Korang pernah
dengar kisah mayat baca surah yassin di mekah? Nh pun baru je dapat
tau.. tapi Nh tak dapat pastikan lagilah kisah ini benar berlaku atau
sebaliknya.. yang pasti jika ianya benar berlaku semua itu atas kehendak
ALLAH.. ok jom kita baca kisah di bawah ini yang Nh ambil dari beberapa
sumber..
Kisah Benar Mayat Baca Surah Yasin Di Mekah. Adalah cerita benar yang telah diceritakan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Arab Saudi. Peristiwa ini baru saja berlaku dan disahkan benar oleh Ustaz Halim Naser….penceramah bebas yang amat terkemuka di Malaysia .
Kisah Benar Mayat Baca Surah Yasin Di Mekah. Adalah cerita benar yang telah diceritakan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Arab Saudi. Peristiwa ini baru saja berlaku dan disahkan benar oleh Ustaz Halim Naser….penceramah bebas yang amat terkemuka di Malaysia .
Mayat 8 bulan didapati telah duduk membaca quran.
Ceritanya begini.. Pada suatu hari di musim haji yang lepas, pelajar Malaysia yang sama-sama menunaikan haji telah mengikut seorang Arab untuk mengebumikan mayat seorang yang meninggal dunia pada musim haji. Makam tersebut terletak di Ma’la….tempat pengebumian para jemaah haji yang meninggal dunia di Mekah.
Cara yang
mereka kebumikan mayat ialah dengan cara meninggalkan mayat dalam lubang
yang disediakan dan menutupnya untuk kira-kira lapan bulan. Selepas
lapan bulan, lubang itu akan dibuka semula untuk mengebumikan mayat yang
baru.
Pada hari
tersebut, apabila satu lubang dibuka untuk mengebumikan mayat yang baru,
orang Arab tersebut bertempiaran lari kerana dia nampak mayat sedang
bersila, bukan tidur seperti kebiasaannya. Penuntut Malaysia ini
memberanikan diri merangkak ke dalam kubur tersebut untuk melihat dengan
lebih jelas. Hasilnya dia mendapati memang mayat tersebut sedang
bersila dan mayat tersebut sedang membaca Al Quran, dan Al Quran
tersebut memang yang asli.
Selepas dilihat
seterusnya. Ayat Quran yang terbuka ialah Surah Yasin. Satu lagi
perkara ialah mayat tersebut tidak reput dan kain yang membalutinya juga
tidak reput. Yang reput hanyalah kapas yang diletakkan di antara mayat
dengan kain kapan (kain ehram).
Setelah dibuat
kajian, rupa-rupanya mayat tersebut ialah mayat seorang lelaki berkulit
hitam yang kerjanya ialah membersihkan Baitullah daripada tumpahan air
zam-zam. Kerjanya tiada lain selain daripada membersihkan Baitullah jika
ada tumpahan air zam-zam. Jika tiada tumpahan , dia kan duduk di satu
sudut Baitullah dan membaca Surah Yasin.
Itulah
kelebihannya bagi orang yang berbakti ke jalan Allah… Inilah yang
membuatkan kita semakin berkobar-kobar untuk mengunjungi Baitullah…
Selepas
peristiwa itu, lubang kubur itu pun di patri (disimen) dan ditandakan
agar tiada mayat lagi yang akan dikebumikan di situ….. sumber renungan
kita. Inilah bukti akan janji-janji Allah pada hambaNya yang taat dan
ikhlas bekerja keranaNya.
Sumber: Edisikini, Melayukini dan Melvister
No comments:
Post a Comment