Thursday, September 6, 2012

Sepucuk email daripada pembaca BeautifulNara - Untuk Abby Abadi


abby abadi
Seminggu dua ini topik perbualan hangat antara Abang Nara dan rakan-rakan ialah mengenai kontroversi yang melanda Abby Abadi dan bekas mufti Perlis, Dr. Asri. Ada macam-macam pendapat yang diberikan oleh kawan-kawan Abang Nara. Memang hot dan menarik juga perbincangan yang terjadi antara kami.

Dan semalam Abang Nara menerima sepucuk email daripada pembaca BeautifulNara yang berkongsi pendapatnya mengenai pendapat Abby Abadi. Pendapat yang diberikan memang menarik sehingga membuatkan Abang Nara terasa ingin berkongsi dengan anda semua. Berikut ialah email yang dikirim:-
Assalamualaikum…

Beberapa isu melibatkan kak Abby Abadi akhir2 ini buat saya terpanggil utk menyampaikan pandangan ini. Apa2 pun, saya sbg pemerhati tetap bersyukur atas perubahan kak Abby dari segi imejnya dan semoga dpt mengekalkan perubahan itu, insyaAllah.
Saya hanya ingin menyentuh ttg insiden di Twitter di mana kak Abby telah mencelah tweet yg ditulis oleh Dr Asri.

Dr Asri sebagaimana juga mufti dan ustaz2 lain di Msia, adalah org2 yg “ahli” dlm bidang agama. Dlm Islam, kita dituntut untuk bersikap malu & hormat kepada golongan alim ulama’ seperti mereka kerana Nabi menggelarkan mereka sebagai pewaris baginda –.> pewaris ilmu-ilmu kenabian.

Pesanan saya utk kak Abby, apabila seseorg berilmu seperti Dr Asri mahupun mana2 alim ulama lain mengeluarkan sesuatu pendapat dan kita sbg org biasa merasa tidak jelas dgn pendapat itu, janganlah kita terlalu lekas ‘menjawab’ apatah lagi terus mengatakan ustaz itu sedang mempersoalkan hukum hakam Allah.

Utk pengetahuan kak Abby, sedangkan sesama alim ulama pun mereka sentiasa mengelak utk menegur pendapat masing2 secara terbuka, sikap berhati-hati ini diambil supaya tidak menimbulkan aib atau rasa malu kpd rakan seperjuangan dlm urusan dakwah. Jika perlu pun menegur atau berbahas, mereka melakukan nya secara tersembunyi sehingga org ramai pun tidak tahu bhw mereka berselisih dlm sesuatu perkara. Maniskan adab2 dlm Islam?

Jika kak Abby merasa kabur dgn kenyataan Dr Asri itu, adalah lebih manis utk kak Abby berdiam diri dahulu dan bertanya kepada mana2 alim ulama’ lain jika mereka lebih faham dgn apa yg cuba disampaikan Dr Asri. Jika tidak dpt ditunggu-tunggu lg, bolehlah brtanya direct kpd Dr sendiri tetapi dgn ayat yg sgt berhikmah dan ringkas sahaja seperti “Saya kurang faham dgn persoalan Dr…sudi kah diperjelaskan lagi…”, fullstop.

Tidak perlu kita menambah-nambah dgn andaian spt ustaz itu mempersoal hukum Allah, menolak Al Quran dan sunnah etc…After all, alim ulama lah yg siang malam berdoa dan bersolat malam meminta spy KITA semua semakin dekat dgn agama…

Akhir kata, biarlah kita berbicara dgn mereka dgn penuh adab…bayangkanlah jika sesama ulama pun mereka tidak bertikam lidah atau menyindir pendapat masing2 di hadapan khalayak ramai, maka apatah lg kita yg ilmunya masih jauh sgt lg utk mencelah tanpa muqaddimah yg baik…

Fyi kak Abby, saya sendiri sering mengikuti tulisan Dr Zaharuddin & Ustaz Azhar Idrus, dan saya ada perasan yg adakalanya sesetengah pendapat mereka sedikit berbeza dgn ustaz A atau ustaz B tetapi apabila menghuraikannya, mereka tidak akan merendahkan pendapat ustaz lain. Sbg contoh, Dr Zaharuddin gemar menulis “saya bersangka baik terhadap pendapat ustaz xxx, mungkin saya yg tidak jelas dgn maksud beliau dan bukannya kesilapan di pihak beliau”). Ini lah manisnya hubungan sesama alim ulama dlm Islam

Sampai di sini dulu surat saya, semoga kita semua dpt ambil iktibar drpd insiden ini. Apabila kita baru ‘berhijrah’, mmg semangat kita cukup tinggi (saya sndiri prnah melaluinya) sehingga kita lupa bhw suatu ketika dulu kita pun pernah ambil separuh2 saja dari Al Quran dan Sunnah…maka……………..eloklah jika kita lebih byk mendiamkan diri dahulu dan cuba belajar lg ilmu-ilmu fiqah, akidah sirah dll kerana keutamaan mempelajari hal2 itu adalah lebih besar di sisi Allah (utk yg baru berubah spt kita) berbanding berbahas dlm keadaan kita sendiri masih kabur2 dgn byk perkara…
Ada betulnya pendapat si pembaca yang tidak mahu dikenali ini. Apa pula kata anda?
sumber: blog Beautifulnara

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Cili Api Bloggers

Politik N9

PRU13N9

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia)

My Blog List 2

Popular Posts