STATUS Malaysia sebagai sebuah negara
Islam bukan satu perkara yang boleh dipertikaikan lagi. Selain
pengisytiharan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir
pada 2001, agama rasmi dan penyertaan dalam OIC, banyak sistem dalam
negara ini diadaptasi dari sistem Islam seperti perbankan, pengurusan
jemaah haji dan sebagainya.
Agama lain pun ada sistem masing-masing tapi sistem Islam juga yang dipilih sebab ini negara Islam.
Justeru, jika yang cuba nak menjatuhkan
kerajaan negara ini dengan cara tidak sah, maka ia dianggap cubaan untuk
menjatuhkan kerajaan Islam juga. Termasuk dalam cara tidak sah itu
ialah menerima dana dari organisasi yang ada kaitan dengan yahudi.
Penglibatan PAS dengan dana asing,
termasuk dana yahudi yang hebat diperkatakan sekarang ini, juga bukan
satu rahsia. Tidak menerima secara terus, tapi PAS menerima dana
tersebut dari NGO haram seperti Bersih dan SUARAM yang aktif terlibat
menganjurkan himpunan haram bagi pihak Pakatan Rakyat yang turut
disertai PAS.
Inilah akibatnya bila tidak memeriksa
sumber wang untuk menaja ahli menghadiri himpunan haram Bersih, asal
duit masuk PAS terima, asal mana duit, PAS tidak peduli.
Atau PAS mungkin tahu tapi buat tidak
tahu kerana yang penting duit masuk saja. Kalau benar kemungkinan yang
kedua ini berlaku, maka tidak hairanlah kenapa PAS semakin hari semakin
liberal dan konsovertif dari segi aktiviti dan kepimpinannya.
Hudud kemana, negara Islam kemana, negara berkebajikan pun dah tak tahu kemana.
Semua ini berbeza dengan PAS yang dulu,
jangan kata yang direct haram, yang ada unsur-unsur syubahah pun PAS
akan pertikai dan jadikan isu dalam kempen dan ceramah mereka.
Paling menonjol sudah tentulah hasil
cukai sebuah kilang arak di Selangor yang dulu dijadikan modal politik
oleh PAS kenapa rakyat Selangor perlu menolak UMNO dan BN. Tapi
sekarang semuanya hanyalah sandiwara kerana setelah PAS bersama-sama PKR
dan DAP membentuk kerajaan di Selangor, kilang itu masih tegak berdiri,
malah ada ura-ura nak diperbesarkan lagi.
Begitulah hebatnya tarbiah Anwar Ibrahim
ke atas PAS, sehinggakan yang dulu haram boleh jadi halal, yang dulu
syubahah, sudah jadi tidak apa. Dana yahudi ini juga tidak terkecuali.
Kalau kita lihat sekarang, semua dan-dana
asing (termasuk dana yahudi) ini disalurkan melalui NGO haram yang ada
kaitan dengan PKR. Antaranya SUARAM, IKD, Malaysiakini dan Bersih
(sekadar menyebutkan beberapa).
PKR pula adalah rakan komponen PAS dalam
Pakatan Rakyat, PAS juga menyokong Bersih. Itulah hubungkait mudahnya,
kalau masih ada yang berkira-kira nak mempersoalkan betul atau tidak PAS
menerima dana yahudi ini.
Hubungkait lebih kompleks, termasuk dokumen, semua ada di tangan kita tapi tunggu parlimen bubar dululah ya.
tolong tanya ustazah Abby Abody...nak tau jawapan dia...
ReplyDeleteNgeh Koo Ham dihentam oleh ahli DAP sendiri. Sila layari www.n9kini.com
ReplyDelete