Friday, September 14, 2012

Shafie Apdal kena displinkan lembaga displin UMNO dulu : Sampai bila tak akan selesai jika asyik suruh ahli disiplin tetapi lembaga disiplin Flip Flop !!

Penyingkiran ahli UMNO yang didapati mensabotaj parti semasa pilihan raya akan datang adalah wajar sebagai usaha mendisiplinkan ahli parti. 
 
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, tindakan itu adalah lazim dan ia dilakukan oleh mana-mana parti di negara lain dalam usaha memantapkan lagi perjuangan masing-masing agar tidak dijadikan ikutan oleh ahli lain. 

"Kalau dalam perjuangan tidak diamalkan disiplin, maka ia akan dijadikan ikutan. Oleh itu, tindakan harus diambil kepada yang berkenaan.
"Adalah penting bagi kita untuk menerapkan nilai disiplin dalam kalangan ahli tanpa mengira kedudukan mereka.

"Kalau mereka terlibat secara langsung dan ada buktinya mereka ini boikot ataupun bertindak sehingga menjejaskan keupayaan kita menang pilihan raya, maka harus ada tindakan," katanya.

TB setuju dengan apa yang disarankan oleh  Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal. Sememangnya ini sepatut berlaku dlaam UMNO dan ahli UMNO akan menjadi lebih berdisiplin. 

Apakah ini berlaku dalam UMNO selama ini dan berapa ramai kah pemimpin UMNO yang menyeru dan meminta  apa yang diminta oleh Presiden parti ini dilaksanakan dengan serious.

Persoalannya Lembaga displin seharusnya di displinkan dan di tingkatkan dulu kredibiliti lembaga disiplin.

Setiap kali ada isu panas yang memerlukan lembaga disiplin bertindak maka akan menyalaklah lembaga disiplin menangkap muat siapa saja yang boleh dijadikan kambing hitam dan adakala apa yang berlaku tidak relevan langsung. 

Sama dan tak ubah macan sekuriti supper market tangkap orang yang curi berus  gigi dan di bawa ke pengadilan dan dijatuhakan hukuman dua tahun penjara sedangkan orang yang merompak supermarket terlepastidak dapat mereka kesan,

Selalunya keputusan lembaga disiplin UMNO ini kelakar, yang salah tak kena hukum yang subahat dirasakan subahat kena hukum. Apa apa sajalah TB rasa tentu ramai yang faham apa yang mahu TB sampaikan.

Sebaiknya sebelum Naib Presiden UMNO ini membetulkan isu disiplin eloklah Tuan Naib Presiden perbetulkan dulu Lembaga disiplin UMNO yang terkenal sebagai Flip Flop entah apa apa dan juga disiplin mana mana  pemimpin UMNO . dulu jangan ada skandal skandal yang boleh memalukan UMNO.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts