Thursday, September 27, 2012

Matilah Khalid kali ini , Rahsia terbongkar :Nak menipu aja kerja dia ni !!



 Rahsia Yang Tersirat Di Sebalik Pembelian Lori Kompaktor Oleh Kerajaan Selangor Dengan Bas Mewah PKR

Seperti yang telah diketahui umum, awal tahun 2012 Kerajaan Negeri Selangor yang diketuai oleh MB dari parti PKR telah menamatkan khidmat syarikat Alam Flora untuk kerja-kerja pengurusan kutipan sampah di negeri Selangor.
Alasan yang diberikan untuk menjimatkan kos. Itu yang tersurat. Tidak ramai yang tahu apa yang tersirat di sebalik tindakan tersebut.
Yang tersirat yang kami maksudkan adalah syarikat-syarikat yang dipilih untuk menggantikan Alam Flora adalah syarikat-syarikat kroni PKR yang mana syarikat-syarikat tersebut perlu ‘menyumbang’ kepada PKR diatas apa yang dibayar oleh kerajaan negeri kepada syarikat terpilih.
Umum telah mengetahui ‘by hook by crook’ PKR perlu menumbangkan BN pada PRU 13 untuk memastikan mereka dapat memerintah negara. Untuk mencapai cita-cita tersebut ia memerlukan dana yang besar bagi menggerakan jentera pilihan raya yang kuat serta berkesan.
Selain mendapat bantuan dana asing, Kerajaan Selangor pimpinan PKR menjadi bank untuk membekalkan wang kepada PKR di seluruh negara.
Atas sebab-sebab itulah mereka beriya-iya menamatkan khidmat Alam Flora dan sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk menamatkan khidmat Syabas selaku pembekal air di Selangor. Semuanya untuk diberikan kepada syarikat kroni-kroni mereka.
Sebaik sahaja menamatkan Khidmat Alam Flora, Kerajaan Selangor membuat pengumuman untuk membeli 50 unit lori kompaktor yang berharga RM 14.5 juta bagi disewakan kepada kroni-kroni mereka yang mendapat kontrak mengutip sampah.
Dari sini rakyat Selangor khususnya dan rakyat Malaysia amnya boleh menilai kontraktor-kontraktor yang dipilih oleh Kerajaan Selangor.
Mereka bukannya peniaga tulen yang menjalankan perniagaan berkenaan. Jika mereka peniaga tulen , adalah sesuatu yang tidak munasabah mereka tidak mempunyai peralatan utama untuk menjalankan perniagaan teras mereka ?
Lori-lori kompaktor yang dibeli Kerajaan Selangor dipesan dari negara China secara pemasangan komponen terurai (CKD) dan dipasang di sebuah kilang di Rawang Selangor – Intercoach Sdn Bhd. Lori kompaktor yang dibeli berjenama Dong Feng.
Lori kompaktor yang telah siap dipasang di kilang pemasangan di Rawang
Dalam masa yang sama bas dua tingkat PKR yang dilancarkan oleh Anwar Ibrahim pada 31 Ogos yang lepas juga dipasang dan diubahsuai di kilang yang sama. Bas tersebut juga dari jenama Dong Feng , pengeluar yang sama dengan lori kompaktor yang dibeli Kerajaan Selangor.
Kami turut difahamkan sebuah trak kontena serbaguna milik PKR juga sedang diubahsuai di kilang berkenaan.
Setelah mendapat maklumat dari pihak dalaman PKR yang menyatakan berlaku penyelewengan dan salah guna kuasa lori kompaktor dengan bas dan trak PKR, pihak sel13.com menjalankan sedikit penyiasatan berhubung perkara berkenaan bagi memastikan kesahihan maklumat.

Setelah mendapati maklumat berkenaan ada asasnya pihak kami mendapatkan bantuan seorang rakyat Malaysia yang sering berulang alik ke negara China untuk urusan perniagaan bagi mendapatkan info yang lebih kuat.

Sementara kami mendapat info dari negara China pihak kami juga menjalankan beberapa siasatan di negara ini.
Akhirnya dari segala info yang kami dapat dan siasatan yang kami jalankan, kami dapati benar terdapat penyelewengan dalam hal ini.
Siasatan kami mendapati bas dan trak yang diterima PKR adalah sebagai balasan kepada pembelian 50 lori kompaktor oleh Kerajaan Selangor.
Manakala kerja-kerja pengubahsuaian bas dan trak pula sebagai balasan kepada pemasangan 50 lori kompaktor di kilang dalam negara.
Di sini telah wujud unsur salah guna kuasa dan penyelewengan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim.
Bukan sahaja melakukan penyelewengan, malah dalam hal ini Tan Sri Khalid Ibrahim juga telah membohongi rakyat Selangor dan rakyat Malaysia.
Tan Sri Khalid melalui satu kenyatan akhbar pada 30 Ogos 2012 telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut.
KENYATAAN AKHBAR
30 OGOS 2012
Saya ingin menegaskan bahawa kos sewaan bas dua tingkat yang akan digunakan Pakatan Rakyat sepanjang kempen Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 tidak menggunakan wang Kerajaan Negeri Selangor.
Bas berkenaan yang disewa untuk tempoh enam bulan dibiayai sepenuhnya oleh saya tanpa melibatkan satu sen pun wang rakyat dan wang kerajaan negeri.
Semua kos melibatkan bayaran kepada pemandu dan bantuan teknikal dimasukkan dalam kos sewaan itu tanpa melibatkan seorang pun kakitangan kerajaan negeri.
Justeru, saya menasihatkan pihak-pihak tidak bertanggungjawab menghentikan fitnah dan tohmahan jahat yang menuduh bas berkenaan disewa menggunakan wang Kerajaan Selangor dan wang rakyat.
Bas dua tingkat ini yang telah diubahsuai dengan dilengkapi platform untuk berceramah dan sistem bunyi akan memulakan siri jelajah ke Kelantan, Pahang, Kedah, Perak dan Perlis bermula esok sehingga 2 September diketuai Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR
Kenyataan akhbar di atas dipetik dari http://anwaribrahimblog.com
Juga turut disiarkan di Laman Rasmi MB Selangor http://mb.selangorku.com
Mengikut maklumat dalaman PKR bas tersebut bukannya disewa oleh Tan Sri Khalid, sebaliknya bas tersebut adalah miliknya.
Salinan kad pendaftaran bas tersebut telah ditunjukkan kepada kami oleh pemberi maklumat. Namun kami tidak dapat menyiarkan di sini kerana menghormati permintaan pemberi maklumat.
Didapati bas tersebut telah didaftarkan seperti berikut.
  • No Pendaftaran : BLU 8779
  • No Enjin : M61HA800001
  • Pembuat : Dong Feng
  • Tarikh Daftar : 03 September 2012
  • Kegunaan : Persendirian
  • Pemilik : Abdul Khalid Bin Ibrahim

Di Malaysia kita semua telah biasa dengan sistem penyewaan, samada sewa pejabat, sewa rumah , sewa kereta atau sewa lain-lain.
Barang yang disewa kebiasaanya didaftarkan diatas nama pemilik dan penyewa akan menandatangan satu perjanjian dengan pemilik.  Belum wujud lagi di negara kita barang yang disewa didaftarkan atas nama penyewa.
Jika benar bas PKR yang disewa kepada Tan Sri Khalid dan pemilik yang sebenar  bersetuju untuk mendaftarkan bas tersebut atas nama Tan Sri Khalid, ini bermakna pemilik itu orang yang sungguh luar biasa baiknya dan mempunyai kepercayaan yang amat tinggi kepada Tan Sri Khalid.
Kebiasaannya orang yang begitu adalah orang yang telah termakan budi yang besar atau mempunyai kepentingan dengan Tan Sri Khalid. Jika ini berlaku bermakna sekali lagi telah berlaku penyelewengan dan salah guna kuasa dalam hal ini.
Semoga pendedahan kami ini mendapat perhatian serius pihak berkuasa.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts