Thursday, September 27, 2012

Hobin jang Hobin nak belasah tentera esok kek Stadium Selayang

Aku meramalkan Negeri Sembilan akan menewaskan Angkatan Tentera dengan agregate 2 - 0  dalam perlawanan suku akhir piala Malaysia musim 2012. Selaku juara yang mempertahankan  Piala Malaysia yang telah di menangi pada tahun 2011 yang lalu Negeri Sembilan tidak mempunyai masalah besar untuk menghadapi lima  tunggak utama yang berhijrah ke ATM pada musim ini dan kini bertemu dengan bekas pasukan mereka.

Lima dari tonggak ATM yang pernah bermain dengan pasukan  Negeri Sembilan musim lalu ialah Hairuddin Omar (Hai O) kembar Mohd Adil Zafuan  dan Mohd Zaquan Azhar , Mohd Farizal Harun  dan Irwan  Fadli Idrus.

Semalam selaku Presiden PBNS , Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan telah menagih agihkan sebanyak  RM50 ribu kepada pemain Negeri Sembilan setelah berjaya masuk ke separuh akhir. Tambah Tok Mat lagi kalau  menang dan masuk final mereka akan menerima dua kali ganda apa yang mereka terima semalam. Tahun lepas skuad Hobin Jang Hobin telah menerima sebanayak RM550 ribu keseluruhan sebagai bonus.

Negeri Sembilan mempunyai penjaring yang hebat dan telah membuktikan bahawa dialah  penjaring import terbaik yang  sering berjaya mendapatkan gol di waktu Negeri Sembilan memerlukan nya. Jean Emmanuel Effa Owona. 

Tok Mat kata kita tidak perlu takut dengan pemian ATM yang kita perlu takut ialah diri kita sendiri. Insyaalah aku yakin pemain Negeri Sembilan lebih hebat dari pemain ATM dan mereka lebih berpengalaman dalam pertandingan yang lebih besar. 

Kalau Tok Mat , Yakin kenapa aku tidak..

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts