Monday, September 10, 2012

Maaf kalau aku kasar : korang bacalah apa aku tulis pasal bangsa kita : sewa dinding ini RM38 ribu sebulan!!!

Kalau TB cakap tentu korang tak percaya, korang pergi sendiri kat Colisum KL dan korang cari ada kakak kakak Indon yang sewa dinding , bukan seorang , ada dalam 8 biji lobang  yang di sewakan kepada kakak kakak Indon ini menjual  tudung. Tudung saja. Mereka tidak lah bergaduh macam orang Melayu meniaga, Mereka ini macam Cina berniaga . lagi banyak barang  yang sama yang dijual  lagi ramai orang akan datang kerana banyak pilihan. Kalau stok habis pinjam stok jiran, Kalau orang Melayu ada 8 kedai macam ini sure dah ada yang buncit kena busung ada yang kurus kering kena santau. Habis macam mana bang. Bila Melayu berjaya jadi kerajaan mereka pakat  ramai ramai ngan bangsa lain nak jatuh kan kerajaan Melayu. Ini lah sakit dengan orang Melayu. Kalau orang Melayu buat IT  buat  siberwar , berebut rebut nak buat siberwar pula  walaupun baru semalam berkecimpung dan mereka akan berlagak seolah olah sudah  hebat dan orang yang lama tuh tak bagus. Biasalah ...buat kerja ini sebenarnya dengan jiwa dan feel, bukan hanya luaran saja. orang buat kita pun boleh buat , setakat buat dinding saja lah.... ha ha ha....
Pernah satu ketika TB ada seorang kawan dari Indon , dia memiliki sebuah Restoran yang besar di Damansar , lebih 3o pekerja kerja dengan nya. Dia gelak kan kita orang Melayu. Katanya , aku dulu datang bawa telor aja dua biji, kena kejar sana lari sini, lari sana tak ada IC. Dalam masa 5 tahun dia dah jadi toke besar, Nanti TB akan ambil pula gambar sebuah kedai kereta potong Mercd dan BMW  serta sebuah kedai sembur kereta. Milik warga Bangla. Bangla tuh tiap tiap tiga bulan balik kampung. Nak tahu apa kereta dia pakai. Dia pakai kereta Farari yang harga 1/2  juta ...
Ada seorang mamak pula di Bentong , dia balik relek kat kampung. Kedai dia bagi kat satu orang jaga. Gaji sewa dll semua orang yang jaga itu akan bayar  dan bagi mamak itu RM 500 sehari. itu di Bentong. sebulan mamak itu dapat RM15 ribu. Mamak tuh ada  3 kedai dan yang  paling besar di Genting Highland, Beratus biji  roti canai sehari. Ha ha mamak tuh duk kat India  tiap tiap bulan kira berpuluh ribu duit Malaysia.
KITA SIBUK TAK ADA DUIT , SUSAH LAH, KALAU DAH HARI HARI PIKIR NAK BALUN LANYAK KERAJAAN , APA YANG KERAJAAN BUAT SEMUA TAK BETUL BANG.... MANA NAK ADA DUIT.... BANGLA TUH YANG PAKAI FERARI DATANG MASA KAT AIRPORT , JALAN PUN PEGANG TANGAN LAGI. ha lupa lak nak cerita pasal sewa dinding ini ::: ok  kakak Indon ni sewa RM4 ribu sebulan. Pikirkan macam mana mamak yang punya kedai tuh  yang sewa dinding , kalau 4 x 8 lubang : RM32 ribu dia dapat dari sewa lubang dinding, Dia sewa kedai tuh tah berapa aja.....

1 comment:

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts