kesemua tangki simpanan air perumahan berkenaan diganti
dengan yang baharu.
eeii..yucks...kalau aku pun boleh muntah ooo...gile betul..
ReplyDelete