Khabar angin di negeri
sebelah zone utara sedang kuat bertiup kencang membayangkan bahawa
Kerajaan DAP Pulau Pinang dikatakan bakal membubarkan DUN sekaligus
mengadakan pilihanraya di negeri itu lebih awal berbanding di peringkat
pusat.
Cakap-cakap di kedai kopi juga sedang
hangat memperkatakan tentang keyakinan kerajaan DAP untuk mempertahankan
kuasanya di Pulau Pinang pada pilihanraya tersebut dan menggunakan
kemenangan tersebut sebagai momentum bagi mereka menghadapi PRU ke-13.
Dalam ertikata lain, bukan saja bakal
dijadikan “pilot case”, DAP yang dijangka masih mampu menang di
pilihanraya negeri Pulau Pinang itu dikatakan akan menyuntik semangat di
kalangan para penyokong parti itu di seluruh negara.
Ia dikuatkan lagi dengan kenyataan
“tokong”nya, Lim Guan Eng, yang sebelum ini mencetuskan pandangan kepada
Pakatan Haram untuk tidak melangsungkan pilihanraya di negeri itu
serentak dengan PRU ke-13, khususnya Pulau Pinang.
Pada saya, tidak dapat dinafikan bahawa
Pulau Pinang sememangnya agak sukar ditawan kembali oleh BN pada PRU
ke-13 kali ini memandangkan bangsa Melayu PAS dan Melayu PKR di negeri
itu dikatakan masih sanggup menjadi “keldai” kepada “tokong”.
Persoalannya, apakah “tokong” Guan Eng saja yang yakin bahawa Pakatan Haram mampu mengekalkan kuasa di negeri Pulau Pinang?
Bagaimana pula dengan MB Kelantan, Nik
Aziz Nik Mat, MB Kedah, Azizan Razak dan MB Selangor, Khalid Ibrahim?
Apakah mereka bertiga juga akan mengikut jejak langkah “tokong” untuk
membubarkan kuasa di DUN masing-masing?
Sekiranya, “tokong” Guan Eng yakin DAP
mampu mempertahankan Pulau Pinang, apakah Nik Aziz, Azizan dan Khalid
“Gagap” tidak yakin bahawa mereka mampu untuk mempertahankan kuasa di
negeri jajahan mereka masing-masing?
Pada saya, pihak pembangkang kini
tersepit dan mereka yakin hanya mampu menipu di Pulau Pinang sahaja,
sedangkan di Kedah, Kelantan dan Selangor menunjukkan sokongan yang
menurun di kalangan rakyat negeri itu.
Rakyat di Kedah, Kelantan dan Selangor
kini semakin celik untuk menilai penipuan serta pembohongan yang ditabur
oleh Pakatan Haram, khususnya berhubung manifesto PRU ke-12 dulu yang
sehingga kini masih gagal dilaksanakan.
Di Kedah, bukan saja PAS gagal
melaksanakan manifesto yang ditaburkan, malah masalah dalaman yang
melanda di dalam perebutan kuasa di dalam kerajaan negeri di kalangan
para pemimpin PAS turut “menyemakkan” mata rakyat.
Di Kelantan, rakyat dikhabarkan sudah
bosan dengan kepimpinan Nik Aziz yang dilihat semakin mundur ke belakang
dan pentadbirannya yang hanya “Islam” di mulut atau papan tanda namun
tersasar dari semangat Islam dari sudut perlaksanaannya.
Paling teruk ialah di Selangor di mana
dasar-dasar yang dijalankan oleh Khalid “Gagap” dilihat sangat merugikan
rakyat di mana pentadbirannya telah diganggu oleh “dasar rompak rakyat
Selangor untuk kembungkan poket pemimpin Pakatan Haram” dilaksanakan.
DAP di Pulau Pinang pun sebenarnya
tidaklah sekuat mana. Namun setelah DAP berjaya memainkan sentimen
“chauvinis ultra kiasu” dan berjaya memperkudakan PAS serta PKR di
negeri itu untuk melutut pada mereka, maka “tokong” itu boleh tersenyum
lebar…
Pada saya, “tokong” Guan Eng boleh
membubarkan DUN pada bila-bila masa dari sekarang namun dipercayai
bahawa biarpun dia berbuat demikian pada Oktober ini, keputusan tersebut
pasti akan memakan dirinya sendiri.
Tentang bila PRU ke-13 akan berlangsung,
biarlah Perdana Menteri yang tentukan dan saya yakin bahawa Najib punya
strategi yang mantap untuk memastikan kemenangan majoriti 2/3 berada di
dalam genggamannya.
Biarlah Guan Eng, Nik Aziz, Azizan dan
Khalid “bersilat” untuk mempertahankan negeri jajahan mereka
masing-masing. Namun apa yang perlu mereka tahu bahawa berkemungkinan
besar mereka akan hilang semua keempat-empat negeri itu pada pilihanraya
kali ini…
sumber: Mykmu.net
DUN Pimpinan “Tokong” Akan Bubar Oktober Ini?
ReplyDelete