Wednesday, September 5, 2012

TUN M : AKUR LAH KEPADA PILIHAN KEPIMPINAN TERTINGGI JIKA MAHU MENANG PRU13 HENTIKAN SABOTAJ

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Barisan Nasional (BN) mampu meraih sokongan dua pertiga suara rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dengan syarat anggota parti itu berfikiran waras untuk menerima dan menyokong siapa sahaja yang dinamakan sebagai calon.
Pada masa yang sama, bekas Perdana Menteri itu mengingatkan anggota BN supaya tidak melakukan sabotaj semasa kempen pilihan raya semata-mata kerana tidak berpuas hati dengan calon yang dipilih pucuk pimpinan parti.

Ini kerana, katanya, perbuatan itu boleh membawa padah sehingga menyebabkan BN kalah dalam pilihan raya kali ini.

"Kalau orang Umno, orang BN mempunyai fikiran yang waras mereka akan dapat dua pertiga.

"Tapi kalau depa nak main... orang ini tak suka, orang itu tak suka, kalah pun boleh," katanya pada sidang akhbar dengan wartawan Malaysia di sini.

Katanya, apa yang menjadi masalah dalam BN selama ini ialah siapa sahaja yang dipilih sebagai calon akan tidak dipersetujui oleh pihak tertentu dengan palbagai alasan, kononnya calon itu tidak tahu itu dan ini, dan sebaliknya merekalah orang yang lebih layak menjadi calonnya.

"Saya tak fikir (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Tun Razak) boleh pilih seorang yang boleh disukai oleh semua dalam bahagian itu. Dan kita dapati jadi satu tabiat dalam Umno kalau tak suka dengan calon, akan tutup bilik gerakan, akan cuba sabotaj, cantas.

"Mereka bukan fikir tentang kemenangan bagi parti untuk membentuk kerajaan yang baik. Mereka cuma fikir tentang kepentingan orang tertentu sahaja, jadi mereka tidak matang," katanya.
"Kita harus ingat, Umno, ataupun MCA, ataupun MIC, ataupun Gerakan, tak mungkin menang tanpa sokongan daripada orang yang bukan ahli parti.

TB : 
Ini adalah saranan Mantan Perdana Menteri apabila ditanya oleh wartawan ketika  di Indonesia. Memang benar apa yang dikatakan oleh Perdana Menteri dan sememangnya ramai yang  sudah tahu tentang hak sebegini namun apabila tiba masanya amat sukar untuk mengorbankan perasaan untuk kepentingan parti.

Mereka lebih mengikut perasaan dan mendahului kehendak diri tanpa mempertimbangkan kewarasan pemikiran yang sebenar.  Inilah yang berlaku di mana mana sahaja. Pastinya pengorbanan ini amat sukar untuk dituntut namun inikah rayuan Tun Dr M yang perlu kita fikirkan semasak masaknya khususnya mereka yang tekah bekerja  kuat yang mengharapkan untuk menjadi calon.

Kerja kuat adalah sesuatu yang dituntut oleh parti namun jika imbuhan nya bukan seperti yang dijangka , harap lah dapat bersabar kerana setiap kebaikan yang kita buat tentu akan ada balasannya dan ianya  dilihat dan nampak, ditambah dengan kesabaran dan taat serta jujur kepada parti anda akan dilihat lebih mulia dan apabila tiba waktunya anda akan terima ganjarannya.

Perbuatan mengkhinati pemimpin dan memburukkan pemimpin adalah sebenarnya memburukkan parti dan dengan perbuatan ini adalah satu perbuatan khianat dan amat malang sekali sekiranya seorang pemimpin veteran UMNO mengkhianati Menteri Besar sendiri yang merupakan pengerusi parti kerana dendam peribadi. ****lihat ini.

Pemimpin yang mengkhianati Parti seharusnya tidak boleh dibiarkan terus berada dalam parti kerana pemimpin sebegini tamak dan tidak boleh melepaskan jawatan kepada orang lain dan pastinya sesiapa juga yang mengambil atau mengakibatkan  terlucut jawatannya akan dimusuhi. Apa yang berlaku ini amat malan sekali apabila seorang Veteran UMNO menggunakan laman web pembangkang untuk memburukkan kepimpinan Parti. 

APA YANG DISARANKAN OLEH TUN M PERLU DI AMBIL IKTIBAR OLEH PEMIMPIN VETERAN DI NEGERI SEMBILAN INI UNTUK MUHASABAH DIRI DAN KEMBALI KEPERJUANGAN ASAL DAN BUKAN  PERJUANGAN YANG KOTOR DAN JIJIK.


No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts